Pakatan Rakyat hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) di Melaka berhubung penganjuran kenduri kahwin
mega anak kepada Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Ketua
Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin mengetuai rombongan yang turut
disertai Ketua Pembangkang Melaka Goh Leong San dan timbalan pesuruhjaya
PAS negeri Kamaruddin Sidek.
Shamsul berkata, tiga isu dilaporkan kepada SPRM, seperti berikut:
(1) Perbelanjaan RM600,000 untuk walimatulurus itu, seperti dilaporkan The Malay Mail semalam - yang didakwa melebihi kemampuan seorang ketua menteri.
(2) Dakwaan
anggota Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar bahawa terdapat
penglibatan agensi kerajaan negeri dan kerajaan tempatan dalam
penganjuran majlis itu dan dana kerajaan digunakan tanpa bayaran.
(3)
Dakwaan penglibatan Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka
(PKNM) Datuk Yusof Jantan mempengerusikan persediaan mesyuarat mengenai
persiapan hiasan luaran, kebersihan dan logistik majlis itu.
Kenyataan Shamsul direkodkan kira-kira sejam oleh pegawai SPRM.
Ali
Rustam semalam dilaporkan menjelaskan kos untuk menganjurkan majlis itu
murah namun kelihatan mewah disebabkan jumlah kehadiran - dilaporkan
lebih 100,000 orang.
Akhbar itu juga memetik seorang setiausaha
Mohd Ali, Datuk M S Mahadevan sebagai berkata, seramai 500 "sukarelawan"
tidak dibayar dan penyedia makanan serta perkhidmatan juga berbuat
demikian secara percuma.
Sementara The Malay Mail melaporkan
Mohd Ali sebagai berkata, kos jamuan itu sebanyak RM600,000 dan bukan
RM1.3 juta seperti anggaran pemimpin Pakatan, atau RM13 juta seperti
dianggarkan pemimpin DAP Lim Kit Siang. -MK
Thursday, October 4, 2012
Kenduri mega KM Melaka dilapor pada SPRM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Katanya SPRM dah masuk siasat. Tapi standard la. Tak masuk tak bole sebab sudah jadi citer umum,masuk jelah. Lepas dbuang le laporannya oleh UMNO Pusat. Dah ada contoh pun sebab tu sang menteri ndak takut,bah.
ReplyDeleteTu yang SPRM nak siasat ....mungkin angka 130 000 tu tak betul mungkin betul....mungkin rm 600 000 tu kurang atau ada yang tak kena...sama-sama lah kita tunggu hasil siasatan jika ada hasilnya....apa pun masing-masing rakyat Malaysia dah ada jawapannya....
ReplyDeleteAli Rustam tu masa jadi Timb Menteri Pengangkutan dulu,bole tahan jugak 'claim'nya setiap bulan.
ReplyDelete**888
Zam zam zam ali ketam !!!
ReplyDelete