Parlimen Turki telah memberi kebenaran untuk menjalankan tindakan ketenteraan merentas sempadan terhadap Syria, jika dianggap perlu oleh kerajaan.
Mandat tersebut yang sah dalam tempoh satu tahun, telah diluluskan oleh 320 undi dari 550 kerusi parlimen Turki, lapor agensi berita Anatolia Khamis lalu.
Besir Atalay, Timbalan Perdana Menteri Turki, berkata kebenaran menggunakan tindakan ketenteraan di Syria bukanlah satu pengisytiharan perang tetapi bertujuan sebagai mempertahankan diri.
Undi itu dibuat setelah Turki membuat serangan ke atas pangkalan tentera Syria pada pagi Khamis sebagai tindakan balas terhadap serangan mortar Syria yang membunuh lima rakyat Turki - seorang wanita dan empat kanak-kanak dari keluarga yang sama - di sempadan tenggara Turki
"Syria mengakui apa yang telah mereka lakukan dan telah pun meminta maaf," ujar Atalay.
Media kerajaan Turki berkata serangan oleh unit artileri yang berpangkalan di bandar sempadan Akcakale masih berterusan.
Sementara itu, keganasan masih berterusan di Syria. Aktivis pembangkang melaporkan beberapa letupan besar di pinggir Damsyik.
Kumpulan pemantau yang berpangkalan di London melaporkan 63 kematian di seluruh negara pada Khamis lalu. -HD
Monday, October 8, 2012
Parlimen Turki beri kebenaran serang balas Syria
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Beberapa hikmat atas kejadian dSyria tu..antaranya mnzahirkan pemimpin Kuku Besi dan ndak mau jatuh. Dah tradisi memerintah negara dr ayahnya lagi dan empayar kekayaan tlh dbina. Penyatuan bangsa arab memang ndak bole dpraktikkan dzaman Sahabat lagi, bukan sekarang.Selepas wafatnya baginda Nabi SAW dah ada bibit2 itu. Hikmah lain ialah kebangkitan rakyat yg perlu kpd PENGORBANAN dan perpaduan menyeluruh.Bukan brhimpun lepas tu brteraburan lari mcm BERSIH tu. Jatuhnya Pres Suharto setelah bngkitnya mahasiswa brtempur dan mereka trkorban dek tindakan pak polisi. Tapi ndak apa, gugurnya pejuang bangsa dr kalangan mahasiswa tu dbayar dgn harga mahal oleh pemimpin dgn berundurnya Pak Suharto. Hikmat trakru, Parlimen Turki bukan lagi spt parlimen era Kamal Artartuk dulu malah dlihat lebih agresif trhadap negara rejim Isreal apalagi dgn Turki yg tiada apa2 kelebihan.
ReplyDelete**Raja Sulu'
pembetulan...
ReplyDeleteHikmat trakru,Parlimen Turki bukan lagi spt parlimen era Kamal Artartuk dulu malah dlihat agresif trhadap negara rejim Israel apalagi dgn SYRIA yg tiada apa2 kelebihan.
**Raja Sulu'