Tuesday, October 16, 2012

Syria di ambang pepecahan?

Perkembangan semasa yang berlaku di Syria menunjukkan bahawa tiada pilihan lain kepada Presiden Bashir al Assad, berperang bermati-matian atau menyerah kepimpinan kepada Tentera Pembebasan Syria (FLA) dan aktor-aktor lain yang terlibat dan terbabit dalam konflik ini.

Kita sudah menjangkakan daripada wacana pemberitaan Barat dan wilayah-wilayah pengaruh Barat yang tidak menunjukkan usaha ke arah kompromi atau mencapai perdamaian. Kegagalan usaha damai bekas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kofi Annan sudah memperlihatkan ia bagaikan melepaskan batuk di tangga sahaja sehinggakan mencurahkan air ke daun keladi.

Gambaran secara geopolitik memperlihatkan Syria sedang berada di ambang pepecahan. Sebenarnya apa yang sedang berlaku di Syria merupakan percaturan Barat dan Israel dalam senario baru di Timur Tengah.

Jika diteliti pertukaran regim bukanlah satu-satunya usaha Barat tetapi konflik Syria akan membawa kepada konfigurasi peta Timur Tengah.Tidak seperti konflik di Tunisia, Mesir dan Libya yang kepada pertukaran regim, konflik di Syria akan membawa pepecahan Syria kepada etnik, bangsa, mazhab, dan agama.

Seorang penganalisa geo-politik antarabangsa, Mahdi Darius Nazemroaya berkata tidak seperti Libya, Syria terdiri dari komponen Alawis, Druze, Syiah, Sunnah, Asyyria, Kurdis, Kristian dan Islam yang dalam proses yang dikenali sebagai Balkanisasi seperti pemecahan negara Yugoslavia kepada Criotia, Bosnia-Hergozovinia, Serbia, Montenrgro dan kelahiran Kosovo dari Serbia pula.

Pepecahan Syria akan membawa pembentukan wilayah berdasarkan etnik seperti regim Assad bernaung di bawah wilayah Alawi misalnya.

Pengarang buku Globalisation of NATO ini menjelaskan jika Syria tidak mengalami pepecahan secara wilayah iaitu secara fizikalnya, ia akan mengalami pepecahan dari dalam melalui proses Lebanisasi, pepecahan tidak ketara seperti yang dilihat di Lubnan yang terdiri dari etnik dan mahzab seperti yang berlaku di Iraq jugak.

Apa yang dilihat secara berterusan dalam dasar pecah dan perintah ini ialah persaingan kuasa yang berterusan di antara Sunnah dan Syiah atau berbentuk etnik Kurdish , Alawi dan Assyiria misalnya.

Wacana inilah juga yang sedang dilaporkan media Barat seperti konflik mahzab iaitu fitnah Arab menentang Parsi (ditonjolkan perang Alqadashia Islam dan Parsi kononnya), Islam-Kristian, Arab-Turki (Ustmaniah baru kuasai rantau Timur Tengah) atau persaingan Turki-Iran dalam menguasai Timur Tengah.

Apa yang dilihat daripada proses yang sedang berlaku ialah mencetuskan kebencian, pembahagian etnik, rasisme dan perang agama. Pelaporan berita dalam isu di Timur Tengah dan berkaitan Islam jelas terlihat di bawah kategori garisan pembahagi atau binari seperti etnik, kepuakan, dan keagamaan dan mazhab seperti diterangkan di atas.

Libya yang berada di bawah kepimpinan baru juga tidak terlepas dari pepecahan ini. Ia telah dipecahkan dan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Kes pembunuhan duta AS ke Libya di Benghazi sudah menggambarkan senarionya. Proses Lebanisasi telah berlaku dan berakar d Iraq seperti pembentukan Kerajaan Wilayah Kurdistan dengan sokongan dan bantuan asing dari AS, Eropah Barat, Israel dan Turki yang juga ada kaitan dengan Kurdistan.

Tidak keterlaluan jika dikatakan konflik di Libya telah merebak ke Mali dan Chad pula. Seperti Iraq, Syria sejak zaman penjajahan adalah pintu penting yang menghubungkannya ke Iran dan wilayah Timur Tengah lain. Ibarat teori Domino, pepecahan di Syria akan membawa ketidakstabilan di negara-negara lain misalnya di kawasan Kurdish yang terletak di Turki, Iraq dan Syria. Malah terdapat berita mengatakan pejuang nasionalis Kurdish sedang menggerakkan pejuang di negara-negara tersebut. Ini akan mencetus perang etnik yang berterusan.

Di Iraq, Kerajaan Wilayah Kurdish (KRG) sudah memiliki wilayah autonomi yang dikendali secara berasingan dengan bendera, tentera, polis, regim, undang-undang malah visa sendiri untuk penduduknya.

Malah serangan balas tentera ke wilayah sudah menunjukkan bayangan yang Turki akan terseret sama dalam konflik Syria dan isu wilayah Kurdish kerana mempunyai jumlah penduduk Kurdish yang ramai. Kerajaan Turki telah memberi amaran akan mengambil tindakan keras ke atas pemisah Kurdish jika berlaku kekacauan di wilayahnya.

Sekutu Syria telah menerima tekanan dalam perang pelbagai dimensi. Iran yang menentang pergantungan Syria daripada OIC, bersama Rusia, Lubnan, Iraq dan Palestin sedang di bawah tekanan supaya meninggalkan Syria dan mengasingkannya.

Usaha-usaha Wasington-Tel Aviv -London mengadakan kepongan ke atas Damsyik adalah sebahagian daripada usaha memecahkan Eurasia (Eropah-Asia) dan mengekalkan keunggulan ketiga paksi ini sebagai kuasa besar berkekalan.

Apabila pepecahan berlaku dalam pembahagian etnik, bangsa, mahzab, agama, perselisihan berterusan akan sentiasa berlaku dan sebarang keputusan akan dibuat berdasarkan faktor di atas.Wilayah-wilayah Afrika Utara, Timur Tengah, Kaukasus, Asia Tengah akan berada dalam apa yang disebut Zibniew Brzezinski sebagai lubang hitam pertelagahan.

Negara-negara Arab, Iran dan Turki sedang didedahkan kepada konflik seumpamanya dengan rancangan besar Israel hendak menyerang Iran.

Jika rancangan pergolakan di tiga rantau di atas sudah sedia difahami, maka tidak kerlaluan jika dikatakan kita juga sedang menyaksikan ketidakstabilan gelombang ketiga. Di Asia Tengah, perang Afghanistan akan melimpah ke Pakistan kerana kuasa Barat sedang mengsasarkan jana kuasa nuklear di sana.

Menurut Mahdi Darius,Washington sedang mengimpikan senario sebegini; pemberontakan Kurdish mengambil tempat di Syria, Iraq, Turki dan Iran; perang saudara dan mazhab di Iraq, Lubnan, Syria, Turki dan Yaman; ketidakstabilan dan perang saudara berterusan di Algeria, Mesir, Libya, Pakistan dan Sudan; Pertarungan bangsa Berber dan Arab yang berterusan di Arfika utara; ketidakstabilan dan kegoncangan politik yang sedang bersemarak di Asia Tengah; perang di kawasan selatan Kausasus melibatkan Georgia, Armenia, Republik Azerbaijan; pemberontakan tercetus di Balkan, Checnya, Dagestan, Ingushesia dan wilayah -wilayah yang menentang Rusia di utara Kaukasus; zon Teluk Parsi yang bergolak; dan Rusia yang terus berselisihan dengan Kesatuan Eropah dan Turki.

Akhirnya ia akan menyeret China ke dalam lubang hitam ini kerana laluan dan bekalan bahan mentah dan perdagangan import dan eksport akan terjejas teruk yang melibatkan seluruh Asia Timur dan dunia.

Bagaimana dengan rantau Asia Tenggara? Lawatan kapal pengangku tenaga nuklear tentera marin AS ke Malaysia membawa petunjuk bahawa AS menunjukkan kepada China siapakah yang berkuasa di Selat Melaka, Laut China Selatan dan rantau Asia Timur.

Kita juga tidak mahu persaingan politik di negara ini membawa kepada pepecahan yang diimpikan kuasa besar dunia pula. Malah negara kita mempunyai ramuan enak untuk pepecahan seperti kaum, agama dan fahaman politik dan diharap ia tidak terseret ke dalam kancah seumpamanya yang mengorbankan kedaulatan negara.

Di mana Islam? Hanya Islam sebagai penyelamat daripada impian jahat Washington ini. Jika bendera Islam dikibarkan segala konflik berdasarkan etnik, bangsa, kaum, agama dan mazhab tidak akan berlaku. Kalau tidak silap terdapat satu ayat dalam al Quran yang mengatakan "mereka merancang, Allah juga merancang, tetapi rancanga Allah adalah lebih baik". Ends.

Oleh Ismail Hashim Yahaya
Penulis adalah Timbalan Dekan Akademik di Fakulti Komunikasi dan Media, Universiti Selangor, kampus Shah Alam

1 comment:
Write comments
  1. Bukan kata Syria shj, negara2 arab memang tak bole brsatu dbawah satu panji iaitu Panji2 Islam. Sepatutnya mereka boleh guna 1Panji shj dan panji2 yg paling cocok dgn Islam adalah bendera Arab saudi. Kalimah tauhid trtera dgn warna hijau( warna syurga) dan tiada jalur2 lain . Jelas trpampang tanda keISLAMan dan semua wilayah brsatu bukan sekadar mcm Oh I See(OIC) shj. Kalau mereka brsatu, tiada nama Israel dpeta dunia. Negara trkuat ddunia arab tu ialah Libya,Iran dan Syria dan jika mereka brgabung tenaga brsama negara kecil yg lain spt Kuwait dan UAE,nescaya gusar negara yahudi dunia. Tapi US bijak, dbiarnya hancur negara Libya dan Syria manakala Iran yg tiada tanda2 perpecahan telahpun ada bayang2 US akan hancurkan negara itu atas isu loji nuklear. Isa al masih akan dturunkan dDamsyiq utk hancurkan dajjal nanti. Perkuburan sahabat Nabi SAW pun banyak dSyria dan ini menunjukkan Syria itu negara yg benar2 brdaulat dsisi Islam selain Kota Suci Mekah dan Madinah.

    **yassir arafat

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.