Tuesday, October 9, 2012

Pemilih di luar negara berpeluang mengundi pada PRU13

Pindaan peraturan mengenai pilihan raya bersabit pemilih di luar negara menjadi pengundi pos akan dibentang dalam persidangan Dewan Rakyat yang sedang berlangsung.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata pindaan itu adalah syarat tambahan yang menuntut rakyat Malaysia di perantauan berada di tanahair sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima tahun sebelum Parlimen dibubar, untuk layak menjadi pengundi pos.

Pejabat Peguam Negara telah memberi maklum balas bahawa cadangan pindaan terhadap peraturan itu tidak memerlukan pindaan Perlembagaan dan undang-undang berkait.

Sehubungan itu SPR akan membentangkan cadangan pindaan terhadap borang dan peraturan pada persidangan Parlimen yang berlangsung sekarang, kata Abdul Aziz kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Ini bermakna jika diluluskan, rakyat Malaysia yang berada di luar negara dan memenuhi syarat akan layak membuang undi sebagai pengundi pos dalam pilihan raya umum ke-13.

Pada masa ini, hanya pelajar sepenuh masa dan penjawat awam dengan pasangan masing-masing dibenarkan mengundi secara pos iaitu mereka yang telah berdaftar sebagai pengundi dan memohon melakukan undi pos.

Pada masa yang sama, Abdul Aziz menasihatkan golongan terbabit agar mendaftar sebagai pemilih memandangkan sambutan yang diterima setakat ini agak dingin.

- Bernama

2 comments:
Write comments
  1. Kan dah kata SPR mati2an prtahankan sistem undi pos demi jangka hayat BN. Alasan undian pos ini standard le, utk rakyat mengundi mengikut undang2. Ntah2 undi pos tu masuk kotak lain tapi yg SPR kira kotak lain. Banyak suda contoh brlaku samda dlm by-election atau PRU. AWAS lah PR ye.

    ReplyDelete
  2. tentera sendiri pangkah @ boss yg 'tolong'???

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.