Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu semua jentera Barisan Nasional (BN) menentukan mereka sudah mempunyai kesiapsiagaan yang tinggi sebelum menuju ke medan peperangan pada pilihan raya umum ke-13 tidak lama lagi.
Najib, yang juga Pengerusi BN, berkata sebelum menuju ke medan 'perang', seluruh jentera BN perlu membuat persiapan rapi, termasuk mengkaji pelbagai kemungkinan yang akan berlaku bagi memastikan setiap gerakan dilaksanakan tanpa rasa ragu.
"Kita mesti membuat persiapan dan terus bersiap sedia sehingga tiada lagi perasaan sangsi terhadap keputusan perang itu kelak.
Saya menganggap persediaan ini amat penting, perancangan amat penting," katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung MCA ke-59 di sini, hari ini.
Dalam menegaskan perkara itu, Najib memetik seorang ahli falsafah Islam bahawa pihak yang mempunyai perancangan yang teliti boleh mengalahkan pihak yang kurang buat kurang perancangan walaupun pihak yang kurang membuat perancangan itu adalah di pihak yang benar.
Mengulas perhimpunan MCA tahun ini, Najib mengakui terdapat perbezaan dan tanda-tanda perubahan pada parti terbesar masyarakat Cina itu yang dilihat lebih bersemangat dan bersedia berhadapan dengan pembangkang pada pilihan raya akan datang.
"MCA kali ini ada kelainan... ada keistimewaannya. Saya melihat bahawa ahli-ahli MCA yang hadir dalam dewan ini begitu bersemangat sekali, seperti kata presiden MCA, MCA sedia untuk berperang.
"Barangkali kalau kita sudah bersedia untuk berperang, memakai baju yang sama, adalah cerminan hati yang satu... tetapi mesti juga ada hati dan pemikiran yang sama, " katanya.
Kata Najib agenda penting apabila ke medan perang adalah untuk memastikan kemenangan dan pada pilihan raya umum ke-13 ini, BN mahu mendapatkan kemenangan yang lebih besar.
"Siapa hendak pergi perang, kalah. Siapa yang mahu kalah? Kita mahu menang dan kali ini, kita mahu menang besar, sudahkan anda bersedia? Sentiasa bersedia. Bateri kuat tak?," tanya beliau yang mendapat sorakan padu daripada anggota perwakilan yang hadir.
Seramai 1,698 anggota perwakilan menghadiri persidangan kali ini yang berlangsung selama dua hari bermula semalam dengan Persidangan Pergerakan Pemuda dan Wanita.
Najib berkata MCA kini dilihat lebih tegas dan tidak takut untuk berhadapan dengan pakatan pembangkang bukan sahaja dalam mempertahankan BN tetapi juga menangkis dakyah liar pembangkang.
"Sebab pembangkang ini banyak pembohongannya. Banyak yang ditipu kita, banyak yang dikelentong kita. Mereka cuba menggambarkan sesuatu yang kononnya indah tapi kalau kita belek dan kalau kita tolak di belakang, kita lihat sebenarnya, rosak dan banyak yang mereka lakukan, bertentangan dengan imej yang mereka cuba tonjolkan kepada umum," katanya.
Pembangkang juga, menurut Najib tidak mempunyai kelayakan yang cukup untuk melaksanakan sistem kerajaan berparlimen walaupun sering mengadu-domba kesediaan untuk mengambil alih pemerintahan kerajaan dan Putrajaya.
"Mereka tidak mematuhi piawaian antarabangsa. Sebab antara pra syaratnya, mereka mesti ada simbol yang sama, dan mereka mesti ada manifesto yang sama. Tapi setakat ini, tiada... 'ilek'...".
"Sekejap-sekejap bulan, kejap-kejap roket, kejap-kejap mata. Mana boleh kita beri keyakinan pada rakyat, bagi tahu pada rakyat parti yang bertanding atas simbol yang berlainan tanpa satu manifesto adalah parti yang tidak ada dasar yang sama, bagaimana untuk mentadbir negara ini," katanya.
Tegas Najib, rakyat tidak boleh mengambil risiko untuk menukar kerajaan kepada kepimpinan yang tidak mempunyai rekod pencapaian yang baik kerana ia seperti memperjudikan masa depan negara.
"Ada orang kata tak apa, kalau mereka tak betul, boleh tukar balik lepas lima tahun. Tetapi jangan cakap lima tahun, dalam setahun pun negara boleh rosak, merudum, hancur, tertiarap (jika tidak ditadbir dengan baik).
"Dalam dunia yang berdasarkan kepada unsur ataupun dimensi globalisasi, ekonomi boleh lumpuh, saham boleh jatuh. Orang Cina, bekerja kuat, membina perniagaan masing-masing, ada banyak syarikat, kalaulah saham jatuh, ingat apa berlaku pada krisis Asia tahun 1997 dulu, apa yang berlaku?".
Mengimbas kembali dilema krisis kewangan, Najib turut mengingatkan peranan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan yang mencadangkan beberapa perkara termasuk membuat pinjaman dengan Tabungan Kewangan Antarabangsa (IMF), menaikkan kadar faedah 24 peratus, melaksanakan belanjawan bajet menguncup.
"Siapa yang selamatkan kita? BN... dengan Tun Dr Mahathir...kita tolak IMF, kita katakan kita mahu menanganinya cara kita. Kalau kita benarkan perkara itu berlaku, hari ini 'taiko-taiko' di dalam dewan ini mungkin sudah pakai selipar jepun sahaja," katanya yang disambut tepukan gemuruh warga MCA.
Sehubungan itu, perdana menteri mengingatkan rakyat supaya mengamalkan sikap berhati-hati dalam memilih kerajaan dengan melihat kepada rekod pencapaian dan pengalamannya dalam mentadbir negara untuk menjamin kelangsungan negara pada masa akan datang. "Jangan main api. Kita hendak masa depan kita kita corakkan bersama supaya di bawah kepimpinan BN kita boleh mencapai menjadi negara maju menjelang 2020," katanya. — Bernama
Sunday, October 21, 2012
Najib : BN buat persediaan sebelum ‘berperang’
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1000 masyarakat cina dan india hadir pd sesi anjuran PAS dJohor semalam. Sambil minum petang sambil dgr amanat semasa. Nak dgr dlm TV3 suku atau RTM,jauh sekali kecuali propaganda UMNO/BN shj. Bancian PR, msyarakat cina telah bralih arah secara majoriti kpd PR dan juga india. Jgn lupa calon wakil rakyat PAS pd PRU ke 12 dulu Cik Kumutha bg kawasan Ulu Tram. Tak hilang wang pertaruhan walau pilihanraya dlm mood selesa pd BN dgn bantuan SPR.
ReplyDelete**888
Diharap datuk najib hentikan underestimate fikiran rakyat malaysia. Kata2nya yg ditujukan pd PR, sbnarnya kena pd bn balik. Ia telah pun berlaku didlm era pemerintahan bn. Mmg negara dah dekat nak telingkup skrg dibawah seliaan bn. Hutang negara meningkat sehingga melepasi tahap yg dibenarkan skrg, iaitu lebih 500 billion (1/2 trilion). Bukan nak lingkup ke tu namanya? In fact, harus negara bangkrap & lingkup terus, jika bn terus memerintah negara lepas PRU13. The number doesn't lie, but the bn leader does! So, apa yg ditujukan pd PR oleh najib itu sbnarnya tepat kena pd kpale bn. Rakyat malaysia x ada pilihan kecuali menukar kerajaan dlm PRU13, klau x bangkrap & muflislah negara jwbnya. & implikasi darinya semakin sakit lah rakyat menderita...
ReplyDeleteBaik tak payah adakan pilihanraya kalau kerajaan buat ramalan kurafat nak menakut nakutkan rakyat sedangkan benda itu mustahil berlaku dengan adanya Agong sebagai payung negara!
ReplyDeleteNajib dah laung," KITA AKAN PERTAHANKAN PUTRAJAYA HINGGA KE TITISAN DARAH TERAKHIR". Juga, " JGN KITA GADAI MASA DEPAN NEGARA KEPADA PHAK PEMBANGKANG." Antara beberapa 'amanat' PM 1Malaysia 1Israel.
ReplyDelete**Raja sulu'
50 tahun Melayu kena tipu oleh UMNO dan 49 Tahun Sabah dijadikan negeri termiskin oleh BN walaupun Sabah kaya dengan minyak dan balak. Mana semua wang minyak dan balak apakah kena makan HANTU JEMBELANG yang suruh bunuh Altantuya? Bagilah peluang pada kerajaan lain perintah negara!
ReplyDeleteDi Pantai Barat Sabah lebuhraya hanya dari Berungis Tuaran ke Lok Kawi yang lain seperti Lok Kawi Beaufort dan sebagainya jalan kampung. Kalau ada lori kontena di depan anda kenalah berbaris di belakang lori kalau nak tempah maut bolehlah potong lori kontena. Ini yang dibanggakan dengan Barisan Najis!
ReplyDelete