Tuesday, October 16, 2012

Kerajaan Belum Sedia Beri Pengajian Tinggi Percuma

Kerajaan belum bersedia untuk memberi pengajian tinggi secara percuma kerana bimbang terpaksa mengenakan bebanan cukai yang tinggi terhadap rakyat di negara ini, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata, pelaksanaan pengajian tinggi percuma akan melibatkan implikasi yang memerlukan pertimbangan rasional agar tindakan itu tidak menjejas hala tuju negara dalam mencapai status negara maju menjelang 2020.

Selain itu, katanya, pengajian tinggi percuma tidak boleh dilaksanakan ke atas institut pengajian tinggi swasta (IPTS) kerana ia merupakan entiti perniagaan yang berasaskan keuntungan.

"Situasi ini akan menyebabkan tumpuan masyarakat beralih kepada institut pengajian tinggi awam (IPTA) manakala kualiti pengajian tinggi negara juga akanjatuh kerana faktor percuma menghilangkan nilai sebenar ilmu dan sikap kebertanggungjawaban pelajar," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 peringkat dasar bagi kementerian itu di Dewan Rakyat pada Selasa.

Mohamed Khaled berkata, pengajian tinggi adalah bersifat pilihan apabila individu boleh memilih untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, yang merupakan satu pelaburan bagi meningkatkan keupayaan seseorang untuk bersaing merebut peluang kerjaya serta pendapatan lebih baik.

Justeru, beliau berkata, adalah wajar individu membiayai sebahagian pelaburanitu daripada ditanggung sepenuhnya oleh pembayar cukai (orang awam).

"Pembangkang telah memberi isyarat yang salah dari segi harga pendidikan menyebabkan 'over-education' kerana pengguna membuat keputusan yang tidakbetul dari segi pelaburan pendidikan," katanya.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled berkata, hujah pembangkang bahawa Turki memberi pendidikan percuma adalah tidak tepat, sebaliknya negara itu turut mengenakan yuran pengajian di peringkat tertiari serta pasca siswazah, dan keadaan tersebut sama seperti Malaysia.

Beliau berkata, Turki hanya menawarkan pendidikan percuma di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah serta sekolah tinggi dari gred 1 hingga 12 (dari umur 6-18 tahun) dan keadaan ini sama dengan Malaysia, yang turut memberi pendidikan percuma di peringkat sekolah rendah dan menengah dari darjah 1 hingga tingkatan 6 atas.

"Sebahagian besar pelajar Turki terpaksa memohon pinjaman menerusi Higher Education Credit and Dormitories Institution, yang ditubuhkan pada 1961, dan kadar faedah yang dikenakan adalah berdasarkan Indeks Harga Pengguna (CPI) mengikut kadar inflasi semasa.

"Kadar purata CPI untuk 2010 ialah 8.58 peratus dan 2011 ialah 6.46 peratus. Kadar faedah tambahan sebanyak 2.5 peratus daripada kadar asas CPI akan dikenakan kepada pelajar yang gagal membuat bayaran dalam tempoh yang ditetapkan," katanya.

Sementara itu, Mohamed Khaled menyifatkan cadangan pembangkang untuk memberi pendidikan percuma dan menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan TinggiNasional (PTPTN) sebagai janji populis tanpa mengkaji implikasinya.

Beliau berkata, langkah memansuhkan PTPTN sebenarnya akan memberi kesan yang amat besar kepada pelajar dan negara kerana ia akan mengehadkan akses kepada pengajian tinggi di kalangan pelajar selain menyebabkan ketiadaan sumber untuk membiayai yuran pengajian pelajar IPTS.

Tanpa PTPTN, katanya, tiada sumber lain untuk membiayai kos sara hidup pelajar selain merencatkan usaha merealisasikan hasrat menjadikan Malaysia sebagai pusat pengajian tinggi menjelang 2020.

"Oleh itu, kerajaan akan mengekalkan pembiayaan PTPTN," katanya. - BERNAMA

3 comments:
Write comments
  1. BODOH punya menteri. Dulu masa jadi YB Menteri Pembangunan Usahawan pun sama jugak bodohnya. Aku tak nampak mana hasilnya dia masa jadi menteri nun. Hanya nampak permit teksi banyak le dkeluarkan tapi tiada kawalan pulak. Brtaburan permit baru. Lulus lulus dan lulus. Yg buat masalah kpd isu2 pengangkutan kenderaan PERKHIDMATAN AWAM,tiada tindkan diambil spt pembatalan permit. Sekarang jaga Pendidikan Tinggi negara. Lagi bodoh nampaknya. Alasan naik cukai rakyat menyebabkan dasar pendidikan percuma tak boleh dsediakan. Takut IPTS bangkrap juga menyebabkan dasar pendidikan percuma tak boleh diadakan. Bodoh betul. Itulah menteri2 Umngok ni...BODOH PAYAH DIAJAR CERDIK TAK BOLE DTUMPANG.

    **yassir arafat

    ReplyDelete
  2. Kalau ndak mau trlibat dgn kenaikan cukai akibat dr Dasar Pendidikan Tinggi secara percuma kpd rakyat,senang je. Jgn kenakan cukai pd rakyat/pelajar trbabit. Kan dlm BN tu ada jugak YB Menteri Kewangan. Duduk dan bincang le dgn YB Menteri KPT mengenai pnghapusan cukai ke hape. Kepala hotak kamu leh.

    ReplyDelete
  3. Sial punya menteri so wahai pelajar yang boleh mengundi kita jatuh ini BN di PRU 13 dan ganti PR supaya free pembelajaran.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.