Monday, April 1, 2013

ISU PEROBOHAN RUMAH DI KG KUKUSAN

Tawau; Pas Kalabakan hari ini mengecam keras arahan perobohan sekitar 90 buah rumah di Kg
Bukit Kukusan, Tawau, Sabah. Bercakap kepada wakil pemberita, Cik Fatmawaty Yusuf, Penyelia
Pas DUN Tanjung Batu-Kalabakan berkata, pihaknya akan terus mengambil tindakan drastik bagi
mempertahankan hak penduduk.

"Kita berharap penduduk kampung tidak meninggalkan rumah masing-masing sehingga satu
penjelasan dibuat oleh Jabatan Tanah tentang hak mereka. Kami di peringkat Pakatan Rakyat
sedang merangka satu tindakan drastik untuk mendesak Jabatan Tanah menyelesaikan pemilikan
tanah kepada penduduk kampung sebagaimana surat kelulusan yang telah dikeluarkan sejak 2003
lagi”

Semalam, Pas Tawau dan Kalabakan telah membuat laporan polis berhubung gangugan dan cubaan
perobohan rumah menggunakan sebuah jentera. Ini berlaku apabila seorang penama, Hj Abdul

Rasyad bin Hj. Adam (M/s Chee & co) yang mengaku sebagai pemilik tanah, telah menuntut semua
penduduk yang menduduki tanah seluas 8.06 ekar itu agar berpindah dan keluar dari kawasan
tersebut.

Walaubagaimanapun, penduduk kampung menegaskan, mereka telah mendapat surat kelulusan
penempatan daripada mahkamah untuk tinggal di situ sehingga sekurang-kurangnya Oktober akan
datang.

Menurut Fatmawaty lagi, pihaknya akan membuat laporan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) kerana dikhuatiri wujudnya salahlaku dan rasuah dalam tuntutan pemilikan tanah

ini. Dakwaan ini wujud kerana pihaknya merasa hairan apabila wujudnya kekeliruan dalam status
pemilikan tanah di kawasan terlibat.

Isu kekeliruan pemilikan tanah ini dijangka memberi impak yang besar kepada suasana politik
Kalabakan menjelang pilihanraya umum ke-13 khususnya di DUN Tanjung Batu kerana terkini
wujudnya persaingan hebat antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional dalam memenangi isu ini di
sana.




-PAS TAWAU

8 comments:
Write comments
  1. org-org tua kata,jgn ambil yg bukan hak kita.

    ReplyDelete
  2. Siasat siapa dulu dia dapat... kalau ada kroni yang terlibat spr boleh siasat...

    ReplyDelete
  3. Ini kawasan kampung atau setinggan?

    ReplyDelete
  4. Bagus PAS sila kedepan agat msyarakat nmpak fungsi pmbangkang.

    ReplyDelete
  5. Setiap yang dilakukan tu pasti ada sebabnya.jadi, jangan dulu fikir negatif.biar pihak berkenaan jelaskannya.

    ReplyDelete
  6. PAS Sabah ni hanya mampu mengkritik ja.

    ReplyDelete
  7. pertahankan hak2 penduduk.

    ReplyDelete
  8. dedulu x amik peduli pun .. dah dekat nak PRU ade le timbul ... dgr citer jd calon

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.