Friday, April 5, 2013

Khairy Terbau Yang Beliau Tidak Dicalonkan

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar nampaknya semakin terasa dan dapat membaca 'kilau didalam kilat' mengenai dirinya di dalam pilihan ke-13 ini. Beliau seperti sudah terbau apa yang akan berlaku terhadap dirinya.

Khairy telah memberi nasihat dan amanat berguna kepada anak buahnya agar tidak merajuk dan terus bekerja untuk menjamin kemenangan parti walaupun tidak dicalonkan. Sambil menasihati mana-mana kawan yang mungkin tidak akan dicalonkan, beliau juga turut memberi peringatan kepada dirinya sendiri agar tidak kecewa.

Apakah nasihat atau gambaran itu boleh dikatakan Khairy sudah merasakan dia tidak akan diturunkan oleh partinya untuk mempertahankan kerusi Rembau? Khairy seperti telah mengambil tindakan 'berundur' sebelum orang mengundurkan dirinya.

Lama sebelum ini Khairy sudah pun membayangkan dia tidak berminat untuk mempertahankan kerusinya. Tanpa memberi tahu kenapa orang dapat menyuluh sebabnya kerana beliau didiskriminasikan oleh Najib Razak di dalam kabinet. Khairy menjadi ketua pemuda yang hina di dalam Umno kerana dinafikan hak-hak atau pun keistimewaan yang ada kepada pemegang jawatan itu seperti mana lazimnya.

Najib tidak melantiknya memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan seperti mana sepatutnya. Usahkan menteri timbalan menteri pun tidak. Apa lagi memalukan dan ini juga menyebabkan menantu bekas PM itu bertarung dengan dirinya sendiri apabila timbalannya diberikan jawatan menteri, tetapi beliau tidak.

Itu tidak mengapa lagi, yang paling senak kepadanya ialah apabila orang yang kalah dengannya, diberikan jawatan, juga timbalan menteri. Ini adalah satu penghinaan. Namun Khairy dapat bersabar sehingga genap lima tahun menanggung risiko jiwa itu, memakan hati berulamkan jantung. Ini satu kejayaan buatnya.

Walaupun begitu Khairy dapat menahan perasaan dan terus berkhidmat sebagai seorang ketua pemuda seperti biasa. Khairy tidak menunjukkan dia kecewa dan melakukan protes. Beliau tidak mengajar atau menyuruh anak buahnya dalam pemuda membuat desakan membela dirinya.

Tribulasi dan takdir itu secara tidak langsung menjadikan Khairy lulus sebagai seorang politician yang jujur dan ikhlas dan meletakkan dirinya sebagai pejuang parti sebenarnya. Beliau terus bangkit dengan idea, pandangan-pandangan bernas serta pembelaan kepada parti dengan tuntas apabila parti diserang oleh oposisi.

Beliau tidak mengharapkan balasan di atas apa yang beliaulakukan. Tetapi hukum kerma tidak berpihak kepadanya. Jasa dan sikap profesional yang ditunjuknya tidak juga dipedulikan Najib. Najib tidak tahu menggunakan kepandaian Khairy dan juga tidak reti bagaimana untuk menjadikan Khairy sebagai pemangkin politik dirinya.

Kenapa? Tiada sebab lain melainkan kerana Najib akur kepada Mahathir Mohamad yang berdendam dengan Kahiry kerana telah mengalahkan anaknya Mukhriz. Mahathir menggunakan alasan Khairy rasuah atau menang dengan rasuah bagi menolak hakikat kekalahan anaknya. Orang yang menjadi penghalang atau memisahkan antara pemuda dengan Najib ialah Mahathir.

Sehebat-hebat manusia berlawanan dengan diri dan perasaanya selama mana sangat boleh dilakukan. Jadi apabila Khairy membayangkan dia tidak berminat untuk bertanding ada dua kemungkinan akan berlaku; beliau digugurkan atau beliau sendiri akan menggugurkan dirinya. Dari sudut atau normal orang politik mereka tidak akan mengggugurkan dirinya melainkan akan digugurkan.

Jadi apabila Khairy sudah berbau dia tidak dicalonkan sebab itulah dia membayangkan sesuatu yang bakal menyedihkan dirinya. Tetapi nampaknya dia gentlemen. Kalau Khairy digugurkan dan tidak diberikan kerusi untuk bertanding, nasib Khairy sama seperti nasib lawannya dalam pilihan raya ke-12 lalu Badrul Hisham Shahrin atau che'GuBard yang juga kini sedang memakan hati berulamkan jantung, tetapi terus menjadikan dirinya sebagai lilin membakar diri demi mencerahkan parti.

Harap-harap kalau Khairy tidak dicalonkan dia juga akan menjadi lilin yang terus membakar diri untuk memberi pencerahan kepada partinya

http://msomelayu.blogspot.com/

31 comments:
Write comments
  1. KALAU KJ BERTANDING PUN MESTI KENA SEBOTAJ !!!! SIFAT SEMULA JADI UMNO BN SEBOTAJ MENSEBOTAJ...LAGI PUN UMNO BN NAK TUMBANG DAHHHHH .........

    ReplyDelete
  2. ala dia dah dgr desas desus najib mmg x stuju letak nama dia lam senarai calun perlimen maupn DUN tu yg cpt2 bgtau dia x mau tanding tu.... malu beb PM x trima ketua pemuda yang kaki botoi...

    ReplyDelete
  3. kj baru sedar dia ketua pemuda umno yg x dilantik dlm kabinet... dah le kj... jual pasemboq lagi baik...

    ReplyDelete
  4. Umno perlu menerima calon boleh menang yang ditentukan oleh parti, seperti yang ditekankan oleh Presidennya Datuk Seri Najib Tun Razak berulangi kali untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

    ReplyDelete
  5. Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan yang dibuat oleh Najib untuk meletakkan calon boleh menang perlu diterima oleh semua ahli.

    ReplyDelete
  6. Menurutnya, seperti yang dikatakann Najib calon-calon yang dipilih olehnya mampu menarik sokongan pengundi boleh diterima oleh semua peringkat parti.

    ReplyDelete
  7. "...seperti yang disebutkan beliau (Najib) meminta calon 'winnable' yang dipilih perlu diterima oleh semua lapisan peringkat kepimpinan.

    ReplyDelete
  8. "Calon yang diletakkan boleh menarik sokongan pengundi," katanya

    ReplyDelete
  9. Najib menyatakan calon boleh menang yang diketengahkan oleh parti pada masa sekarang perlu memberi nilai tambah untuk memenangi pilihan raya.

    ReplyDelete
  10. Antara nilai tambahnya ialah bukan sahaja diterima oleh parti malah hendaklah disenangi rakyat, boleh bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan sukarela serta masyarakat madani yang secara realitinyi adalah pengundi.

    ReplyDelete
  11. Selain itu beliau juga berkata, kejayaan calon dalam pilihan raya kontemporari ini bergantung kepada penerimaan mereka yang diwakili.

    ReplyDelete
  12. "Jika dulu siapa pun yang diketengahkan oleh parti, merupakan calon boleh menang.

    "Hakikatnya tidak lagi begitu, maknanya di sini, kejayaan calon adalah bergantung kepada penerimaan mereka hendak di wakili dengan mempunyai nilai tambah," katanya.

    ReplyDelete
  13. saya ingat lebih baik saudara khairy bertanding di atas tiket sendiri...buat apa nak masuk ke dalam kapal yg dah nak karam.... apa-apapun saya tabik dan salute pada saudara KJ yg banyak bersabar. Tuhan sentiasa bersama umat yg di zalimi.

    ReplyDelete
  14. Umno Youth chief Khairy Jamaluddin will be defending his Rembau parliamentary seat in the upcoming 13th general election.

    ReplyDelete
  15. Negri Sembilan Mentri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan has confirmed this.

    ReplyDelete
  16. “As far as I know, the Prime Minister has endorsed him for Rembau,” he said in a report on Star Online.

    ReplyDelete
  17. The Mentri Besar was responding to a Facebook post by Khairy earlier that he had informed Datuk Seri Najib Razak of his preference not to defend the seat.

    ReplyDelete
  18. Meanwhile, Khairy, in the post, said all that mattered to him was Barisan’s victory in the election, and advised fellow Youth leaders not to make an issue if they were not shortlisted as Umno candidates.

    ReplyDelete
  19. KJ kena lihat diri sendiri dan hijrah adalah terbaik sb KJ belum terlambat lagi dalam arena politik dia amat berpontensi cuma Umno tak nak oarang pandai dari mereka tu je.

    ReplyDelete
  20. headhunter said.. - LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  21. Kata Najib, pilihan kini terletak di tangan rakyat sama ada mahu memilih Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau beliau sendiri sebagai pemimpin negara pada pilihan raya umum akan datang.

    ReplyDelete
  22. "Dengan penuh rendah diri, kalau rakyat Malaysia jawab Najib, maka sokong dan undilah BN. Sebab saya tak boleh lakukan perkara ini (mentadbir negara) seorang... perlukan pasukan. Dan pasukan inilah yang akan bertanding, jadi perlu beri sokongan yang padu kepada pasukan," katanya.

    ReplyDelete
  23. Najib dalam pada itu berkata, pembangkang tidak boleh diberi peluang mentadbir negara kerana gagal membawa kemajuan sepanjang lima tahun mentadbir empat negeri.

    ReplyDelete
  24. Beliau percaya, berdasarkan rekod pencapaian BN, rakyat kini lebih menyakini BN, malah menegaskan Anwar telah semakin hilang kepercayaan daripada orang-orang yang rapat dengannya.

    ReplyDelete
  25. "Yang terbaharu, Sidek Baba. Sidek Baba kata dia telah hilang kepercayaan kepada Anwar dan dia juga kata Anwar tidak layak jadi perdana menteri.

    ReplyDelete
  26. headhunter said.. - LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  27. headhunter said.. = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  28. headhunter said.. = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  29. headhunter said.. = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  30. headhunter said.. = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  31. kena terima keputusan jika tidak dicalonkan

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.