Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menafikan bahawa individu tertentu telah diarahkan oleh perdana menteri, timbalan perdana menteri atau setiausaha agung BN kononnya untuk ‘mencari calon pilihan raya’ atau membuat kajian selidik calon di kawasan tertentu.
"Ada yang masuk ke kawasan dengan menjual nama saya, perdana menteri, presiden lain dengan menyatakan dia telah diarah turun untuk mencari calon.
"Ini adalah tidak betul dan satu pembohongan yang besar. Jangan terpedaya dengan mereka," kata Tengku Adnan kepada pemberita selepas majlis korban dan kenduri rakyat sempena Aidiladha anjuran Umno Bahagian Putrajaya, semalam.
Sementara itu,Tengku Adnan berkata nama calon bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum akan datang sedang melalui pelbagai saringan untuk disenarai pendek.
"PRU-13 boleh diadakan pada bila-bila. Nama calon semua sudah kita terima dan separuh sudah dalam peringkat akhir untuk dimuktamadkan.
"Ada satu tempat, terdapat dua atau tiga nama (calon). Kadangkala, satu nama sahaja di kawasan tertentu, namun proses saringan tetap dijalankan.
"Kita nak calon yang rakyat nak, bukan calon yang parti nak atau calon yang orang tertentu nak. Calon yang rakyat nak kerana mereka akan menjadi wakil kepada rakyat," katanya.
Tengku Adnan juga berkata BN berkemungkinan akan menamakan calon pilihan rumum lebih awal berbanding pilihan raya sebelum ini.
Beliau berkata perbezaan daripada amalan biasa ini tidak tertakluk kepada calon Umno sahaja malah semua parti komponen BN.
Katanya, ada lebih banyak kebaikan untuk menamakan calon lebih awal berbanding keburukannya dan menegaskan ada sedikit perbezaan pada pilihan raya umum akan datang.
Bagaimanapun, katanya, rancangan itu terserah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga pengerusi BN, untuk membuat keputusan.
"Saya yakin kali ini ia akan dilaksanakan dengan sedikit perbezaan. Barangkali ia akan dinamakan lebih awal dari biasa," katanya.
Kelmarin, Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata Umno belum bercadang untuk mengumumkan lebih awal nama calon bagi mengelak perbuatan sabotaj termasuk mereka yang tidak dipilih mewujudkan ‘pasukan’ bagi menjatuhkan calon terpilih.
Mengenai Perhimpunan Agung Umno dari 27 November hingga 1 Disember ini, Tengku Adnan berkata ia akan menumpukan kepada persiapan pilihan raya yang akan datang.
"Seperti biasa, kita akan bincang berkenaan usul dan ucapan presiden, usul ekonomi, agama dan pendidikan.
"Dalam ucapan presiden, beliau (Najib) akan kekalkan mengenai persiapan untuk menghadapi pilihan raya, kalau pilihan raya belum diadakan tetapi kalau pilihan raya sudah diadakan, berkemungkinan beliau akan sebut kemenangan yang kita capai," katanya.
- Bernama
Saturday, October 27, 2012
BN nafi arah cari calon p'raya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Letak calun RRKN, toke sekinchan ikan bakar,hassan ali,zaharin,zul nordin,izam,ibrahim ali, huh ramai lagi tu...apa nak heran BN oiii.. mesti boleh menang mereka tu boleh bantu BN...
ReplyDeleteUMNO dah berperang sesama sendiri.. itu baru pencalonan..sekarang adalah masa terbaik utk PR utk 'melemahkan' UMNO yg semakin bercelaru...
ReplyDeleteJangan letak calon liabiliti lagi.
ReplyDeleteNampaknya aura PRU13 semaki kuat. Cepatlah..tidak sabar sudah ni
ReplyDeletePembangkang sibuk merebut kerusi
ReplyDeleteMalaysia’s prime ministers had their own leadership style to develop the country and achieve prosperity for the people
ReplyDeleteNajib 'gangnam'stail ialah memampuskan FELDA setelah diilhamkan oleh arwah Tun Razak,bapa beliau.
ReplyDeleteAnonymous said...October 29, 2012 4:34 PM Pembangkang sibuk merebut kerusi ( Bukan pembangkang berebut kerusi tapi BN, di Sook yang terang-terang kerusi milik PBRS pun UMNO nak rampas. Aduhai inilah kalau asyik dengar berita TV suku dan Utusan penabur fitnah tajaan UMNO sahaja )
ReplyDeleteBukan tiap kawasan sudah hantar senarai calon ke.sekarang pucuk pimpinan je nak tentukan siapa yang layak bertanding.
ReplyDeletesiapapun yang terpilih nanti harap2lah dapat jalankan tugas dengan baik.
ReplyDeleteJangan terpedaya bahawa individu tertentu telah diarahkan oleh perdana menteri, timbalan perdana menteri atau setiausaha agung BN kononnya untuk ‘mencari calon pilihan raya’ atau membuat kajian selidik calon di kawasan tertentu.
ReplyDeleteDatuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah membuat kenyataan menafikan perkara ini, oleh itu orang ramai jangan mudah terpedaya.
ReplyDeletepilih calon yang terbaik.
ReplyDelete