Sebuah gabungan badan bukan kerajaan (NGO) ditubuh bagi membantu Barisan Nasional (BN) dalam persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13 akan datang.
Zulkarnain Mahdar, yang merupakan presiden gabungan NGO yang dikenali sebagai Pakatan NGO Pro BN itu, berkata lebih 50 NGO seluruh negara mengesahkan penyertaan dalam gabungan itu dengan lebih 100,000 keahlian terkumpul.
"Kami akan turun ke setiap kawasan, khususnya yang dikenalpasti sebagai kawasan hitam, untuk menyampaikan mesej-mesej kerajaan BN.
"Dalam masa sama, kami akan menyerang balas hasutan yang dibawa oleh pembangkang, khususnya di kawasan yang pernah dilawati oleh pemimpin-pemimpin mereka," katanya pada sidang akhbar mengenai penubuhan gabungan NGO itu di sini Rabu.
Zulkarnain yang juga Presiden Persatuan Kebajikan Pekerja Anak-Anak Sabah di Selangor, berkata Pakatan NGO Pro BN itu dijangka dilancarkan akhir bulan ini oleh penaungnya Senator Ezam Md Nor dan akan mengadakan jelajah di Sabah sebagai permulaan.
Beliau berkata, jelajah itu yang akan berterusan sehingga pilihan raya umumke-13 juga dijangka disertai beberapa bekas anggota parti pembangkang seperti pemimpin Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (Tibai) Muhammad Zahid Mat Arip, presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Azwanddin Hamzah, bekas anggota majlis tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Abdul Ghani Haroon, anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Noordin dan Anggota Parlimen Padang Serai N.Gobalakrishnan.
Gabungan NGO ini tidak terikat dengan mana-mana parti politik dan dana pula diperoleh sendiri, katanya. - BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Oooo nilah yg dkatakan NGO Kepala Hotak tu. Baru aku kenal.
ReplyDeleteingatkan orang baru, rupanya barang2 lama jak..tak laku daaa..
ReplyDeleteTIBAI = Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim. Kenapa nak tolak individu tu ? Secara ikhlas cakap, apa sebenarnya salah beliau pd kita. UMNO kata beliau agen yahudi, apa kaedahnya mudah jadi agen tu dan apa yg dah Anwar buat pd negara? Aku yakin rakyat Malaysia yg percaya propaganda UMNO trhadap Anwar tu, 95% hanya percaya melalui pembacaan akhbar milik UMNO atau yg tengok TV3 atau RTM. Tiada fakta betul selain percaya propanganda UMNO. Itu shj. Kenapa tak tolak individu bernama Shahrizat Jalil ke atau Nazri Aziz? Menteri UMNO paling bongkak dan sombong serta anak yg samseng, haaa si Nazri tu la. Shahrizat,semua dah tau. Itu hanya perbandingan 'kecil' je. Zahip MatArip yg jadi ketua TIBAI tu aku masih ingat masa dia join PKR dulu hebat sungguh hentam BN dgn kata2 nista. Pemimpin PKR lain takde kata2 nista pd UMNO hanya menggariskan apa yg tak betul telah brlaku pd kepimpinan negara oleh YB UMNO. Tu sahaja tapi si-Zahip tu, hohh dia punya kutuk pd BN lembu kalau dengar pun takut. Tak sempat dua kali konar baring...masuk UMNO dan kutuk balik Anwar. Haiyyaaa!!
ReplyDeletesemua pun kaki bodek
ReplyDeleteIngat UMNO ingat APCO ingat YAHUDI!
ReplyDeleteBukan nak hina, tapi nengok 4 wajah yg tertera dlm potret diatas... memang sesuai sgt dgn keUMNOan nya. Bukan nak kutuk, tapi nengok 4 wajah tu...aku trbayang apakah ini WAJAH SYAITAN DKENALI.
ReplyDelete