Wednesday, April 3, 2013

Penerima BR1M pula diisytihar sertai Umno

Kalau di Rantau Panjang rakyat dari negara jiran diisytihar menyertai Umno, sebaliknya di sini pula penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diuar-uarkan keluar PAS.

Mungkinkah itu langkah terdesak Ketua Umno Pasir Mas, Datuk Hanafi Mamat sehingga menggunakan nama pemohon BR1M bagi diisytihar menyertai Umno.

Jurucakap Pondok Tal Tujuh berkata, anak seorang penghuni pondok diminta hadir pada program anjuran Umno di Tendong.

Katanya, pada awalnya mereka mahu ramai anak muda pondok hadir pada program berkenaan, namun hanya seorang sahaja yang datang.

“Lagi pun pemuda terbabit bukan lagi tinggal di kawasan pondok selepas berkahwin beberapa bulan lalu.

“Keluarganya memberitahu pemimpin Umno terbabit menggunakan borang BR1M bagi mengumumkan pemuda berkenaan menyertai Umno.

“Apa yang sebenar berlaku tiada yang menyertai Umno. Jauh sekali 70 pelajar Pondok Tal Tujuh menyertai Umno seperti disiarkan akhbar hari ini,” katanya di sini.

Beberapa akhbar menyiarkan gambar seorang pemuda dilihat seperti menyerah borang menyertai Umno kepada Ketua Bahagian Pasir Mas.

Hanafi dilaporkan berkata, lebih ramai rakyat terutamanya golongan muda terbuka hati menyertai Umno, sebagai bukti BN mampu membela nasib rakyat.

Seorang lagi penghuni pondok terbabit berkata, Umno Pasir Mas terpaksa melakonkan adegan menggunakan seorang bekas pelajar pondok kononnya menyerah borang menyertai Umno.

Katanya, perbuatan itu benar-benar mencemar imej pondok kerana mencipta perkara yang tidak wujud.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Umno Pasir Mas dikatakan bergolak semula ekoran anggota parlimen Bebas, Datuk Ibrahim Ali disebut bertanding di kerusi parlimen Pasir Mas.

Satu sumber memberitahu Hanafi dikatakan terpaksa mencari kerusi lain yang lebih selamat, antaranya berpindah ke Dun Tendong.

Sedangkan katanya, kehadiran Ibrahim menyebabkan beberapa nama lagi dalam Umno Pasir Mas terpinggir. -HD

27 comments:
Write comments
  1. WALAUPUN PEMBANGKANG MEROYAN SETIAP KALI ADA AHLI BARU SERTAI UMNO, NAMUN NAJIB TETAP COOL PACU EKONOMI NEGARA

    TARIKH 3 April 2009, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah melakar sejarah negara apabila menjawat teraju kepimpinan Malaysia sebagai Perdana Menteri keenam selepas peralihan daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi.

    ReplyDelete
  2. WALAUPUN PEMBANGKANG MEROYAN SETIAP KALI ADA AHLI BARU SERTAI UMNO, NAMUN NAJIB TETAP COOL PACU EKONOMI NEGARA

    Perkara pertama yang dilaksanakan oleh beliau selaku kepimpinan tertinggi ialah mengajak seluruh warga Malaysia untuk sama-sama melaksanakan transformasi dengan Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

    ReplyDelete
  3. WALAUPUN PEMBANGKANG MEROYAN SETIAP KALI ADA AHLI BARU SERTAI UMNO, NAMUN NAJIB TETAP COOL PACU EKONOMI NEGARA

    Selepas empat tahun berlalu, penilaian ke atas pelaksanaan transformasi telah dilakukan apabila Datuk Seri Mohd Najib sendiri membentangkan hasil perkembangan prakarsa Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang mana ia menjadi bukti bahawa kewibawaan sebagai negarawan telah dicorakkan dengan kemajuan dan pembangunan negara bangsa.

    ReplyDelete
  4. WALAUPUN PEMBANGKANG MEROYAN SETIAP KALI ADA AHLI BARU SERTAI UMNO, NAMUN NAJIB TETAP COOL PACU EKONOMI NEGARA

    Kepimpinan Najib sebagai Perdana Menteri telah mengarahkan setiap menteri untuk menyediakan KPI yang jelas merangkumi perincian tanggungjawab berkaitan tugas masing-masing dengan matlamat agar kabinet yang ada benar-benar menggalas tanggungjawab yang diamanahkan rakyat.

    ReplyDelete
  5. WALAUPUN PEMBANGKANG MEROYAN SETIAP KALI ADA AHLI BARU SERTAI UMNO, NAMUN NAJIB TETAP COOL PACU EKONOMI NEGARA

    Sebagai Presiden UMNO pula, Najib dalam ucapan sulungnya dalam persidangan terbesar orang Melayu iaitu Perhimpunan Agung UMNO pada 13 Oktober 2009 telah menekankan pentingnya aspek perubahan dalam agenda baru parti bagi memastikan UMNO terus teguh dan dihormati.

    ReplyDelete
  6. WALAUPUN PEMBANGKANG MEROYAN SETIAP KALI ADA AHLI BARU SERTAI UMNO, NAMUN NAJIB TETAP COOL PACU EKONOMI NEGARA

    Perkara terbabit dibuktikan kemudiannya dengan pindaan Perlembagaan UMNO yang melibatkan penambahan dan pemansuhan beberapa fasal membabitkan peluasan jumlah perwakilan, penghapusan kuota, yuran, pendaftaran keahlian dan pengiktirafan sebagai setiausaha bahagian.

    ReplyDelete
  7. WALAUPUN PEMBANGKANG MEROYAN SETIAP KALI ADA AHLI BARU SERTAI UMNO, NAMUN NAJIB TETAP COOL PACU EKONOMI NEGARA

    Najib membuktikan gerak kerja yang mantap dengan menjadikan dirinya sebagai contoh terbaik dalam pendekatan bersama rakyat dan menyelami permasalahan masyarakat. Pemimpin turun padang menjadi agenda utama dan keperibadiannya yang berjiwa rakyat berjaya ‘menutup mulut’ pihak lawan yang sebelum ini melakukan serangan peribadi terhadap beliau dan keluarganya.

    ReplyDelete
  8. WALAUPUN PEMBANGKANG MEROYAN SETIAP KALI ADA AHLI BARU SERTAI UMNO, NAMUN NAJIB TETAP COOL PACU EKONOMI NEGARA

    Sebagai seorang Perdana Menteri yang memahami aspirasi masyarakat, Najib sentiasa memikirkan hasrat untuk membolehkan setiap rakyat Malaysia mendapat akses kepada yang terbaik dalam kehidupan. Antaranya ialah pendidikan yang bermutu bermula dari pra sekolah lagi, mengoptimakan potensi diri, perkhidmatan kesihatan yang terbaik, prasarana awam yang mencukupi dan pemilikan rumah yang selesa serta berkemampuan untuk berlindung dan membesarkan anak-anak.

    ReplyDelete
  9. WALAUPUN PEMBANGKANG MEROYAN SETIAP KALI ADA AHLI BARU SERTAI UMNO, NAMUN NAJIB TETAP COOL PACU EKONOMI NEGARA

    Beliau juga sering menekankan bahawa Barisan Nasional (BN) adalah kerajaan yang bertanggungjawab, sentiasa menepati janji dan meletakkan masalah serta kesejahteraan rakyat di atas segala-galanya.

    “Sebab itulah sebelum berjanji kepada rakyat, kita telah mengkaji, pertamanya, adakah janji yang diberikan kepada rakyat itu akan mendatangkan faedah dan tidak memudaratkan, sama ada untuk jangka pendek, sederhana atau panjang. “Keduanya, adakah janji yang dibuat tersebut mampu untuk kita tunaikan? Bukannya janji sekadar janji,” katanya ketika berucap dalam pembentangan hasil perkembangan prakarsa Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP), baru-baru ini.

    ReplyDelete
  10. WALAUPUN PEMBANGKANG MEROYAN SETIAP KALI ADA AHLI BARU SERTAI UMNO, NAMUN NAJIB TETAP COOL PACU EKONOMI NEGARA

    Bukan itu saja, dalam tempoh empat tahun kepimpinan Najib sebagai nakhoda Malaysia, nama negara terus mekar malar di persada antarabangsa. Antaranya, mengikut World Bank Ease of Doing Business Report 2013, secara keseluruhannya Malaysia merupakan negara ke-12 paling mesra perniagaan di dunia. Menurut laporan yang sama juga, Malaysia menduduki tangga pertama dari segi akses kepada kemudahan kredit.

    ReplyDelete
  11. WALAUPUN PEMBANGKANG MEROYAN SETIAP KALI ADA AHLI BARU SERTAI UMNO, NAMUN NAJIB TETAP COOL PACU EKONOMI NEGARA

    Sementara Institute of Management Development di dalam laporan World Competitiveness Yearbook 2012/2013, telah meletakkan Malaysia negara ke-14 paling berdaya saing di dunia dan Globe Shopper Index oleh Economist Intelligence Unit menunjukkan Kuala Lumpur sebagai pusat bandar membeli-belah kedua terbaik di Asia Pasifik selain International Living Magazine melaporkan Malaysia sebagai negara Ketiga terbaik untuk persaraan bagi tahun 2013.

    ReplyDelete
  12. WALAUPUN PEMBANGKANG MEROYAN SETIAP KALI ADA AHLI BARU SERTAI UMNO, NAMUN NAJIB TETAP COOL PACU EKONOMI NEGARA

    “Mencapai status negara maju berpendapatan tinggi adalah matlamat kita. Apa yang mustahak, kita mahu menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi dengan acuan kita sendiri, di mana kebahagiaan individu, keluarga dan masyarakat menjadi asas utama bukan semata-mata angkatunjuk ekonomi. “Oleh kerana itulah, Dasar Transformasi Negara digubal dan dilaksana bagi memastikan setiap rakyat Malaysia akan merasai nikmat kemajuan yang diusahakan,” tegas Najib.

    ReplyDelete
  13. WALAUPUN PEMBANGKANG MEROYAN SETIAP KALI ADA AHLI BARU SERTAI UMNO, NAMUN NAJIB TETAP COOL PACU EKONOMI NEGARA

    Tentunya, impian Perdana Menteri ini mempunyai kesinambungan yang akan diteruskan oleh generasi seterusnya dengan pendekatan mantap dan matang. Kesungguhan kepimpinan Najib sebagai pemimpin negara perlu dikekalkan dengan menghadapi apa jua rintangan dalam BN khususnya untuk berdepan dengan perang besar iaitu Pilihan Raya Umum ke-13.

    ReplyDelete
  14. WALAUPUN PEMBANGKANG MEROYAN SETIAP KALI ADA AHLI BARU SERTAI UMNO, NAMUN NAJIB TETAP COOL PACU EKONOMI NEGARA

    Apa jua yang berlaku atau apapun persepsi serta manipulasi yang dilontarkan oleh pihak lawan, sewajarnya pertimbangan membuat penilaian menjadi keutamaan dengan kejayaan dan kegemilangan yang dilakar oleh Najib sebagai sandaran. Sesungguhnya hanya BN yang merealitikan janji ditepati untuk impian Wawasan 2020 sebagai kenyataan.

    ReplyDelete
  15. Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan menjadi inisiatif tahunan membuktikan kerajaan komited untuk meringankan beban dan memenuhi keperluan rakyat khususnya yang berpendapatan rendah.

    ReplyDelete
  16. Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Dr Maamor Osman berkata sebelum ini rakyat memang benar-benar berharap BRIM diteruskan dan kini kerajaan tidak menghampakan harapan golongan itu.

    ReplyDelete
  17. “Bantuan BR1M yang diteruskan membuktikan kerajaan prihatin dengan beban kewangan rakyat. Bantuan BR1M ini sangat baik dan efektif kerana ia diberikan secara langsung kepada kumpulan sasar,” katanya

    ReplyDelete
  18. “Masyarakat dapat banyak manfaat daripada pengenalan BR1M pertama, jadi saya percaya dengan inisiatif kerajaan, ini membuktikan keprihatinan kerajaan kepada masyarakat tanpa mengira bangsa,” kata Varatharajoo.

    ReplyDelete
  19. Bekas Pengerusi DAP Cawangan Sungai Pelek Tan Tuan Tat menyifatkan bantuan BR1M yang diteruskan dan menjadi inisiatif tahunan sebagai ‘bonus’ terbaik untuk rakyat berpendapatan rendah.Kalau kita kerja dengan syarikat kita kena bertungkus-lumus tingkatkan produktiviti baru boleh nikmati bonus."

    ReplyDelete
  20. UMNO Pasir Mas ni bukan setakat meroyan...tpi dah giler. Sanggup mereka manipulasi borang BR1M utk mncanakkan nama umngok. Giler sunggoh.

    ReplyDelete
  21. BR1M diberi pada masa yang kurang tepat, itulah memberi anggapan berkaitan dengan PRU13.

    ReplyDelete
  22. Jika dilihat dengan positif, sudah pasti BR1M untuk meringankan beban rakyat. Mungkin tujuan ini dilihat secara negatif.

    ReplyDelete
  23. Terbukti kerajaan prihatin dengan rakyat yang beban semakin berat.

    ReplyDelete
  24. Bantuan ini seakan membebankan kerajaan sahaja.

    ReplyDelete
  25. Jangan sehingga rakyat bergantung 100% terhadap rakyat. Tindakan ini cuma mendorong negara menghala ke arah muflis sahaja.

    ReplyDelete
  26. April 3, 2013 at 9:59 AM :

    haji logiut najib masih "cool" walaupun pentadbir sebenar negara ini adalah dr M [di sebalik tabir]? mabuk san miguel aaa???

    ReplyDelete
  27. UMNO makin kukuh

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.