Thursday, April 4, 2013

Ada khabar Ku Li tiada dalam senarai calon BN

Dalam menghadapi Pilihan Raya Umum dengan tekad untuk menamatkan kuasa Umno Barisan Nasional (BN), yang ramai ialah orang-orang seperti saya — orang-orang yang tidak hebat, tidak berbakat dan tak pernah lelah memendam hasrat untuk menghambat Umno BN yang jahat.

Namun, sebodoh mana pun orang-orang yang mudah dipersetankan seperti saya, kamilah yang paling memerlukan negara ini. Kami tak ada pelajaran dan tak ada wang yang memungkinkan kami membawa anak isteri kami berhijrah ke tempat lain. Sebab itulah, kamilah yang lebih memerlukan negara ini ditadbir dengan lebih baik, kalaupun tidak terbaik.

Kerana kita yang dhaif dan lemah inilah yang lebih memerlukan negara ini, marilah kita yang tidak hebat ini buat apa yang dapat. Kita buat apa yang termampu untuk memastikan negara kita merdeka dari cengkaman Umno BN.

Bercakap fasal pilihan raya, berlegar khabar bahawa Tengku Razaleigh Hamzah tidak ada dalam senarai calon Umno BN. Mungkin auta. Tapi, boleh jadi benar.

Bila tersiar khabar Ku Li tak ada dalam senarai Umno BN, seorang kawan berharap agar tidak ada pemimpin PAS yang gatal hendak mengusung Ku Li sebagai calon Perdana Menteri pula. Semua itu hanya mengundang pecah belah yang akhirnya menguntungkan Umno BN.

Tolonglah hentikan kelaku jahat kencing atas kepala rakyat. —

penarikbeca15.blogspot.com

17 comments:
Write comments
  1. Pemimpin tak perlu le nak usong sana sini si Ular Air UMNO GMusang tu. Cuma guna sebaik mngkin peluang yg trbuka ini utk hempat ke muka umngok

    ReplyDelete
  2. BN kini nak perkenalkan muka baru

    ReplyDelete
  3. Ku Li dah tua patut bersara dan beri laluan kepada muka baru, dan patut membimbing muka baru

    ReplyDelete
  4. Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin meminta anggota sayap itu tidak “merajuk” atau menentang jika mereka tidak dicalonkan pada pilihan raya umum ke-13 ini.

    ReplyDelete
  5. “Saya akur dengan apa sahaja yang bakal diputuskan oleh Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak, kalau diarah bertanding saya akur, kalau diminta undur saya akur juga,” katanya

    ReplyDelete
  6. Menurut Khairy sekarang adalah masa bagi pemimpin muda membuktikan perpaduan dan kesetiaan kepada parti menerusi amalan dan tindakan.

    ReplyDelete
  7. Yang penting bukan jawatan tetapi niat untuk berkhidmat demi rakyat dan keberkesanannya dalam membawa kebaikan kepada rakyat, katanya meminta semua anggota dan pemimpin sayap itu menjadikan beliau sebagai contoh.

    ReplyDelete
  8. “Saya Ketua Pemuda UMNO Malaysia, pangkat Naib Presiden Umno, namun saya tidak dilantik dalam Kabinet.

    ReplyDelete
  9. “Perkara ini dijadikan bahan ejekan bagi musuh-musuh politik terhadap saya. Walaupun begitu, saya tak pernah kenal erti istilah sedih, kecewa, marah atau merajuk,” katanya.

    ReplyDelete
  10. headhunter said.. = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  11. headhunter said.. = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  12. headhunter said.. = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  13. headhunter said.. = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  14. headhunter said.. = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  15. headhunter said.. = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  16. headhunter said.. = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  17. Ramai yang tidak sedar bahawa menyokong PKR sebenarnya sama juga seperti menyokong BN. Sebabnya mudah. Pemimpin dan penyokong PKR adalah bekas pemimpin dan penyokong BN. Ertinya menyokong PKR ibarat keluar dari mulut buaya masuk ke mulut harimau.

    Sabah memerlukan sebuah parti politik tempatan yang didokong dan disokong sepenuhnya oleh rakyat Sabah tanpa perlu bersekongkol dengan parti dari Semenanjung. Dengan cara ini Sabah akan memperolehi "bargaining power" dalam menentukan supaya kerajaan campuran dapat diwujudkan sekiranya tiada parti yang menang dengan majoriti. Ertinya,sekiranya tiada parti politik di Semenanjung yang tidak mendapat "simple majoriti" dan jika mau memerintah maka Sabah boleh memainkan peranannya supaya kerajaan campuran diwujudkan dengan memberikan syarat-syarat tertentu yang menguntungkan rakyat dan negeri Sabah khususnya. Sekiranya BN atau PKR mendapat kemenangan majoriti 2/3, parti politik Sabah itu harus mengekalkan kedudukannya sebagai sebuah parti politik yang neutral tanpa perlu menjadi ahli gabungan kepada parti-parti dar Semenanjung. Lu fikir lh sendiri.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.