Wednesday, April 3, 2013

Bekas Duta & Pengarah KAGAT Sertai PAS

PAS mengumumkan penyertaan dua tokoh baru bagi menguatkan jentera parti menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Bekas Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Brigedier Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad dan bekas Duta Besar Malaysia di Arab Saudi dan Iran, Datuk Adnan Othman menyertai PAS dan pengumuman dibuat oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Najmi merupakan adik kepada bekas Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Nakhaie Ahmad turut diumumkan bertanding di Parlimen Baling.

Berkhidmat selama 28 tahun di dalam ATM dan kerajaan, Najmi merupakan lepasan Universiti Al Azhar dalam jurusan Syariah.

Beliau menyertai Bahagian Agama ATM pada tahun 1979 dan menjadi Pengarah Kor Agama ATM pada tahun 1986 sebelum bersara pada tahun 2006.

Datuk Adnan Othman berasal dari Marang, Terengganu merupakan lepasan University of Exeter, England dalam bidang Sains Politik pernah berkhidmat di China ketika Malaysia baru menjalinkan hubungan diplomatik dengan kerajaan China pada tahun 1974.

Selain itu, beliau pernah berkhidmat di Kanada dan Singapura serta berkhidmat secara kontrak sebagai Pesuruhjaya Tinggi Canberra Australia pada tahun 2001 sebelum bersara.

Sebelum itu, Abdul Hadi turut merasmikan Pusat Media PAS sempena PRU-13 di Pejabat Agung PAS.

Turut hadir sama, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. -GB

12 comments:
Write comments
  1. Brtambah lagi yg cerdik masuk PAS.

    ReplyDelete
  2. Tahniah Datuk Najmi...semasa perkhidmatan beliau dlm ATM..beliau lah yg mengubah tatacara pemakaian bagi pranita yg mana sebelum itu pranita memakai skirt diubah kepada pemakaian yg menutup aurat(berseluar dan bertudung hitam), beliau juga mengharamkan penggunaan arak di wisma wisma...mmg bnyk jasa beliau dlm atm..aku sokong penuh beliau sebagai calon....

    ReplyDelete
  3. Alhamdullillah !

    Kenapa tunggu lama sangat nak berubah dan berdiri kerana benar ?

    Masih was was akan kebesaran Allah SWT.....?

    Apa pun , Tahniah.

    ReplyDelete
  4. Buatlah pilihan yang tepat.

    ReplyDelete
  5. Kami menanti tokoh baru ini benar berkeupayaan memperjuangkan yang terbaik untuk rakyat yang menyokongnya.

    ReplyDelete
  6. PAS cuma kuat dan diterima di Kelantan.

    ReplyDelete
  7. Yang penting kebajikan rakyat harus diutamakan.

    ReplyDelete
  8. Lets see the people will still vote for PAS?

    ReplyDelete
  9. Kalau di Sabah, bukan tempat yang sesuai buat PAS.

    ReplyDelete
  10. Ini sebab mengejar kepentingan politik.kalau bukan,sudah pasti sudah lama dia keluar.tidak perlu tunggu dekat PRU.

    ReplyDelete
  11. biarlah dia nak sertai PAS

    ReplyDelete
  12. Benar Sabah tak sesuai utk PAS sbab majoriti pnduduk Sabah skrang sskitar 90% adalah PTI dr Indon dn Filipina.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.