Thursday, April 4, 2013

Tolak Umno-BN: Anak Muda Kutip Tandatangan 1 Kilometer

Gabungan Anak Muda Tolak Umno-BN (Tolak) melancarkan kutipan tandatangan rakyat Malaysia bagi merubah pimpinan pentadbiran negara.

Di atas kain putih, Tolak mensasarkan tandatangan sepanjang satu kilometer dan kempen ini akan menjelajah ke seluruh negara.

Pelancaran di hadapan kompleks membeli belah Sogo jam 12 tengahari semalam berjaya menarik perhatian orang ramai menurunkan tandatangan.

Lebih 26 NGO lain bersama Tolak selain sokongan pimpinan utama NGO lain seperti Royalti, Felda dan Lynas.

Pengerusi Tolak, Mohd Azan Safar menyatakan, pengumuman pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menandakan paluan gelombang pilihan raya dipalu.

“Tolak bersiap sedia untuk membawa gelombang ini ke seluruh Malaysia agar Umno-BN tidak lagi diberikan mandat pada PRU-13,” katanya.

Tujuh tuntutan tolak adalah:

1- Umno-BN mengamalkan politik lucah, fitnah dan samseng bagi mempengaruhi rakyat demi survival politik mereka

2- Umno-BN mengamalkan rasuah dan kronisme sebagai budaya dalam parti dan pentadbiran negara.

3- Umno-BN gagal menguruskan ekonomi negara sehingga membebankan rakyat dengan hutang dan kos sara hidup yang tinggi.

4- Umno-BN campur tangan dalam IPT dan menyekat kebebasan akademik mahasiswa dan universiti

5- Umno-BN melakukan ketempangan dalam sistem demokrasi negara dan perjalanan pilihan raya.

6- Umno-BN menafikan hak rakyat dan mengadakan kepentingan bangsa Melayu dan pilihan raya.

7- Umno-BN gagal mengangkat martabat kaum wanita dan menunaikan hak-hak asasi golongan itu

Minggu lalu, Tolak memulakan siri jelajah di sekitar Lembah Klang dan berakhir di hadapan kediaman Perdana Menteri di Putrajaya.

Dalam kejadian berkenaan, lima pimpinan Tolak ditahan polis ketika berhimpun.

Perdana Menteri semalam mengumumkan pembubaran Parlimen sekaligus memberikan laluan untuk Pilihan Raya Umum ke-13 diadakan.












66 comments:
Write comments
  1. Harap-harap BN-UMNO akan tumbang kali ini puas sudah orang Sabah di perintah oleh BN yang di ketuai oleh UMNO tukar hanya 5 tahun saja.

    ReplyDelete
  2. PEMBANGKANH HANYA TAHU BERJANJI, RASUAH, MENIPU, MEMFITNAH, BERDEMO, MELIWAT DAN MELANGGAN PELACUR..

    PUSAT bandar Shah Alam di sekitar Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) kelmarin sesak kerana berlangsungnya Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-4 dan pelancaran manifesto bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang semakin hampir. Kelihatan lori treler kempen pilihan raya pakatan pembangkang sengaja diletakkan di tepi jalan bagi memperlihatkan gahnya persediaan mereka untuk berentap dalam kempen pilihan raya umum nanti.

    ReplyDelete
  3. PEMBANGKANH HANYA TAHU BERJANJI, RASUAH, MENIPU, MEMFITNAH, BERDEMO, MELIWAT DAN MELANGGAN PELACUR..

    Ucapan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menyatakan Anwar perlu diangkat menjadi Perdana Menteri juga kelihatan disambut hambar oleh peserta konvensyen yang rata-ratanya adalah aktivis tegar Pas serta PKR. Ini kerana kepemimpinan dan akar umbi Pas sendiri lebih cenderung untuk mengangkat Abdul Hadi sebagai ketua kerajaan sekiranya pakatan pembangkang menang pilihan raya umum.

    ReplyDelete
  4. PEMBANGKANH HANYA TAHU BERJANJI, RASUAH, MENIPU, MEMFITNAH, BERDEMO, MELIWAT DAN MELANGGAN PELACUR..

    Malah menjadi satu kepincangan juga apabila hasrat pakatan mahu melangkah dalam pilihan raya umum yang diibaratkan sebagai ibu segala pilihan raya dengan menggunakan satu logo. Anwar sendiri seolah-olah cuba menutup kepincangan dan percanggahan pendapat dalam soal mendasar seperti kalimah Allah dan pergeseran antara Pas dan DAP berkaitan isu-isu Islam dan yang terbaharu pertelingkahan DAP dan PKR di Johor.

    ReplyDelete
  5. PEMBANGKANH HANYA TAHU BERJANJI, RASUAH, MENIPU, MEMFITNAH, BERDEMO, MELIWAT DAN MELANGGAN PELACUR..

    Dalam keghairahan Anwar memuji negeri-negeri pakatan, beliau bagaikan terlupa menyebut kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak di Kedah. Mengapa? Adakah Kedah tidak membangun, atau kepimpinan Pas di Kedah sukar menerima Anwar? Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri juga mengakui berlaku pertelingkahan, debat dan perbalahan dalam pakatan pembangkang tetapi katanya, perkara itu ibarat kacau gula, kopi dan teh tetapi tidak memecahkan cawan.

    ReplyDelete
  6. PEMBANGKANH HANYA TAHU BERJANJI, RASUAH, MENIPU, MEMFITNAH, BERDEMO, MELIWAT DAN MELANGGAN PELACUR..

    Dalam keadaan sedemikianlah manifesto pakatan pembangkang dilancarkan dengan tema 'Pakatan Harapan Rakyat'. Persoalannya benarkah pakatan pembangkang dapat memenuhi harapan rakyat? Sedangkan sebelum ini Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sendiri mengatakan manifesto 'bukan satu perjanjian' sebagai alasan setelah menyedari sukarnya untuk melaksanakan janji-janji manifesto selepas memegang tampuk pemerintahan.

    ReplyDelete
  7. PEMBANGKANH HANYA TAHU BERJANJI, RASUAH, MENIPU, MEMFITNAH, BERDEMO, MELIWAT DAN MELANGGAN PELACUR..

    Ahli-ahli politik boleh meletakkan segala macam janji yang muluk belaka tetapi pokok pangkalnya ialah pelaksanaan. Sekali pandang sudah ada yang menyatakan manifesto pakatan pembangkang itu agak menarik apatah lagi dengan warna jingga yang begitu menyerlah. Dokumen tersebut adalah kesinambungan Buku Jingga dan Belanjawan Pakatan Rakyat.

    ReplyDelete
  8. PEMBANGKANH HANYA TAHU BERJANJI, RASUAH, MENIPU, MEMFITNAH, BERDEMO, MELIWAT DAN MELANGGAN PELACUR..

    Di hujung buku manifesto 35 muka surat tersebut, dikarang pula surat seorang individu bertarikh 14 September 2023 - menggambarkan keadaan Malaysia ketika itu setelah diperintah oleh pakatan pembangkang. Segala yang dinikmati kononnya adalah kerana keputusan selepas 10 tahun mengundi dalam PRU-13.

    ReplyDelete
  9. PEMBANGKANH HANYA TAHU BERJANJI, RASUAH, MENIPU, MEMFITNAH, BERDEMO, MELIWAT DAN MELANGGAN PELACUR..

    Benarkah segala perubahan itu akan tercapai melalui pembangkang sedangkan sejak dari awal lagi kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad melakarkan visi Malaysia menjadi negara maju menjelang 2020 dengan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak mahu rakyat ketika itu memiliki pendapatan tinggi.

    ReplyDelete
  10. PEMBANGKANH HANYA TAHU BERJANJI, RASUAH, MENIPU, MEMFITNAH, BERDEMO, MELIWAT DAN MELANGGAN PELACUR..

    Tanpa menyebut keseluruhan bajet bagi melaksanakan isu kandungan manifesto berkenaan, pakatan pembangkang hanya menyenaraikan pelbagai janji untuk rakyat namun belum menjamin pelaksanaannya secara berkesan. Dari segi pengalaman, rakyat sudah dapat menilai janji-janji yang dibuat itu ada yang gagal dilaksanakan sepanjang tempoh lima tahun pakatan pembangkang memerintah di Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor.

    ReplyDelete
  11. PEMBANGKANH HANYA TAHU BERJANJI, RASUAH, MENIPU, MEMFITNAH, BERDEMO, MELIWAT DAN MELANGGAN PELACUR..

    Pakatan pembangkang sekali lagi memainkan janji untuk menurunkan harga minyak selain menawarkan caj elektrik dan bekalan air lebih rendah serta menurunkan harga kereta. Pakatan pembangkang yang gagal menyediakan harga rumah mampu milik mencukupi kepada rakyat sepanjang lima tahun memerintah di negeri-negeri yang dikuasainya juga menjanjikan 150,000 rumah selesa mampu milik dengan Perbadanan Perumahan Negara membuat pelaburan RM5 bilion tahun pertama dan RM2 bilion untuk membina rumah berkenaan.

    ReplyDelete
  12. PEMBANGKANH HANYA TAHU BERJANJI, RASUAH, MENIPU, MEMFITNAH, BERDEMO, MELIWAT DAN MELANGGAN PELACUR..

    Namun dalam manifesto tidak disebut pula tentang soal pembinaan rumah kos rendah bagi golongan tidak berkemampuan sedangkan dasar tersebut perlu dipertahankan oleh sesebuah kerajaan yang mahukan keadilan sosial berlaku dalam masyarakat terutama bagi menangani kemiskinan di bandar. Begitu juga dengan janji gaji minimum RM1,100 dan menyasarkan pendapatan isu rumah sekurang-kurangnya RM4,000 sebulan dalam tempoh sepenggal pemerintahan.

    ReplyDelete
  13. PEMBANGKANH HANYA TAHU BERJANJI, RASUAH, MENIPU, MEMFITNAH, BERDEMO, MELIWAT DAN MELANGGAN PELACUR..

    Namun secara realitinya, negeri Selangor sendiri tidak mampu menyediakan gaji minimum tersebut sepanjang sepenggal pakatan pembangkang memerintah dengan kadar RM1,500 sebulan yang dijanjikan sebelum ini. Malah sebenarnya angka pendapatan isi rumah sebanyak RM4,000 itu sudah lama menjadi sasaran kerajaan kerana sebagai negara maju kita perlu mempunyai pendapatan perkapita yang diperlukan iaitu RM46,500 dengan sekarang sudah sampai lebih RM30,070.

    ReplyDelete
  14. PEMBANGKANH HANYA TAHU BERJANJI, RASUAH, MENIPU, MEMFITNAH, BERDEMO, MELIWAT DAN MELANGGAN PELACUR..

    Pembangkang turut mengulangi janjinya untuk menyediakan pendidikan percuma untuk semua, menghapuskan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) serta menghapuskan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) selain membatalkan saman AES. Janji pakatan pembangkang dalam manifesto PRU-13 bagi memberikan pendidikan percuma dilihat hanya satu bentuk frasa kata yang sedap dibaca tetapi tidak mungkin dapat dilaksanakan.

    ReplyDelete
  15. PEMBANGKANH HANYA TAHU BERJANJI, RASUAH, MENIPU, MEMFITNAH, BERDEMO, MELIWAT DAN MELANGGAN PELACUR..

    Meskipun dalam manifesto tersebut, parti pembangkang menyatakan langkah itu mampu dilaksanakan tetapi dari segi pelaksanaannya menyebabkan pelajar pengajian tinggi swasta bakal menghadapi masalah apabila PTPTN dihapuskan. Dalam manifesto tersebut pakatan pembangkang menjanjikan yuran pengajian percuma kepada pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) manakala pelajar institusi swasta diberi subsidi yuran setara dengan kos tanggungan di IPTA.

    ReplyDelete
  16. PEMBANGKANH HANYA TAHU BERJANJI, RASUAH, MENIPU, MEMFITNAH, BERDEMO, MELIWAT DAN MELANGGAN PELACUR..

    Pelajar IPTA diberikan elaun sara hidup meliputi makan, minum, kos kediaman, buku dan pengangkutan manakala pelajar swasta boleh meminjam dari satu dana khas untuk menampung kos sara hidup. Dari sini dilihat, penghapusan PTPTN sebagai badan pembiayaan pinjaman ternyata menjadi bahan politik kerana pembangkang turut mahu menubuhkan satu dana khas untuk menyalurkan pinjaman kos sara hidup.

    ReplyDelete
  17. PEMBANGKANH HANYA TAHU BERJANJI, RASUAH, MENIPU, MEMFITNAH, BERDEMO, MELIWAT DAN MELANGGAN PELACUR..

    Namun tidak dinyatakan pinjaman tersebut tanpa kadar faedah atau tidak dan dalam masa sama persoalan siapa yang boleh membiayai lebihan kos yuran pengajian pelajar swasta. Pembangkang juga tidak menjanjikan hutang pinjaman PTPTN sedia ada akan dihapuskan sebaliknya hanya menyatakan akan memperkenalkan mekanisme menangani masalah hutang pelajar dengan perbadanan tersebut.

    ReplyDelete
  18. PEMBANGKANH HANYA TAHU BERJANJI, RASUAH, MENIPU, MEMFITNAH, BERDEMO, MELIWAT DAN MELANGGAN PELACUR..

    Selain itu, rakyat juga ditawarkan perkhidmatan wad percuma bagi kelas dua dan tiga di hospital kerajaan manakala bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat dinaikkan kepada RM550 sebulan. Selain itu, imbuhan dan insentif kewangan yang dinyatakan dalam manifesto pembangkang ternyata ibarat menepuk air di dalam dulang, air terpercik ke muka sendiri.

    ReplyDelete
  19. PEMBANGKANH HANYA TAHU BERJANJI, RASUAH, MENIPU, MEMFITNAH, BERDEMO, MELIWAT DAN MELANGGAN PELACUR..

    Kalau sebelum ini Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengibaratkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai hampas kelapa, tohmahan itu akhirnya memberikan tamparan kepada pakatan pembangkang sendiri apabila mereka turut memperkenalkan imbuhan kewangan dalam manifesto pilihan rayanya.

    ReplyDelete
  20. PEMBANGKANH HANYA TAHU BERJANJI, RASUAH, MENIPU, MEMFITNAH, BERDEMO, MELIWAT DAN MELANGGAN PELACUR..

    Abdul Hadi pula menyifatkan pemberian BR1M mirip kepada habuan yang diberikan oleh Firaun di Mesir ribuan tahun lampau. Bukankah sepanjang tempoh lima tahun ini pakatan pembangkang sibuk memberikan wang RM100 untuk program Jom Shopping bagi warga emas. Begitu juga memberikan air percuma kepada setiap rakyat Selangor. Adakah itu semua seperti hampas kelapa sebagaimana tajuk muka depan keluaran terbaru akhbar Harakah; 'BR1M ibarat hampas kelapa' sebagai memetik tohmahan terbaru Nik Abdul Aziz sebaik sahaja pulang dari Tanah Suci, Mekah.

    ReplyDelete
  21. PEMBANGKANH HANYA TAHU BERJANJI, RASUAH, MENIPU, MEMFITNAH, BERDEMO, MELIWAT DAN MELANGGAN PELACUR..

    Tindakan itu berbeza dengan Kerajaan Pusat yang melaksanakan BR1M sebagai menunaikan pembentangan dalam Bajet 2012 dan 2013. Bagaimanapun, pakatan kali ini membuat beberapa janji dalam bentuk insentif kewangan seperti caruman wanita sebanyak RM50 sebulan bagi isteri manakala suami perlu membuat caruman antara RM10 hingga RM100 sebulan selain Skim Bonus Warga Emas (60 tahun ke atas) sebanyak RM1,000 setahun.

    ReplyDelete
  22. PEMBANGKANH HANYA TAHU BERJANJI, RASUAH, MENIPU, MEMFITNAH, BERDEMO, MELIWAT DAN MELANGGAN PELACUR..

    Persoalannya belum tentu janji itu dapat ditunaikan tanpa sebarang bajet yang tepat sebagaimana terjadi kepada janji-janji pakatan di Selangor untuk memberikan elaun kepada ibu tunggal dan pelajar tadika. Pendek kata para pengundi pada PRU-13 perlu membuat penilaian sejauh mana janji-janji besar pakatan sebelum ini.

    ReplyDelete
  23. PEMBANGKANH HANYA TAHU BERJANJI, RASUAH, MENIPU, MEMFITNAH, BERDEMO, MELIWAT DAN MELANGGAN PELACUR..

    Dulu mereka berjanji menghapuskan tol, mengambil alih konsesi lebuh raya dan menurunkan harga minyak tetapi di Selangor, janji mahu menurunkan cukai pintu pun belum dilaksanakan dan rancangan mengambil alih konsesi bekalan air juga masih gagal dilaksanakan.

    ReplyDelete
  24. Najib said in conjunction with his 100th day in office on July 1, 2009, he had announced his commitment to find immediate solutions to several issues, including on late registration of births, citizenship application and entry permits.

    ReplyDelete
  25. With the commitment, he said 219,485 cases of late registration of birth, citizenship application and entry permit registered between 1997 and 2010 had been solved.

    ReplyDelete
  26. "These cases comprise 62,604 applications for citizenship, entry permit (18,162) and late registration of birth (138,719). This also proved that Home Ministry, including two special agencies, namely the National Registration Department (NRD) and the Immigration Department, had worked closely to achieve the desired target," he said.

    ReplyDelete
  27. Under the MyDaftar programme, which was introduced in 2011, Najib said the government had solved 7,000 applications for identification document.

    ReplyDelete
  28. "Right now, we have 7,600 new applications and I believe all those applications are being processed," he said. Najib said the success was also due to the change in the mindsets of the officers and staff of the relevant agencies, who realised that the issues involved social justice and should be addressed immediately.

    ReplyDelete
  29. mereka ni pasti mahasiswa yang digunakan oleh pihak pembangkang

    ReplyDelete
  30. Menyedari semakin ramai yang berpandangan serong terhadap golongan mahasiswa yang dilihat sejak kebelakangan ini begitu cenderung melakukan perkara yang menjatuhkan imej mahasiswa, maka sekumpulan mahasiswa yang mewakili suara mahasiswa dari Institut Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh negara mewujudkan SISWA4U.

    ReplyDelete
  31. Pengerusi SISWA4U, Mohd Hafiz Ariffin berkata, penggerak entiti ini adalah terdiri daripada pemimpin-pemimpin mahasiswa dan pelbagai persatuan dan organisasi mahasiswa di dalam kampus dan di luar kampus.

    ReplyDelete
  32. “Matlamat SISWA4U adalah untuk mengerakkan seluruh suara dan tenaga mahasiswa untuk terlibat di dalam proses demokrasi, politik baru dan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 secara sihat, rasional, matang, berilmu, berintegriti dan bermaruah sesuai dengan kedudukan mahasiswa sebagai salah satu entiti penting dalam kelompok generasi muda dan sebagai generasi pewaris yang bakal mewarisi tampuk kepimpinan negara di masa hadapan.

    ReplyDelete
  33. “Selain itu kami juga menolak sikap segelintir mahasiswa yang menzahirkan pandangan dan idealogi mereka secara tidak betul dan ganas. SISWA4U pula mengambil pendekatan yang berbeza yang jauh lebih harmoni dan menggambarkan imej mahasiswa yang lebih terpelajar dan bermaruah,” ujarnya

    ReplyDelete
  34. Tambah Hafiz, sesuai dengan keterbukaan kerajaan yang telah meminda perkara 15(2) AUKU, aktivis SISWA4U dengan ini menyatakan kesediaan sepenuhnya untuk berpartisipasi dalam proses demokrasi dalam PRU-13 secara sihat malah turut bersedia sekiranya diperlukan untuk membantu kempen pilihan raya.

    ReplyDelete
  35. Ujarnya lagi, SISWA4U bukan menyatakan sokongan secara membuta tuli dan tiada asas tetapi berdasarkan kajian yang telah dilakukan terhadap setiap transformasi yang dilakukan oleh Perdana Menteri maka telah terbukti hanya Barisan Nasional yang paling layak diberi mandat untuk terus menjadi pucuk pimpinan negara.

    ReplyDelete
  36. “Kami akan terus bergerak untuk membantu kerajaan mendekati anak muda. Sebagaimanan Perdana Menteri bersungguh mendekati anak muda dan menjiwai denyut nadi anak muda melalui pelbagai pendekatan termasuk melalui media sosial, begitu juga kami SISWA4U.

    ReplyDelete
  37. “Kami mewakili suara anak muda yang cintakan negara dan mahu negara ini terus aman, maju dan makmur, maka kami barisan SISWA4U dengan ini berikrar akan memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada Perdana Menteri untuk terus membantu beliau menyakinkan rakyat Malaysia khususnya anak muda agar BN terus diberi mandat menerajui negara ini,” ujarnya lagi

    ReplyDelete
  38. Kami, PR/PAS/DAP/PKR
    tidak kisah, kalah. Dulu pun kalah.
    Kami, bukannya gila kuasa macam
    BN/UMNO/MCA/MIC.
    Tapi, kami mahukan
    Daftar Pengundi mesti putih bersih.
    8 tuntutan Bersih mesti ditunaikan.
    Itu saja.
    Lepas itu, kalau BN menang, kami akur.
    Sudah itu, kehendak rakyat.
    Apa masalahnya?

    ReplyDelete
  39. 7 sebab mahasiswa nyatakan inilah yang perlu semua rakyat Malaysia faham kenapa kita outkan UMNO dari Putrajaya. Jangan kerana usia anda menyatakan diaorang menderhaka. Tapi ilmu yang mereka perolehi adalah lebih banyak dari kita yang sudah hidup berpuluh - puluh tahun satu hapak ilmu pun tak ada. Percayalah pada kata mahasiswa tersebut. Renungkanlah.

    ReplyDelete
  40. Tegakkan Islam.Tegakkan kebenaran.Tegakkan keadilan.Tegakkan hak rakyat.Hapuskan pemimpin yg rakus.Tolak BN!!!

    ReplyDelete
  41. Datuk Seri Najib Razak berkata sebagai Perdana Menteri beliau tidak akan menjual maruah kerajaan atau menjanjikan sesuatu yang tidak mungkin ditunaikan.

    ReplyDelete
  42. Perdana Menteri berkata, beliau tidak akan korbankan masa depan rakyat dan negara kerana hendakkan undi dalam pilihan raya.

    ReplyDelete
  43. “Kita mesti ada prinsip dalam perjuangan, dalam hidup kita mesti ada prinsip, sebab itulah pilihan raya umum bukanlah tentang siapa akan menang tapi destini negara kita… masa depan penentuannya akan kita tentukan tak lama lagi.

    ReplyDelete
  44. “Kita perlu menjadi orang yang bertanggungjawab. Apa yang kita buat pun, mesti memperlihatkan keyakinan seperti keyakinan dari segi pasaran. Kalau tiada keyakinan, nilai jatuh, pasaran merudum dan aliran mata wang tidak menentu,” katanya.

    ReplyDelete
  45. Beliau berkata, BN apabila berjanji kepada rakyat akan menepati janji itu, tidak seperti pembangkang yang hanya berjanji kosong dengan mengambil contoh di Selangor, hanya kira-kira 15 peratus janji pembangkang ketika PRU-12 dilaksanakan.

    ReplyDelete
  46. “Kalau bercakap, siapa pun boleh dan tidak perlu kelulusan. Bagaimanapun, ini PRU dan bukan pilih orang jual ubat yang pandai bercakap, tetapi memilih kerajaan yang baik dan boleh menunaikan janji,” katanya.

    ReplyDelete
  47. Najib berkata, BN boleh mengadakan PRU-13 lebih awal, tetapi mahu rakyat dapat menilai, merasai dan meyakini bahawa dasar transformasi negara berjaya.

    ReplyDelete
  48. “Kita perlukan masa sebab kalau hendak buat sesuatu, tidak boleh gopoh-gapah. Tidak boleh terjah semberono seperti pembangkang.

    “Sebab itulah saya tunggu sampai kita letih hendak buat PRU, kita tunggu kerana saya hendak buktikan bahawa dasar transformasi negara benar-benar boleh berjaya,” katanya.

    ReplyDelete
  49. headhunter said.. - LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  50. headhunter said.. = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  51. headhunter said.. = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  52. headhunter said.. = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  53. headhunter said.. = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  54. headhunter said.. = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  55. headhunter said.. = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  56. headhunter said.. = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  57. headhunter said.. = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  58. headhunter said.. = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  59. headhunter said.. = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  60. headhunter said.. = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  61. headhunter said.. = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  62. headhunter said.. = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  63. headhunter said.. = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  64. headhunter said.. = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  65. headhunter said.. = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete
  66. headhunter said.. = LIDAH SYAITAN

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.