Wednesday, April 3, 2013

Parlimen akan dibubarkan hari ini?

Semua jentera pilihan raya PAS di seluruh negara diarahkan agar digerakkan segera berikutan ura-ura Parlimen akan dibubarkan esok (hari ini).

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Hatta Ramli mengarah, Jenteri Pilihanraya Negeri (JPN), Jentera Pilihanraya Kawasan (JPrK) dan Jentera Pilihanraya Dun (JPrD) bermesyuarat segera malam esok jika Parlimen dibubar esok.

"Sila mesyuarat segera malam esok jika Parlimen dibubarkan oleh Perdana Menteri esok.

"Gerakkan strategi tahap lepas bubar," arah Dr Hatta kepada semua jenteranya.

Dr Hatta berkata demikian berikutan laporan media Parlimen besar kemungkinan dibubarkan esok selepas mesyuarat Kabinet.

Esok 3 April genap empat tahun Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri. Beliau mengangkat sumpah sebagai PM pada 3 Mei 2009.

Berita Harian hari ini melaporkan di muka depannya Parlimen akan dibubarkan seawal esok selepas mesyuarat Kabinet.

Semua anggota Kabinet dikatakan mendapat arahan untuk memakai sut hitam lengkap untuk sessi bergambar terakhir Kabinet sebelum dibubarkan.

Namun begitu, terdapat juga maklumat Parlimen akan dibubarkan selepas Asean Summit di Brunei 24 dan 25 April ini.

Ini kerana, Najib mahu menyertai sidang itu dengan mandat penuh bukan sebagai pemimpin kerajaan sementara.

Jika itu berlaku, bermakna pilihan raya hanya akan diadakan di pertengahan atau hujung Mei.

21 comments:
Write comments
  1. Datuk Seri Najib Razak called today for any transition of power after Election 2013 to be done peacefully, after Parliament was dissolved today.

    ReplyDelete
  2. “If there is a transition of power, whether at the federal or the state level, it has to be done peacefully,” said Najib (picture) during a live television broadcast today.

    ReplyDelete
  3. “This is our commitment in respecting the people’s voices and the nation’s interest,” he added.

    ReplyDelete
  4. The prime minister said he met with the Yang Di-Pertuan Agong this morning and received His Majesty’s consent to dissolve Parliament.

    ReplyDelete
  5. It is understood that 11 state assemblies will also be dissolved today and tomorrow to facilitate the general election. The Negri Sembilan state assembly was dissolved automatically on March 27 while Sarawak had its state election in April 2012.

    ReplyDelete
  6. Dah bubar pon.... gelombang kebangkitan rakyat pru2013... ini kalilah...

    ReplyDelete
  7. Hopefully PR will take on Putrajaya

    ReplyDelete
  8. Bersiap sedialah semua PEJUANG2 PAKATAN RAKYAT.

    Rapatkan SAF kita. Kita bakal berhadapan dengan PETUALANG NEGARA.

    LAWAN TETAP LAWAN!!!

    TAKBIR!!!

    KAMI UNDI PAKATAN RAKYAT!!!!

    ReplyDelete
  9. fuhh..lega... TAMATKAN RIWAYAT BN buat selamanya. ayuh...

    ReplyDelete
  10. Akhirnya....MelayuCinaIndiaIbanDayak, OrangHulu, Kedazan, MurutDusun, Rengus, Bidayuh, OrgAsal, OrgAsli, Sikh, Bugis, Siak, Kampar, JawaBanjar dan semua bangsa yg menyatakan Malaysia tanahairku...nilah masanya.. bersatu dibawah PR..kerana Malaysia...beri PR peluang sebagaimana selama ni rakyat memberi peluang itu pada BN.. kerana rakyat tidak akan rugi apa apa semata kerana memilih PR...

    ReplyDelete
  11. akhirnya, penantian berakhir untuk menentukan samada BN akan terus kekal di tampuk pemerintahan atau sebaliknya... sama-sama kita nantikan... ini kali lah...!!!

    ReplyDelete
  12. 03/04/2013,RABU = Rakyat Akan Buang UMNO/BN

    ReplyDelete
  13. ABU - asal bulkan umno ABCD - asal bukan cap dacing
    ABABABANA - asal bukan ali baba barisan nasional

    ReplyDelete
  14. Bubar ni wajib.. Undi itu pun wajib.. tapi pilih UMNOBN TAK WAJIB....

    ReplyDelete
  15. LAWAN TATAP LAWAN...

    kasi mampus terus bn dari bumi sabah yg tercinta......

    ini kali laaaaaa.....jahanam punya bn pancuri besar negara......


    BAYUMURNI......

    ReplyDelete
  16. Mari kita nyanyi kan lagu untuk bn syaitan tuya.....

    NA..NA..NA..NAAAA....
    NA..NA...NA..NAAAAAA.....

    HEY..HEY..HEY..HEYYYY GOOOOOD BYEEEEE...... END....


    BAYUMURNI......

    ReplyDelete
  17. Calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) akan diumumkan dalam tempoh tujuh hingga 10 hari sebelum hari penamaan calon, kata Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

    ReplyDelete
  18. Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyerahkan senarai calon kepada ketua-ketua perhubungan negeri.

    "Ketua-ketua perhubungan negeri akan menyerahkan watikah pelantikan kepada calon-calon. Kita harap ia dapat dilaksanakan dalam seminggu hingga 10 hari sebelum hari penamaan calon," katanya.

    ReplyDelete
  19. Tengku Adnan berkata, senarai calon BN kini dalam saringan terakhir termasuk pemeriksaan kesihatan, institusi kewangan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Insolvensi.

    ReplyDelete
  20. Tengku Adnan berkata, BN sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya kali ini dan hanya menanti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh hari penamaan calon dan hari pengundian.

    ReplyDelete
  21. parlimen mmg dah dibubarkan

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.