Monday, April 15, 2013

MCA Dalam Gelora : 2 Naib Presiden Tidak Terpilih?

Tiga pemimpin kanan MCA termasuk dua naib presiden dan juga bekas presiden, tidak terpilih mewakili parti itu dalam pilihan raya umum kali ini.

Mereka ialah Naib Presiden Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan Senator Gan Ping Sieu.

Turut digugurkan ialah bekas presiden parti Datuk Seri Ong Tee Keat.Beliau yang mewakili Parlimen Pandan sebelum ini merupakan nama yang ditunggu-tunggu oleh orang ramai sama ada akan turut dipilih semula sebagai calon atau tidak.

Kini teka-teki tersebut sudah terjawab.

MCA juga tidak menyenaraikan calon mereka di kerusi Gelang Patah sekaligus menguatkan lagi spekulasi yang tempat itu akan ditandingi oleh wakil Umno iaitu Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.

Ketua MCA Gelang Patah, Jason Teoh tidak disenaraikan langsung untuk mana-mana kerusi.

Kesemua yang digugurkan atau tidak terpilih semula adalah bagi memberi laluan kepada 19 muka baru yang akan diperkenalkan oleh MCA kali ini.

Presiden MCA,Datuk Seri Dr Chua Soi Lek ketika mengumumkan senarai calon parti itu lewat petang ini menyatakan MCA hanya akan bertanding di 37 kerusi parlimen dan 90 kerusi negeri.

Jumlah itu kurang tiga kerusi yang mereka wakili untuk bertanding pada pilihan raya umum yang lalu.

Beliau turut menyifatkan ini adalah pertarungan hidup dan mati parti itu dan oleh yang demikian menyeru semua ahli parti memastikan kelangsungan pemerintahan Barisan Nasional (BN) bagi memastikan masa depan MCA terjamin.

Untuk kerusi parlimen ujarnya, MCA mempertaruhkan nasib dan harapan ke atas 21 orang calon daripada jawatankuasa pusat parti, 11 calon daripada Pemuda dan lima calon dari sayap Wanita.

Kesemua calon Wanita adalah terdiri daripada muka-muka baru.

Untuk kerusi negeri pula, beliau menyatakan MCA meletakkan harapan kepada 53 calon dari pusat, 25 calon Pemuda dan 12 calon dari Pergerakan Wanita.

MCA mengumumkan nama-nama calon untuk semua kerusi yang ditandinginya melainkan untuk kerusi Parit Yaani di Johor atas sebab-sebab teknikal.

Sementara itu, lain-lain pemimpin parti yang digugurkan termasuklah ahli Jawatankuasa MCA Pusat yang juga Ketua MCA Kuantan, Datuk Ti Lian Ker dan Ketua MCA Tebrau, Teng Boon Soon.

Naib Ketua Wanita, Datuk Heng Seai Kie bagaimanapun terpilih sebagai calon untuk kerusi Parlimen Padang Serai manakala Jessie Ooi, yang sebelum ini diberi jolokan ‘Ms Two Truck’, turut terpilih untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri Kuala Kubu Baru.

Calon termuda MCA ialah Ketua Pemuda Kampar, Daniel Wa Wai How, 25, yang akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri Keranji, Perak manakala calon paling tua, ialah Ketua Biro Penerangan MCA Selangor, Datuk Yap Pian Hon, 70, yang akan bertanding di kerusi Parlimen Serdang. -Mstar

73 comments:
Write comments
  1. mereka tidak terpilih bagi memberi peluang kepada Muka baru.

    ReplyDelete
  2. Barisan Nasional (BN) membariskan seramai 33 peratus calon baru untuk peringkat Parlimen dan 49 peratus untuk peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, kata Pengerusi BN, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

    ReplyDelete
  3. Ujarnya, walaupun BN meletakkan calon-calon baru namun ia masih membariskan wakil-wakil rakyat yang sedia ada terdiri daripada mereka yang ada pengalaman berkhidmat sama ada sebagai wakil kerajaan atau wakil rakyat.

    ReplyDelete
  4. “Ini adalah kerana imbangan daripada pengalaman amat penting sebab kita bukan sahaja perlu menampilkan pembaharuan sebagai sebuah parti dengan mandat yang baru bagi menubuhkan kerajaan akan datang tetapi kita juga perlu mempunyai mereka yang mampu untuk mentadbir kerajaan dan berkhidmat kepada rakyat,” katanya.

    ReplyDelete
  5. Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyerahkan watikah pelantikan calon PRU ke-13 kepada pengerusi kompenan parti dalam BN dan juga Pengerusi Badan Perhubungan BN peringkat negeri di Ibu Pejabat BN, hari ini.

    ReplyDelete
  6. “Senarai ini merupakan barisan calon-calon BN yang pada hemat saya adalah yang terbaik mampu disediakan selepas melalui satu proses yang panjang meliputi banyak perbincangan dengan komponen BN dan Pengerusi-pengerusi BN peringkat negeri.”

    ReplyDelete
  7. Jelasnya, keputusan dibuat dengan mengambil kira sentimen ataupun jangkaan daripada pengundi untuk melihat kepada perubahan dalam BN.

    ReplyDelete
  8. “Pada peringkat DUN hampir 50 peratus adalah muka baru yang dibuat untuk memenuhi kehendak dan jangkaan pengundi bahawa mereka ingin melihat BN dan UMNO yang sudah bersedia untuk melakukan perubahan dan pembaharuan.

    ReplyDelete
  9. “Kalau mereka yang menduduki kerajaan semuanya muka baru, tak ada pengalaman langsung maka ini akan membantutkan kerajaan BN untuk memenuhi harapan rakyat,” katanya.

    ReplyDelete
  10. Ujarnya yang juga Presiden UMNO, penilaian terhadap calon BN perlu dilihat dalam konteks secara menyeluruh.

    ReplyDelete
  11. “Maknanya bukan sahaja kepada mereka yang bertanding tetapi kemampuan barisan ini dalam konteks untuk menubuhkan kerajaan yang ampuh dan kerajaan yang kuat serta mampu untuk memenuhi kehendak dan jangkaan rakyat pada masa-masa yang akan datang.

    ReplyDelete
  12. “Kita perlu melihat bukan saja dalam konteks PRU ke-13 ini tetapi selepas pilihan raya, apa kesudahannya, ia mesti mempunyai barisan yang mampu melaksanakan segala-gala aku janji dalam menifesto BN.”

    ReplyDelete
  13. Bekaitan latar belakang calon, beliau menjelaskan bahawa BN cuba untuk memasukkan secara inklusif dengan penglibatan semua pihak.

    ReplyDelete
  14. “Dari segi penyertaannya terdiri dari pelbagai profesion, universiti, ada PTD, ada daripada badan-badan agensi kerajaan, ada juga profesional, doktor, peguam, ulama dikalangan kita dan sebagainya dan ada juga mereka yang popular di peringkat akar umbi.

    ReplyDelete
  15. “Ini kerana bukan semua wakil rakyat akan menjadi anggota kerajaan kerana sebahagiannya atau lebih ramai terpaksa berkhidmat kepada rakyat jadi penentuannya adalah kebolehan mereka untuk menjadi pemimpin di peringkat akar umbi.”

    ReplyDelete
  16. Sebelum itu beliau telah menyampaikan watikah kepada semua Presiden part-parti kompenan dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Presiden UMNO menerima watikah bagi pihak UMNO.

    ReplyDelete
  17. Kecelaruan di dalam Pakatan Rakyat nampaknya semakin hari semakin parah dan bukannya semakin pulih. Jika sebelum ini PR dilihat sebagai sebuah kapal dengan tiga nakhoda, tetapi kini parti itu seolah-olah tidak mempunyai nakhoda langsung.

    ReplyDelete
  18. DAP yang begitu dominan juga nampaknya semakin buntu apabila pemerintahan cara kuku besi dan kilas tangan mereka sudah tidak lagi menjadi.

    ReplyDelete
  19. Hari ini, kita tidak tahu lagi siapa yang sebenarnya menerajui PR. Masing-masing pemimpin tertinggi parti dilihat suka-suka menukar dan mengumumkan calon masing-masing tanpa berunding dan tanpa mengambil kira sentimen akar umbi.

    ReplyDelete
  20. Tindakan menukar-nukar kerusi kerana terlebih yakin kini mula memakan diri apabila keyakinan yang dirasai itu terbukti tidak berasas sama sekali. Kehadiran yang dingin di ceramah-ceramah dan kunjungan yang tidak bersambut membuktikan bahawa PR tidak diterima di kawasan terbabit. Jika ceramah mendapat sambutan pula, kita tetap menyaksikan perebutan kerusi antara ketiga-tiga parti atau penolakan calon oleh akar umbi.

    ReplyDelete
  21. Lim Kit Siang adalah antara yang membuat keputusan untuk menukar kawasan iaitu dari Ipoh Timur, Perak ke Gelang Patah, Johor.

    ReplyDelete
  22. Tujuannya ialah untuk mencabar MCA serta menggerunkan BN, sekali gus merampas Johor. Anwar pula pada awalnya dilaporkan akan bertanding di Perak. Dengan cara ini kedua-dua negeri akan dapat dirampas, di samping mengekalkan Pulau Pinang, congak mereka.

    ReplyDelete
  23. Walaubagaimanapun, perkembangan semasa di kedua-dua negeri menyedarkan mereka bahawa mereka tidaklah begitu bijak dalam mengatur strategi. Malah, lebih malang lagi apabila sesama pemimpin tertinggi, termasuk bakal Perdana Menteri mereka juga tidak boleh dipercayai.

    ReplyDelete
  24. Kit Siang kini tersedar bahawa beliau sebenarnya berhadapan dengan ‘dirinya’ sendiri apabila berhadapan dengan Anwar. Sikap putar belit dan kukubesi kedua-duanya tidak memungkinkan mereka bekerjasama dengan baik.

    ReplyDelete
  25. Oleh itu, walaupun, keputusan untuk Anwar bertanding di Perak adalah keputusan bersama antara para pemimpin tertinggi PR, namun apa yang terjadi ialah Anwar dengan sesuka hati menukar fikiran untuk bertanding di Permatang Pauh, kawasan selamatnya.

    ReplyDelete
  26. Sedangkan keputusan awal untuk ‘lari’ dari Permatang Pauh adalah kerana kurang yakin dapat menang besar di sana. Namun, memandangkan keadaan adalah jauh lebih bahaya di Perak, maka Anwar memilih untuk kembali ke tempat asal pula tanpa berunding dengan sesiapa.

    ReplyDelete
  27. Mungkin kita wajar memuji Anwar kerana mampu menjatuhkan moral seorang kiasu sehingga begitu sekali. Setelah berdekad-dekad berpolitik, jarang sekali atau hampir tidak pernah kita melihat Kit Siang gagal mengawal diri. Kit Siang bagaikan sudah mengaku kalah setelah menyedari yang beliau gagal sama sekali untuk mengawal Anwar, mahupun PAS di saat-saat akhir.

    ReplyDelete
  28. Kedua-dua parti sekutu DAP itu nampaknya membawa hal sendiri dalam menentukan calon dan kerusi dan tiada siapa lagi yang merujuk kelulusan DAP. Lebih malang bagi Kit Siang apabila pemimpin DAP sendiri ada yang meletakkan jawatan akibat tidak puas hati dengannya. Nampaknya, kelicikan Anwar dan kebodohan PAS benar-benar membuat seorang kiasu menjadi bingung

    ReplyDelete
  29. Oleh itu, pesan kita pada Kit Siang, jangan sekali-kali percaya kepada penipu seperti Anwar dan jangan sekali-kali merendah-rendahkan kebodohan PAS. Orang bodoh dan penipu sememangnya sukar untuk dijangka kerana mereka mampu berbuat apa saja.

    ReplyDelete
  30. Headhunter said & Mantera :-

    1) SEBAR FITNAH AMALAN HIDUP
    2) OTAK COPY PASTE
    3) LIDAH SYAITAN
    4) POLITIK LUCAH & SUKA TENGOK FILEM BLUE (MEMANTAT)
    5) PERKAUMAN
    6) TEMAN2, RAKAN2, KAWAN2 - SILA TAMBAH, PASTI dua EKOR beruk ini suka sambil tepuk tangan macam parti UMNO BN DORANG YANG MENANG PRU 13.

    ReplyDelete
  31. Headhunter said & Mantera :-

    1) SEBAR FITNAH AMALAN HIDUP
    2) OTAK COPY PASTE
    3) LIDAH SYAITAN
    4) POLITIK LUCAH & SUKA TENGOK FILEM BLUE (MEMANTAT)
    5) PERKAUMAN
    6) TEMAN2, RAKAN2, KAWAN2 - SILA TAMBAH, PASTI dua EKOR beruk ini suka sambil tepuk tangan macam parti UMNO BN DORANG YANG MENANG PRU 13.

    ReplyDelete
  32. Headhunter said & Mantera :-

    1) SEBAR FITNAH AMALAN HIDUP
    2) OTAK COPY PASTE
    3) LIDAH SYAITAN
    4) POLITIK LUCAH & SUKA TENGOK FILEM BLUE (MEMANTAT)
    5) PERKAUMAN
    6) TEMAN2, RAKAN2, KAWAN2 - SILA TAMBAH, PASTI dua EKOR beruk ini suka sambil tepuk tangan macam parti UMNO BN DORANG YANG MENANG PRU 13.

    ReplyDelete
  33. Headhunter said & Mantera :-

    1) SEBAR FITNAH AMALAN HIDUP
    2) OTAK COPY PASTE
    3) LIDAH SYAITAN
    4) POLITIK LUCAH & SUKA TENGOK FILEM BLUE (MEMANTAT)
    5) PERKAUMAN
    6) TEMAN2, RAKAN2, KAWAN2 - SILA TAMBAH, PASTI dua EKOR beruk ini suka sambil tepuk tangan macam parti UMNO BN DORANG YANG MENANG PRU 13.

    ReplyDelete
  34. Headhunter said & Mantera :-

    1) SEBAR FITNAH AMALAN HIDUP
    2) OTAK COPY PASTE
    3) LIDAH SYAITAN
    4) POLITIK LUCAH & SUKA TENGOK FILEM BLUE (MEMANTAT)
    5) PERKAUMAN
    6) TEMAN2, RAKAN2, KAWAN2 - SILA TAMBAH, PASTI dua EKOR beruk ini suka sambil tepuk tangan macam parti UMNO BN DORANG YANG MENANG PRU 13.

    ReplyDelete
  35. Lima pemimpin MCA termasuk seorang menteri Kabinet tidak dicalonkan semula pada Pilihan Raya Umum Ke-13.


    ReplyDelete
  36. Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Gan Ping Sieu dan bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat tidak tersenarai dalam pilihan raya umum ini.

    ReplyDelete
  37. Dua lagi pemimpin parti itu ialah bekas Timbalan Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Teng Boon Soon dan Datuk Yew Teong Look yang pernah menjadi Setiausaha Parlimen Kementerian Wilayah Persekutuan dari 2004 hingga 2008.

    ReplyDelete
  38. Paling mencuri tumpuan ialah Tee Keat yang menerima gelaran 'Lone Ranger' dalam kalangan ahli MCA apabila gagal tersenarai semula sebagai calon bagi kerusi Parlimen Pandan.

    ReplyDelete
  39. Soi Lek telah mengumumkan calon MCA untuk Parlimen Pandan adalah peguam, Garry Lim lebih awal sebelum tarikh pengumuman rasmi.

    ReplyDelete
  40. Sehingga pukul 10 malam tadi, Tee Keat gagal dihubungi dan enggan menjawab khidmat pesanan ringkas (SMS) berhubung kedudukannya.

    ReplyDelete
  41. Dalam pada itu, Yen Yen yang juga merupakan wanita pertama menjawat jawatan Naib Presiden MCA, turut digugurkan daripada bertanding di kerusi Parlimen Raub apabila tempatnya digantikan Exco Pahang, Datuk Hoh Khai Mun.


    ReplyDelete
  42. Yen Yen sebelum ini telah menyatakan hasratnya untuk tidak mempertahankan kerusi tersebut tetapi akan terus berkempen untuk MCA dan Barisan Nasional (BN).

    ReplyDelete
  43. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah menegaskan pemilihan calon BN turut bergantung kepada penerimaan rakyat, kemampuan dan rekod pencapaian calon selain mengambil kira pertimbangan yang adil antara parti komponen BN.

    ReplyDelete
  44. Selain itu Najib menggariskan bahawa kriteria calon boleh menang BN ialah peribadi, kebolehan, ketokohan dan pengalaman individu menjadi asas dalam pemilihan.

    ReplyDelete
  45. Justeru tidak perlulah mana-mana pemimpin-pemimpin sama ada di peringkat pusat atau bahagian mendabik dada kononnya mereka berada dalam kategori calon boleh menang. Ini memandangkan sama ada boleh menang atau tidak bukan mereka yang tentukan tetapi rakyat.

    ReplyDelete
  46. Oleh itu, dalam soal ini adalah penting jika pemilihan calon kali ini dilakukan secara berhati-hati dengan mengambil kira pandangan rakyat dan laporan agensi-agensi yang dipertanggungjawabkan.

    ReplyDelete
  47. Ia memandangkan jika BN tersilap langkah dalam membuat perhitungan semata-mata untuk menjaga hati mana-mana pemimpin maka yang akan menanggung akibat adalah parti.

    ReplyDelete
  48. Dalam berhadapan pilihan raya umum yang cukup getir ini, BN dan UMNO perlu memastikan calon yang dipilih diterima oleh rakyat dan bukannya pemimpin yang mengamalkan sikap `syok sendiri' kononnya dia masih boleh menang.

    ReplyDelete
  49. Malahan jangan ada pandangan kononnya kalau seseorang pemimpin itu tidak terpilih ia boleh membawa bencana kepada peluang BN. Bagi pemimpin seumpama ini, kalau betul rakyat mahukan dia tetapi tidak dipilih oleh parti mungkin ia bencana untuk parti tetapi kalau dia memang tidak dikehendaki oleh rakyat tetapi dipilih oleh parti maka itu adalah bencana yang sengaja diundang.

    ReplyDelete
  50. Justeru kepada pemimpin-pemimpin yang berhasrat masih mahu menjadi calon atau berasa layak menjadi calon sedangkan, dia sendiri memahami bagaimana penerimaan rakyat di kawasannya maka belajar-belajarlah menilai diri dan bermuhasabah.

    ReplyDelete
  51. Pilihan Raya Umum Ke-13 bukannya medan untuk survival politik mana-mana individu tidak kira apa juga jawatannya di peringkat pusat, bahagian mahupun negeri. Kalau kajian menunjukkan pencalonannya boleh mengundang kekalahan atau bencana kepada parti maka terima sahaja dengan terbuka keputusan pucuk pimpinan.

    ReplyDelete
  52. Memanglah semua orang merasakan dirinya layak, apatah lagi kalau dia memegang jawatan di peringkat bahagian tetapi itu bukan jaminan pencalonannya boleh membawa kemenangan kepada parti.

    ReplyDelete
  53. Apa yang lebih utama seperti mana kata Najib, kepentingan parti harus mengatasi kepentingan individu. Kalau benarlah mereka sayangkan parti dan mahu memastikan kedudukan bangsa, agama dan negara tidak digugat oleh pakatan pembangkang maka bersedialah untuk tidak dicalonkan.

    ReplyDelete
  54. Kita percaya setiap keputusan dalam soal pemilihan calon ini akan dilakukan dengan penuh hati-hati dan kebijaksanaan oleh pucuk pimpinan parti demi memastikan kemenangan yang diidam-idamkan tercapai.

    ReplyDelete
  55. Kecewa dan sedih tidak salah tetapi jangan sampai bertindak sebagai pengkhianat apabila tidak terpilih sebagai calon kerana bak kata Najib, "Jika kita faham kenapa pilihan raya diadakan, kita takkan benarkan perasaan dan pertimbangan lain menggantikan pertimbangan untuk parti, seelok-eloknya kalau kecewa pun dalam tempoh 24 jam sahaja. Lepas itu kena turun padang.''

    ReplyDelete
  56. Semoga pesanan Perdana Menteri ini akan menjadi iktibar kepada mereka yang tidak terpilih sebagai calon agar impian BN untuk meneruskan kesinambungan perjuangan demi bangsa, agama dan negara tidak dikhianati dari dalam.

    ReplyDelete
  57. Akujanji Headhunter & cybertrooper BN :-

    SEBAR FITNAH & MENIPU
    OTAK COPY PASTE & PUTARBELIT
    LIDAH SYAITAN & SYAITAN YANG DIKENALI
    POLITIK LUCAH & UMPORNO
    DALANG PROJEK IC PATI
    SENTIMEN PERKAUMAN

    ReplyDelete
  58. Menurut Tan Sri Muhyiddin, janji yang dilontarkan pembangkang melalui manifesto mereka seperti menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan bayaran tol adalah sesuatu yang sukar untuk dilaksanakan.

    ReplyDelete
  59. Ia, katanya, dibuat semata-mata untuk meraih undi bagi mencapai hasrat untuk membolehkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri.

    ReplyDelete
  60. “Memanglah kalau kita dengar sepintas lalu macam bagus juga sebab tidak payah bayar (PTPTN dan bayar tol)…tetapi ini mengelirukan.

    ReplyDelete
  61. “Apa yang disediakan kerajaan (menerusi PTPTN) adalah daripada sumber kerajaan dan institusi kewangan supaya anak-anak kita dapat melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi.

    ReplyDelete
  62. “Maka, wang yang dibayar semula itu (oleh peminjam) dapat diteruskan untuk memberi pinjaman kepada lebih ramai peminjam yang ibu bapa mereka tidak berkemampuan,” katanya.

    ReplyDelete
  63. Betul dah cina2 yg tak trpilih tu digugurkn dan trmasuk sorang lagi iaitu Chua S lok..ustaz jadian dlm BN.

    ReplyDelete
  64. Darah baru MCA diperlukan.

    ReplyDelete
  65. MCA masih tidak sedar kelemahannya.

    ReplyDelete
  66. Benarkah PTPTN dimansuhkan jika pembangkang menang?

    ReplyDelete
  67. JIka tidak dicalonkan pun harus terus memberi sokongan dna kerjasama memperjuangkan objektif.

    ReplyDelete
  68. Pastikan keputusan yang dibuat benar memanfaatkan MCA.

    ReplyDelete
  69. MCA semakin tidak menyakinkan.

    ReplyDelete
  70. Yang digugurkan dari senarai, harus teruskan perjuangan juga.

    ReplyDelete
  71. Pemansuhan PTPTN mungkin boleh ditunaikan?

    ReplyDelete
  72. Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen, Gan Ping Sieu dan Datuk Seri Ong Tee Keat tidak dicalonkan di PRu13 ini.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.