Wednesday, April 3, 2013

PAS tanding 237 kerusi DUN, 76 parlimen

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menganggap agihan  kerusi antara PAS dengan parti-parti komponen Pakatan Rakyat telah selesai dan "kalau ada pun telalu kecil sangat yang melibatkan masalah teknikal".

NONESehubungan itu, katanya, PAS akan bertanding 76 kerusi parlimen - bertambah 10 kerusi berbanding pilihan umum lalu dan 237 kerusi DUN.

Hadi menyatakan demikian ketika menjawab soalan dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat parti itu pagi ini untuk mengumumkan calon-calon kerusi Parlimen.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang hadir dalam sidang media itu turut mencelah ada "dua atau tiga" kerusi DUN berkurangan berbanding pilihan raya lalu.

Abdul Hadi juga berkata parti itu juga akan meletakkan calon dari Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dan lebih 20 calon dari Dewan Muslimat.

NONEAhli parlimen Marang itu juga berkata calon parti juga akan bertanding di kawasan yang dianggap kerusi dengan pengundi campuran dan menegaskan PAS berjaya memecahkan benteng perkauman sehingga pengundi Cina boleh menolak calon komponen BN.

"Dan (mereka) mengundi calon PAS dan PKR yang bukan Cina dan India dan dalam keadaan fanatik Umno menyokong calon MCA, MIC dan Gerakan," katanya.

Sementara itu dalam sidang media itu juga, Abdul Hadi turut mengumumkan kemasukan bekas Duta Besar Arab Saudi dan Iran Datuk Adnan Othman ke dalam parti itu.

Adnan juga pernah berkhidmat secara kontrak sebagai pesuruhjaya tinggi Cranberra, Australia pada 2001. -MK

43 comments:
Write comments
  1. Sekian lama PAS berbangga kerana mendapat dukungan kuat dari golongan alim ulama sama ada dari kalangan tok guru pondok, para pendakwah, cendekiawan agama dan mereka yang mempunyai latar belakang pengajian agama, kali ini segalanya berubah.

    ReplyDelete
  2. Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pastinya akan diingati ramai kerana buat pertama kalinya dalam sejarah PAS akan menyertai PRU tanpa mendapat sokongan kuat dan mantap dari golongan alim ulama.

    ReplyDelete
  3. Di mana-mana sahaja pusat pengajian pondok di Kelantan tika ini, tok guru dan anak muridnya yang pro PAS semakin berkurangan, sedangkan di masa yang sama mereka yang pro UMNO terus berkembang.

    ReplyDelete
  4. Jika dulu para ulama pondok, para ustaz ustazah dan lain-lain cendekiawan Islam sukar sekali untuk dilihat turut sama memeriahkan majlis dan program anjuran UMNO, kini sebahagian besar golongan alim ulama ini pula yang sering membantu UMNO demi menumbangkan PAS di Kelantan.

    ReplyDelete
  5. Kebangkitan golongan alim ulama dan pendakwah Kelantan yang sepakat untuk bangun memprotes PAS dan semakin menjauhi parti berlabel Islam itu benar-benar memeningkan kepala ramai pemimpin PAS kerana ia tak terjangka sama sekali akan terjadi sedemikian rupa.

    ReplyDelete
  6. Ini menyebabkan PAS hilang tonggak kekuatannya dan impak perubahan yang berlaku itu memang jelas kelihatan di mana-mana hatta di Pengkalan Chepa dan Kubang Kerian yang dulunya terkenal sebagai kubu kuat PAS juga ada tikanya kelihatan seperti kubur untuk PAS.

    ReplyDelete
  7. Golongan yang berpengaruh ini sepakat bersatu menggembleng tenaga masing-masing membantu UMNO melalui tiga NGO utama iaitu Gabungan Sekolah Pondok Kelantan (Minda Pondok), Ustaz Muda Membela Agama & Tanah Air (UMMATI) serta Ikatan cendekiawan Islam Kelantan (ICIK).

    ReplyDelete
  8. Tiga NGO utama ini pula di bantu oleh sekumpulan bekas pemimpin dan penyokong tegar PAS yang bernaung di bawah Selamat Tinggal PAS (STP). Keseluruhan keahlian dalam keempat-empat NGO ini mencecah angka 10,000 orang.

    ReplyDelete
  9. Pada PRU 11 dan PRU 12 yang lalu sebahagian besar daripada mereka ini pernah berkempen dan menggerakkan sokongan dan undi untuk PAS. Kini atas beberapa faktor demi kepentingan agama, bangsa, negeri dan negara, mereka nekad menjauhi PAS sebaliknya kian mesra dan rapat bersama UMNO dan BN.

    ReplyDelete
  10. Selain empat NGO tersebut, terdapat beberapa NGO lain yang mewakili golongan muda mudi Kelantan seperti Gerakan Tukar Kerajaan PAS Kelantan Demi Rakyat (TUKAR) dan Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK) serta PERKASA yang turut memainkan peranannya.

    ReplyDelete
  11. Hasil dukungan dan sokongan mereka kepada UMNO menyebabkan PAS semakin tempang, dek kerana itu bukan lagi sesuatu yang pelik bila mana banyak aktiviti politik PAS tidak lagi meriah seperti dulu, memaksa PAS mengeluarkan surat arahan kerahan kepada ahli parti demi meramaikan sesuatu majlis yang disertai pemimpin utamanya.

    ReplyDelete
  12. Manakala di pihak UMNO, saban waktu di mana sahaja kempen penerangan dan aktiviti parti di adakan pasti sahaja mendapat sambutan hangat rakyat Kelantan. Hadirin yang datang tidak lagi terhad dari kalangan ahli dan penyokong UMNO, sebaliknya turut melibatkan ramai ahli dan penyokong PAS serta golongan non-partisan.

    ReplyDelete
  13. Senario yang berlaku ini berkait rapat dengan kegagalan PAS dalam menangani isu-isu agama dan permasalahan tempatan serta kekecewaan khalayak terhadap kelemahan urus tadbir pemimpin PAS, selain taring parti itu sendiri yang dilihat kian tumpul bila berdepan dengan terjahan DAP & PKR.

    ReplyDelete
  14. Malah keaktifan UMNO menggerakkan jentera penerangan mendekati rakyat di samping pelbagai transformasi dan kesungguhan Kerajaan Pusat berterusan membantu rakyat Kelantan turut menyumbang mempercepatkan lagi perubahan positif ini.

    ReplyDelete
  15. Kombinasi semua penggerak utama di atas berjaya membuka lembaran baru dalam sejarah kebangkitan rakyat Kelantan dan ia menjadi titik tolak ke penting arah merealisasikan Gelombang Merah Kelantan Berubah.

    ReplyDelete
  16. Suka atau tidak, PAS terpaksa menerima hakikat, zaman untuknya terus bergoyang kaki di singgah sana pemerintahan negeri kini hanya menghitung hari-hari terakhir. Kelantan bukan lagi kubu PAS tetapi kini adalah lubang kubur yang besar untuk pemimpin-pemimpin PAS.

    ReplyDelete
  17. Minister in the Prime Minister’s Department, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, is confident that Barisan Nasional (BN) is capable of regaining most of the opposition states, including Penang, at the upcoming 13th General Election.

    ReplyDelete
  18. His confidence was based on the people’s positive response towards the country’s transformation programmes.

    ReplyDelete
  19. Voters in Penang now realise the central government’s sincerity. We have carried out various development projects in this state despite its opposition rule.

    ReplyDelete
  20. We cannot prevent people from having goals. But from a realistic political point I’m confident we (BN) can win, not just Putrajaya but also regain the states we lost in 2008, he was commenting on DAP national chairman Karpal Singh’s reiteration of the opposition’s confidence of winning about seven or eight states at the next general election.

    ReplyDelete
  21. Touching on the banners stating he should not contest in the Tasek Gelugor Parliamentary Constituency, Nor Mohamed, who is the area’s member of parliament, said the matter did not affect him.

    ReplyDelete
  22. Bab Temberang Pecah Tanah.. Pas Adalah Pelopor Tersoho

    Sekadar mengambil petikan kata-kata Presiden ABIM ketiga, Datuk Dr. Siddiq Fadzil yang menyatakan ulama perlu berani menegakkan kebenaran dalam apa jua keadaan tanpa mengira tempat dan masa. Malah menurut rakan baik Anwar Ibrahim itu, ulama bertanggungjawab menegakkan kebenaran dan keadilan dan tidak boleh berkompromi atau bersekongkol.

    “Ulama harus berani dan bebaskan diri mereka untuk memberikan pendapat demi kebaikan semua,” kata beliau di dalam satu program wacana yang bertajuk “Peranan Ulama, Menasihati Pemimpin” tidak lama dahulu.

    Namun baru-baru ini, Pas dikecam hebat oleh beberapa orang ulama di Kelantan yang mengatakan bahawa mengundi Pas dalam pilihan raya akan datang adalah haram kerana telah lari dari perjuangan asal sehingga sanggup bekerjasama dengan DAP.

    Ini kerana umum mengetahui DAP sebagai sebuah parti 'ultra kiasu', mengunapakai pendekatan sekular sebagai teras perjuangan mereka yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

    Malah Karpal Singh sendiri suatu ketika dahulu pernah mengeluarkan kenyataan 'langkah mayatnya sekiranya Pas ingin menjalankan menubuhkan negara Islam di Malaysia".

    Lebih malang lagi, 'baiah' Karpal itu masih dipegang olehnya sampai kini sehingga menimbulkan keraguan di kalangan pengikut Pas berhubung kerjasama yang terjalin itu.

    Terbaru kegagalan Pas untuk mempertahankan Islam terutamanya dalam isu berhubung penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam kerana terlalu tunduk dengan desakan DAP juga sukar untuk dimengertikan.

    Malah bukan itu sahaja, Pas sekarang ini, sudah sampai ke tahap sanggup berbohong demi meneruskan survival politik mereka.

    ReplyDelete
  23. Bab Temberang Pecah Tanah.. Pas Adalah Pelopor Tersoho


    Pas juga begitu bangga menyatakan, kononnya kerajaan negeri Kedah telah membina sebanyak 12 buah masjid sepanjang hampir lima tahun pemerintahan mereka seperti yang terkandung di dalam buku ‘Sayangi Kedah Sejahtera’.

    Yang mana ia jelas merupakan satu penipuan yang maha besar di Kedah kerana pembinaan masjid itu telah nitanggung sepenuhnya oleh kerajaan persekutuan di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri berjumlah RM24 juta.

    Bahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebenarnya yang bertanggungjawab membina 22 masjid baru itu sejak 2008 dengan peruntukan keseluruhan hampir RM40 juta.

    Oleh yang demikian tindakan pemimpin Pas ini boleh diklasifikasikan sebagai munafik.

    Kerajaan Kedah yang diterajui oleh pimpinan parti yang kononnya berasaskan Islam seharusnya berasa malu kerana gagal melaksanakan amanah yang telah diberikan oleh rakyat itu.

    Sebaliknya, BN yang sebelum ini tewas, terus dilihat tetap melaksanakan tanggungjawab terhadap rakyat Kedah dengan penuh ikhlas dan tanpa rasa kecil hati walaupun kalah dalam pilihanraya yang lalu.

    Apapun, rakyat Kedah kini sudah semakin sedar akan kesilapan yang telah mereka lakukan dan pasti akan bangkit dalam pilihan raya akan datang untuk menebus kembali kesilapan mereka.

    ReplyDelete
  24. Strategi politik parti pembangkang yang meletakkan pemimpin-pemimpin utama mereka di Selatan tanah air iaitu Johor dilihat bakal menjerat leher mereka sendiri kelak.

    ReplyDelete
  25. Tindakan pemimpin pembangkang yang suka melompat kawasan setiap kali pilihan raya adalah di kalangan mereka yang hanya lebih mengutamakan kepentingan diri dan parti masing-masing daripada membela nasib rakyat.

    ReplyDelete
  26. Mereka ini suka membuat janji-janji manis dan berjaya mempengaruhi serta memperdaya rakyat untuk menyokong mereka, tetapi apabila dipilih nasib rakyat di kawasan berkenaan diabaikan kerana mereka asyik berceramah daripada melakukan tanggungjawab sebagai wakil rakyat.

    ReplyDelete
  27. Amanah yang diberikan disalahguna untuk memperkukuhkan politik mereka, apakah pemimpin seperti ini yang harus kita jadikan wakil untuk membela nasib rakyat?

    ReplyDelete
  28. Pemimpin pembangkang ini biasanya pandai bercakap sahaja, mereka sebenarnya hanyalah juara di pentas, bukannya mengambil berat nasib rakyat yang diwakili, sebab itu mereka lari ke tempat lain kerana takut tembelang mereka pecah. Mereka ini juara di luar tapi tewas di laman sendiri.

    ReplyDelete
  29. PAS retak menanti belah saja

    ReplyDelete
  30. Rugi wang deposit...

    ReplyDelete
  31. Perghhh!!! Terbaik la PAS. 73 kerusi tu...

    Bagi mereka yang masih lagi blur mengenai kerusi nie, biar aku explain sikit.

    Kita nampak sikit jer 73 kerusi dari 222 kerusi PARLIMEN, tapi sebenarnya, 73 tu satu pertaruhan yang besar.

    Bukan senang nak letak Calon yang betul2 faham mengenai perjuangan ISLAM.

    Aku bagi contoh senang jer. 222 tu, kerusi tu campur ada Melayu, Cina, India, Iban, semua lah... 73 tu wakil PAS.

    73 kerusi tu kalau dapat jalankan AMANAH kepada Rakyat, aku yakin PRU ke 14, PAS akan tapau yang lain2.

    Sebab apa? Sebab Rakyat sekarang nie bukan kira Melayu, Cina, India jadi ADUN.

    Yang mereka ambil kira ialah ADUN tu sendiri mampu berkhidmat untuk Rakyat.

    Letak Melayu pun, kalau dah KAKI BODEK, memang tak payah jadi Calon la.

    Tambah2 pula PAS dah mula letakkan Calon dari DHPP, parti2 lain memang kena kerja keras la lepas nie.

    Ini kerana, kalau PR menang, nak2 pulak kawasan tu PAS menang, ALLAH akan permudahkan rezeki kerana menjalankan PERINTAH ALLAH.

    Contoh senang aku bagi Shah Alam. Berduyun2 PELABUR2 masuk.

    Ini disebabkan jenayah kurang, maksiat kurang, kemungkaran pun kurang.

    TERBAIK LAH!!! TAKBIR!!!

    KAMI UNDI PAKATAN RAKYAT!!!

    ReplyDelete
  32. DANIA April 3, 2013 at 3:50 PM...org umno mmg mcm tu, tiup api perkauman utk tipu melayu supaya jangan sokong calon PR tetapi yg peliknya dia sokong calon MCA dan MIC, mmg bangang.

    ReplyDelete
  33. headhunter April 3, 2013 at 10:20 AM..aku hnya mmpu kata kt awk ni xdak ilmu tpi nk komen...tu yg jdi komen melalut tak tntu pasai...isi xdak,fakta pun xdak,bukti pun xdak..sumber rujukan hg utusan meloya,berita hairan,tv3 suku dn seangkatn dgnnya...sbb itu hnya sumber rujukan hg maka hampeh lerr jadinya!!!! syaitan yang dikenali.

    ReplyDelete
  34. Adakah Islam mengajar untuk kutuk bangsa/agama lain? Pastinya tidak, hanya Umngok-BN Islam yang berbuat demikian. Oleh itu PAS adalah jauh lebih baik dari Umngok.

    ReplyDelete
  35. Anonymous April 3, 2013 at 5:04 PM..ko bukan reti apa pun...ko bomoh ka..

    ReplyDelete
  36. Terbaik dari PAS! Langkahnya menambahkan bilangan kerusi parlimen yg ditandingi dari PRU lalu, menunjukkan bahawa pas mmg serius nak ganti umno, parti kuno yg dah ketinggalan zaman. Bagi sape2 yg dok pertikaikan kerusi parlimen melayu dlm parlimen, tindakan PAS itu sedikit sebanyak menghakis keraguan itu (bagi yg termakan hasutan umno). InsyaAllah, PAS ganti umno, & PR ganti bn dlm PRU13 nnti. Takbir! Allaaahuakbar!!...

    ReplyDelete
  37. Kami tak kisah. Asalkan Bukan Cap Dacing!

    ReplyDelete
  38. Serahkan kepada rakyat untuk menentukannya.

    ReplyDelete
  39. PAS cuma berkeupayaan terus memimpin di Kelantan sahaja.

    ReplyDelete
  40. Pengagihan kerusi harus dibuat dengan bijak dan baik.

    ReplyDelete
  41. Adakah rakyat sedar kepentingan memilih kerajaan yang benar membela nasib rakyat.

    ReplyDelete
  42. WR yang mementingkan agenda sendrinya harus ditolak.

    ReplyDelete
  43. tgk berapa kerusi PAS boleh menang

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.