Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak enggan mengulas kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek yang mendakwa 1.2 juta rakyat akan hilang pekerjaan jika hukum hudud dilaksanakan.
"Saya tak nak komen (perkara itu)," katanya ringkas dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno petang ini.
Kenyataan Chua semalam menerima kritikan keras daripada PAS dan NGO pendesak Melayu PERKASA.
Ketua pemuda PAS Nasrudin Hasan mendakwa pemimpin MCA itu meracau-meracau dan cuba menjadi hero kartun apabila mengeluarkan kenyataan seperti itu.
Nasrudin juga berkata Chua tidak profesional kerana mengeluar kenyataan “dangkal”, “melucukan” dan “tidak berasas” itu, dengan hanya bersandarkan SMS daripada individu yang tidak dikenali.
Manakala PERKASA hari ini membayangkan haram bagi umat Islam untuk mengundi MCA dalam pilihan raya umum akan datang ekoran kenyataan terbarunya berhubung hudud yang didakwa menghina Islam.
Setiausaha agungnya Syed Hassan Syed Ali berkata, walaupun PERKASA memutuskan untuk memenangkan BN dalam pilihan raya umum depan, tidak bermakna ketetapan itu tidak boleh berubah terhadap calon MCA.
Chua menimbulkan dakwaan itu dalam satu blog video dan di Facebook semalam, dengan memetik satu SMS oleh individu tidak dikenali.
Beliau menyenaraikan pelbagai industri yang terjejas sekiranya hudud dilaksanakan, termasuk pekerjaan di resort perjudian Genting Highlands, pusat pertaruhan dan juga rumah urut.
Beliau bagaimanapun tidak dapat mengesahkan pengirim tersebut kerana panggilannya tidak disambut, katanya.
Soi/sial punya MCA/BN mana sudah itu amno diam bisu jadi lembu MCA.Isu agama mau main otak seks ini macamlah jadinya.
ReplyDeleteKarpal Singh dari DAP pun membantah Hudud, PAS gagal mendapat sokongan parti komponen lain.
ReplyDeleteKarpal Singh menggesa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhenti mengeluarkan kenyataan bagi pihak Pakatan Rakyat.
ReplyDeleteKarpal berkata, Abdul Hadi tidak berhak berbuat demikian terutama ketika menyatakan pakatan itu akan melaksanakan hudud jika berkuasa.
ReplyDeleteAhli Parlimen Bukit Gelugor itu juga berkata kenyataan Abdul Hadi adalah retorik semata-mata dan tanpa sebarang justifikasi.
ReplyDelete"Amat dikesali akhir-akhir ini Hadi kerap mengeluarkan kenyataan dan kemudian terpaksa menariknya kembali. Saya telah katakan sebelum ini, dan saya katakan sekali lagi bahawa hudud tidak boleh dilaksanakan di Malaysia kerana ia jelas bercanggah dengan Perlembagaan," katanya dalam satu kenyataan.
ReplyDeletePR kini juga bermasalah dalaman. PAS dengan hukum hududnya dan DAP tidak setuju dengan hukum Hudud dilaksanakan
ReplyDeletePAS sendiri pun menggunakan isu Hudud untuk menarik perhatian rakyat melayu
ReplyDeletekena serius jika nak laksanakan hudud.
ReplyDeleteItulah mengapa agama jangan dipolitikkan.
ReplyDeleteSama macam kes lagu yang dinyanyikan oleh Jaclyn Victor. Ada pihak yang tidak bertanggungjawab memanipulasikan kebenaran untuk kepentingan mereka.
ReplyDeleteEnough politicizing the religion.
ReplyDeletehukum hudud wujud dalam syariah tetapi kerajaan berpendapat pelaksanaannya tidak sesuai dengan situasi dan komposisi masyarakat di Malaysia.
ReplyDeleteisunya ialah bukan mengenai hudud tetapi persoalannya ialah pelaksanaan hukum itu.
ReplyDeleteBukan soal hudud diterima atau tidak kerana dalam Islam memang ada hukum hudud, sebagai orang Islam saya tak tolak termasuk juga pembangkang... itu kenyataannya kerana ia terkandung dalam hukum syarak tetapi soal pelaksanaan itulah pokok perbahasannya-Muhyiddin
ReplyDeleteMuhyiddin berkata, sekiranya Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu melaksanakannya, terpulanglah kepada beliau.
ReplyDeleteSaya sudah dengar pembangkang hendak laksanakan hukum hudud ini dari dulu lagi, tetapi saya ada dengar mereka kata Tun Dr. Mahathir Mohamad jadi penghalang tetapi Tun kata sekarang dia sudah tidak jadi Perdana Menteri, buatlah.-Muhyiddin
ReplyDelete