Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa Parlimen dibubarkan berkuatkuasa hari ini selepas diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13.
Beliau membuat pengumuman itu secara langsung pada jam 11.35 pagi ini selepas mengadap Yang di-Pertuan Agong.
Berikutan itu, perdana menteri menasihatkan ketua-ketua kerajaan negeri, kecuali Negeri Sembilan dan Sarawak, untuk menghadap
ketua negeri masing-masing bagi mendapat perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya pilihan raya umum dapat diadakan secara serentak.
DUN Negeri Sembilan terbubar secara automatik pada 28 Mac bagi memberi aluan kepada pilihan raya negeri diadakan.
Manakala Sarawak telah mengadakan pilihan raya negeri pada 16 April 2011.
Pilihan raya umum kali ini ialah yang pertama buat Najib yang akan memimpin jentera BN selepas mengambil-alih jawatan perdana menteri daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 3 April 2009.
Selepas dibubarkan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) harus menetapkan tarikh pilihan raya akan berlangsung. Undang-undang menetapkan ia mesti dibuat dalam tempoh 60 hari.
Mandat kerajaan semasa akan berakhir pada 28 April 2013.
Mengikut Perkara 55 (4) Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya umum mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran Parlimen.
Najib membuat pengumuman tersebut hari ini sempena ulangtahun keempatnya sebagai perdana menteri, selepas mengambil alih pentadbiran daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 3 April 2009.
Dalam ucapannya selama kira-kira 15 minit itu, Najib turut memuji usaha yang dijalankan anggota pentadbirannya, termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin serta anggota kabinet.
Katanya, usaha yang dijalankan itu antara lainnya berjaya meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat dan menunjukkan bahawa kerajaan BN bertanggungjawab.
“Kerajaan ini letak kepentingan rakyat malaysia mengatasi segalanya. Kami merupakan kerajaan yang berani menepati janji dan memelihara amanah. Bukan sikap kami tanam tebu di bibir.
“Bukti komitmen mampu diukur oleh prestasi sepanjang empat tahun,” katanya dalam ucapan tersebut.
Turut menyertai Najib ketika membuat pengumuman tersebut ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan anggota jemaah menteri.
Sementara itu menurut Bernama, berdasarkan daftar pengundi terkini, jumlah pemilih berdaftar di seluruh negara ialah 13.3 juta orang yang berdaftar sehingga Disember 2012.
Sejumlah 222 kerusi parlimen akan dipertandingkan dalam pilihan raya umum ali ini termasuk termasuk 31 kerusi di Sarawak, manakala 505 kerusi DUN, akan dipertandingkan di peringkat negeri.
Ketika Parlimen dibubarkan, komposisi di Dewan Rakyat menyaksikan BN enguasai 137 kerusi, manakala selebihnya disandang DAP (29), PAS (23) ,Parti Keadilan Rakyat (PKR) (23) kerusi, Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan parti Kesejahteraan Insan Tanahair (KITA) masing-masing satu kerusi.
Lapan lagi kerusi disandang anggota Parlimen Bebas.
Dalam pilihan raya umum 2008, BN gagal menguasai majoriti dua pertiga Dewan Rakyat setelah hanya menang 140 kerusi berbanding pakatan pembangkang 82 kerusi.
Selain gagal menguasai Kelantan, BN juga gagal mempertahankan pemerintahan di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.
Perak bagaimanapun kembali kepada BN kira-kira setahun kemudian setelah tiga wakil rakyat yang dipilih mengisytiharkan sokongan mereka kepada BN.
Bagi SPR pula, ia akan melaksanakan lapan elemen baru dalam pilihan raya umum kali ini sebagai langkah penambahbaikan perjalanan pilihan raya selaras dengan cadangan yang terkandung dalam laporan akhir Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Penambahbaikan Pilihan Raya yang dibentangkan di Parlimen pada 3 April lepas.
Lapan elemen itu termasuk penggunaan dakwat kekal, pengundian awal untuk menggantikan undi pos bagi anggota polis dan tentera, membenarkan undi pos bagi masyarakat Malaysia di luar negara dan warga media serta dan menetapkan tempoh kempen tidak kurang 10 hari.
Selepas pilihan raya umum ke-12, sebanyak 16 pilihan raya kecil diadakan, ekoran kematian dan peletakan jawatan, iaitu enam bagi kerusi parlimen dan 10 kerusi DUN, yang menyaksikan masing-masing lapan kerusi dimenangi BN dan pembangkang.
Pilihan raya kecil Parlimen ialah bagi kerusi Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Hulu Selangor, Sibu dan Batu Sapi manakala pilihan raya kecil DUN ialah di Bukit Selambau, Batang Ai, Manek Urai, Permatang Pasir, Penanti, Bagan Pinang, Galas, Batu Sapi, Tenang, Merlimau dan Kerdau.
Jumlah pilihan raya kecil berkenaan antara yang terbanyak dalam sejarah pilihan raya negara selepas penggal 1995 hingga 1999 menyaksikan 17 pilihan raya kecil diadakan. -MK
Wednesday, April 3, 2013
Parlimen bubar, Siapa Akan Ke Putrajaya?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Anticipating what many say will be the closest fought elections in recent history, prime minister Najib Razak today gave his assurance that any change of guards whether at the Federal or state level will be peaceful.
ReplyDelete"I hereby give an assurance that should there be any change of power whether at the state or Federal level, such a change will take place peacefully," said Najib, announcing on live television the long awaited dissolution of the parliament this morning.
ReplyDeleteHe also called on both the ruling coalition and the opposition to display the spirit of democracy in making the coming general election a success. After his speech, Najib shook hands with members of his cabinet, which had its final meeting earlier.
ReplyDeleteNajib's announcement ends almost two years of intense speculation of a general election, after he replaced Abdullah Badawi in 2009, who was forced to resign following the BN's poor electoral performance the previous year.
ReplyDeleteNajib's assurance lends credence to widespread belief that the coming polls would be historic for Malaysia, which has been ruled by the UMNO-led coalition since independence from Britain. Analysts have said that several component parties of BN, especially MCA, Gerakan and MIC, could face a wipe-out, causing BN to lose Federal power and most of the state governments.
ReplyDeleteARE YOU READY FOR BNNN...??
ReplyDeleteNOOOOOO.......
BAYUMURNI.....
NA..NA..NA....NAAAA......
ReplyDeleteNA..NA..NA....NAAAA......
HEYYY... BN...GOODDD BYEEEE.....
NA..NA..NA....NAAAA......
ReplyDeleteNA..NA..NA....NAAAA......
HEYYY... BN...GOODDD BYEEEE.....
Kita tunggu ari 6 ni.
ReplyDeleteJust wait and see.
ReplyDeleteSusah nak gambarkan.
ReplyDeleteNAJIB TETAP AKAN KE PUTERAJAYA.. MANAKALA ANWAR BAKAL DISUMBAT KE DALAM PENJARA
ReplyDeleteTaraf dan kualiti hidup rakyat semakin baik, ekonomi negara semakin makmur manakala keadaan kewangan kerajaan terus bugar dapat dirasai sepanjang empat tahun pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Najib yang memegang tampuk pentadbiran negara mulai 3 April 2009 dan memperkenalkan Gagasan 1Malaysia, komited melaksanakan yang terbaik dalam semua aspek pembangunan negara, khusus untuk rakyat selaras dengan tema "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".
NAJIB TETAP AKAN KE PUTERAJAYA.. MANAKALA ANWAR BAKAL DISUMBAT KE DALAM PENJARA
ReplyDeletePerjalanan Malaysia dalam menuju Wawasan 2020 untuk menjadi negara maju berpendapatan tinggi mungkin dapat dicapai lebih awal apabila Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun nyata memberi kesan yang hebat terhadap kesejahteraan rakyat dan negara.
NAJIB TETAP AKAN KE PUTERAJAYA.. MANAKALA ANWAR BAKAL DISUMBAT KE DALAM PENJARA
ReplyDeleteHasil kejayaan negara boleh disaksikan daripada peningkatan Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita daripada US$257 pada tahun 1957 kepada US$9,970 pada tahun lepas. Berdasarkan Laporan Tahunan Program Transformasi Nasional yang dibentangkan Najib bulan lepas, kadar kemiskinan terus menurun daripada lebih 60 peratus pada awal kemerdekaan kepada 1.7 peratus pada tahun 2012.
NAJIB TETAP AKAN KE PUTERAJAYA.. MANAKALA ANWAR BAKAL DISUMBAT KE DALAM PENJARA
ReplyDeletePendapatan isi rumah bulanan purata juga meningkat daripada RM4,025 pada tahun 2009 kepada RM5,000 pada tahun lepas, menyebabkan kuasa beli rakyat Malaysia adalah hampir dua kali ganda pendapatan per kapita yang ada. Laporan itu juga menyebut bahawa kadar inflasi negara kekal berada di paras yang rendah iaitu 1.2 peratus pada Disember 2012 iaitu antara yang terendah di rantau ini.
NAJIB TETAP AKAN KE PUTERAJAYA.. MANAKALA ANWAR BAKAL DISUMBAT KE DALAM PENJARA
ReplyDeleteSelaras dengan matlamat untuk menjadikan rakyat hidup dengan lebih selesa, Najib memperkenalkan beberapa produk 1Malaysia bagi membantu mereka yang berpendapatan rendah dan meringankan beban rakyat. Pada pembentangan Belanjawan 2012, Najib mengumumkan bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 diberi kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan dan ke bawah dan ia memberi manfaat kepada lebih enam juta rakyat Malaysia.
NAJIB TETAP AKAN KE PUTERAJAYA.. MANAKALA ANWAR BAKAL DISUMBAT KE DALAM PENJARA
ReplyDeleteBantuan itu kemudian diteruskan tahun ini dengan kriteria penerima diperluas kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan, yang akan menerima bantuan RM250. Ketika membentangkan laporan GTP bulan lepas, Najib turut mengumumkan bahawa BR1M akan diteruskan dan dijadikan inisiatif tahunan, sekaligus menunjukkan bahawa ia merupakan contoh terbaik iltizam kerajaan dalam menjunjung kesejahteraan rakyat.
NAJIB TETAP AKAN KE PUTERAJAYA.. MANAKALA ANWAR BAKAL DISUMBAT KE DALAM PENJARA
ReplyDeleteMelalui inisiatif jenama 1Malaysia juga, rakyat mempunyai alternatif mendapatkan barangan keperluan harian dan perkhidmatan dengan kos yang secara puratanya 20 hingga 40 peratus lebih rendah daripada harga pasaran. Justeru, kerajaan pimpinannya telah memperluaskan lagi pembukaan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Klinik Rakyat 1Malaysia, Kedai Kain 1Malaysia, pembinaan lebih banyak Projek Perumahan 1Malaysia (PR1MA), pemberian bantuan Kebajikan Rakyat 1Malaysia (Karisma) dan Menu Rakyat 1Malaysia.
NAJIB TETAP AKAN KE PUTERAJAYA.. MANAKALA ANWAR BAKAL DISUMBAT KE DALAM PENJARA
ReplyDeleteKrisis di Lahad Datu, Sabah, membuatkan Najib diuji hebat berhubung soal keselamatan dan kedaulatan negara apabila pencerobohan pengganas bersenjata dari Selatan Filipina berlaku Febuari lepas. Nyata, beliau tidak gentar malah lantang bersuara menyampaikan mesej jelas kepada kumpulan pengganas itu bahawa Sabah adalah hak Malaysia buat selama-lamanya dan tegas menolak tawaran gesaan gencatan senjata.
NAJIB TETAP AKAN KE PUTERAJAYA.. MANAKALA ANWAR BAKAL DISUMBAT KE DALAM PENJARA
ReplyDeleteBagi mengelakkan insiden seumpama itu berulang kembali, beliau telah mengumumkan kewujudan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) meliputi 10 daerah di Sabah sebagai memberi asas perundangan kepada Kawasan Keselamatan Timur Sabah (ESSCOM).
NAJIB TETAP AKAN KE PUTERAJAYA.. MANAKALA ANWAR BAKAL DISUMBAT KE DALAM PENJARA
ReplyDeleteWalaupun ada suara-suara sumbang yang mengatakan bahawa kejadian yang menumpahkan darah ramai pasukan keselamatan negara dalam Operasi Daulat itu sebagai sandiwara Umno, Najib menegaskan bahawa pengorbanan satria negara bukan untuk diperlekehkan tetapi untuk dikenang dan dihargai semua rakyat. Justeru, beliau mengumumkan penyerataan pangkat-pangkat dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia dengan Perkhidmatan Awam Am berkuat kuasa 1 Januari tahun ini ketika berucap pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-13 (MAPPA XIII) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bulan lepas.
NAJIB TETAP AKAN KE PUTERAJAYA.. MANAKALA ANWAR BAKAL DISUMBAT KE DALAM PENJARA
ReplyDeleteDi samping untuk menghargai jasa dan pengorbanan pasukan keselamatan negara, langkah itu juga diyakini akan menaikkan semangat anggota pasukan keselamatan itu untuk terus mempertahankan negara daripada pelbagai ancaman.
NAJIB TETAP AKAN KE PUTERAJAYA.. MANAKALA ANWAR BAKAL DISUMBAT KE DALAM PENJARA
ReplyDeleteDi bawah Program Transformasi Komuniti, Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) ditubuhkan sebagai satu daripada langkah strategik bagi mengembangkan permintaan untuk produk domestik, terutamanya produk luar bandar. Berkonsepkan "Satu Hentian, Pelbagai Perkhidmatan", RTC pertama dibina di Gopeng, Perak dan beberapa lagi dibuka di Kelantan, Melaka dan Pahang manakala UTC pertama dilancarkan di Melaka, selain mini UTC yang ditempatkan di Sentul.
NAJIB TETAP AKAN KE PUTERAJAYA.. MANAKALA ANWAR BAKAL DISUMBAT KE DALAM PENJARA
ReplyDeleteNajib yang akan mengetuai pasukan Barisan Nasional (BN) buat pertama kalinya pada PRU kali ini mengatakan bahawa beliau memerlukan masa dan mahu rakyat benar-benar merasai hasil dari segala dasar dan program yang dilaksanakan di bawah GTP. Beliau juga mahu kejayaan besar memihak kepada BN selain ingin menebus kekecewaan PRU ke-12 pada 2008 apabila BN buat pertama kalinya hilang majoriti dua per tiga di Parlimen serta empat negeri - Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor kepada pembangkang.
NAJIB TETAP AKAN KE PUTERAJAYA.. MANAKALA ANWAR BAKAL DISUMBAT KE DALAM PENJARA
ReplyDeleteMalah, pemilihan Najib sebagai Pengarah Pilihan Raya BN Selangor dilihat mampu menyuntik semangat pemimpin parti komponen BN untuk berjuang habis-habisan merampas kembali negeri itu.
NAJIB TETAP AKAN KE PUTERAJAYA.. MANAKALA ANWAR BAKAL DISUMBAT KE DALAM PENJARA
ReplyDeletePembangunan negara tidak akan tercapai sekiranya ekonomi negara tidak stabil, sehubungan itu, beliau telah memperkenalkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) pada lewat tahun 2010. Sejak ia dilancarkan, kadar pertumbuhan pelaburan swasta telah berkembang lebih tiga kali ganda, mencatat peningkatan sebanyak 22 peratus pada tahun 2012, ini menyaksikan bahawa sektor swasta memainkan peranan utama sebagai pemacu ekonomi negara.
NAJIB TETAP AKAN KE PUTERAJAYA.. MANAKALA ANWAR BAKAL DISUMBAT KE DALAM PENJARA
ReplyDeleteAgenda transformasi negara terus meniti kejayaan apabila Malaysia mengukuhkan pelbagai tangga kedudukan di peringkat antarabangsa. Mengikut World Bank Ease of Doing Business Report 2013, secara keseluruhannya Malaysia merupakan negara ke-12 paling mesra perniagaan di dunia selain menduduki tangga pertama dari segi akses kepada kemudahan kredit. Malaysia juga adalah negara ke-14 paling berdaya saing di dunia, menurut Institute of Management Development di dalam laporan World Competitiveness Yearbook 2012/2013.
NAJIB TETAP AKAN KE PUTERAJAYA.. MANAKALA ANWAR BAKAL DISUMBAT KE DALAM PENJARA
ReplyDeleteGlobe Shopper Index oleh Economist Intelligence Unit menunjukkan Kuala Lumpur sebagai pusat bandar beli belah kedua terbaik di Asia Pasifik. Dalam pasaran modal pula, indeks KLCI Bursa Malaysia mencatat angka tertinggi iaitu 1,688 mata pada 31 Disember tahun lepas.
NAJIB TETAP AKAN KE PUTERAJAYA.. MANAKALA ANWAR BAKAL DISUMBAT KE DALAM PENJARA
ReplyDeleteSegala pengiktirafan global yang diberikan kepada Malaysia adalah satu testimoni kejayaan kepada prakarsa GTP dan ETP sejak ia dilaksanakan dan menunjukkan bahawa negara berada di landasan yang betul. Najib dilihat bukan membuat pelbagai dasar yang hanya cantik dilihat di atas kertas dan sedap didengar sahaja tetapi hasilnya dapat dirasai segenap lapisan masyarakat.
rakyat akan menentukannya
ReplyDeleteAhli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Bung Moktar Radin hari ini mengajak seluruh rakyat agar bersama-sama dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk membawa rakyat secara keseluruhannya menuju negara maju dan ke arah yang lebih baik.
ReplyDeleteMenurut beliau perkara tersebut jelas terkandung di dalam ucapan dasar Datuk Seri Najib semalam yang memperlihatkan kesungguhan serta komitmen kerajaan yang ditunjangi Barisan Nasional (BN) hari ini.
ReplyDelete“Ucapan dasar Datuk Seri Najib memang jelas ingin membawa rakyat untuk menuju negara maju dan lebih baik daripada hari ini dan ini bermakna rakyat tidak ada pilihan melainkan memilih BN dalam PRU akan datang.
ReplyDelete“Dan ini jelas sebab UMNO dan BN telah menampakkan satu ‘track record’ yang baik sejak sebelum merdeka dan mengambil kemerdekaan serta pengisian kemerdekaan lebih 56 tahun…. bermakna UMNO dan BN telah benar-benar komited yang tinggi untuk membangunkan rakyat dan negara.
ReplyDeleteApa pun yang kita bicara serta bincang setiap hari adalah soal rakyat. Pemberian subsidi, soal pendidikan,subsisi kesihatan dan pelbagai yang lain semuanya untuk rakyat. Saya tidak nampak kenapa pengundi perlu tolak BN walapun pun mungkin terdapat kelemahan sedikit sebanyak, namun kita meletakkan rakyat di hadapan dan meletakkan kemakmuran ekonomi itu lebih tinggi dariapda segalanya,” katanya
ReplyDeleteTambah beliau beliau pemimpin pembangkang hanya sekadar tahu menjelajah seluruh negara yang hanya untuk menabur janji semata-mata.
ReplyDelete“Cukup jelas pemimpin pembangkang berjalan…berjalan..berjalan..bercakap..bercakap..dan berjanji. Kita BN tidak melakukan sedemikian rupa. Kita melaksanakan janji kita. Justeru saya rasa rakyat tahu mana emas dan mana permata dan mana yang perlu dikekalkan dan mana yang perlu ditolak pada masa akan datang.
ReplyDeletePolitik pada hari ni kita tidak lagi boleh terpesong dengan janji manis. BN dan UMNO telah perlihatkan komitmen ini daripada awal lagi…BN menterjemahkan segala janji kepada rakyat. Tidak nampak janji pembangkang akan mempengaruhi rakyat,” katanya.
ReplyDeleteBercakap dalam konteks Sabah pula, Datuk Bung Moktar yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan berkeyakinan BN dapat mengekalkan rentak kecemerlangan pada pilihan raya umum nanti.
ReplyDelete“Walaupun mungkin berhadapan dengan pilihan raya yang berbeda sebab ada antara anggota UMNO yang keluar, tetapi saya cukup yakin BN dapat kekalkan kemenangan yang besar pada pilihan raya umum akan datang. Ini kerana orang UMNO di sana berjuang untuk pembangunan di Sabah dan bukannya untuk kepentingan mana-mana individu,” katanya.
ReplyDelete