Usaha menambah 200,000 pengundi baru di Kedah seperti dilapor baru-baru ini menunjukkan kerajaan Umno BN begitu terdesak merampas semula negeri itu daripada Pakatan Rakyat.
Ketua Sekretariat Pilihan Raya KEADILAN, Zakaria Abdul Hamid berkata, tidak munasabah bagi sebuah negeri mempunyai jumlah rakyat sebesar itu yang masih belum berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
“Tidak logik untuk sebuah negeri mempunyai 200,000 pengundi yang tak berdaftar, itu yang kita risaukan sekarang, tapi kita akan terus memantau usaha terdesak itu,” katanya kepada Keadilan Daily mengulas laporan bahawa Umno Kedah kini berusaha mendaftarkan kira-kira 200,000 yang layak mengundi di negeri itu.
Ahli Majlis Pimpinan Pusat itu berkata, tindakan Umno itu boleh dianggap sebagai perang psikologi terhadap rakyat Kedah, selepas kaedah yang sama digunakan di Selangor.
“Ia kononnya untuk menimbulkan keyakinan kepada rakyat Kedah bahawa mereka mampu mentadbir semula negeri itu, tetapi saya tahu, rakyat Kedah kini bijak menilai,” kata Zakaria.
“Mereka bukan sahaja terdesak merampas semula Selangor, malah Kedah juga,” tambah beliau.
Sehingga Ogos lepas, dilaporkan jumlah pengundi berdaftar di Kedah ialah 1.025 juta berbanding 873,000 pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU 12).
Umno BN Kedah telah mendaftarkan seramai 68,000 pengundi sejak tahun 2008 hingga Ogos lepas.
Manakala di Selangor pula, peningkatan mendadak daftar pemilih negeri itu untuk suku ketiga 2011 berjumlah 316,788 berbanding daftar pemilih induk 2008. -KD
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Mana2 parti yang guna taktik kotor adalah tidak ikhlas.
ReplyDeleteDaftar sebagai pengundi selagi sempat, sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum PRU13
ReplyDeleteJangan melakukan penyelewengan kerana ini hanya akan memerangkap diri anda sendiri.
ReplyDeleteKalau mereka 2 yang ditambah itu tidak mahu, pasti usaha ini tidak akan berjaya jika ianya betul!
ReplyDeleteMereka yang layak tapi belum lagi mendaftar tu, sila2 la pergi mendaftar sebagai pengundi.
ReplyDeleteRamai golongan belia adalah golongan atas pagar atau pemerhati saja.
ReplyDeletePRU perlu dilaksanakan dengan bersih dan adil. jika rakyat Kedah memang sokong BN pasti kemenangan berpihak pada mereka.
ReplyDeleteBN tu kalau adakan PRU secara 'gentleman',wa cakap lu haa...suda lama bungkus. Boleh 'bid' la.
ReplyDeletemimpi laaa....
ReplyDeleteKalau kita lihat nanti memang Kedah dan Selangor ini akan jatuh ke tangan Kerajaan BN semula. Kerana ini berpunca daripada masalah pentadbiran di Negeri itu sendiri.
ReplyDelete