Wednesday, April 3, 2013

Siasat Semua Penerima Pingat Sulu

PENAHANAN Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan, Datuk Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) sewajarnya membuka mata semua pihak, terutama penerima pingat kebesaran daripada Kesultanan Sulu.

Ketua Penerangan AMK Parti Keadilan Rakyat Sabah, Citra Masadi berkata demikian ketika menghubungi Sabahkini.net sebentar tadi yang menyokong tindakan pihak Polis menahan Ridzwan di bawah SOSMA.
"Para penerima pingat darjah kebesaran Kesultanan Sulu sebenarnya adalah pengkhianat negara kerana membiayai keganasan dan sekaligus menderhaka kepada DYMM Yang DiPertuan Agong," kata Citra yang merujuk salah seorang penerima pingat berkenaan ialah Datuk Seri Utama Mohd Jeffry Rosman, Pengerusi Pribumis.

Citra memetik kenyataan Datu Mudarasulail Kiram yang disiarkan Berita Harian pada 27 Februari 2009 bahawa Darjah Kebesaran Kesultanan Sulu Dijual antara RM80,000 sehingga RM220,000 oleh pihak tertentu di Malaysia.

Dalam laporan akhbar berkenaan, kata Citra, seorang lelaki yang mendakwa waris Kesultanan Sulu mengingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan majlis penganugerahan darjah kebesaran Kesultanan Sulu yang akan diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 28 Februari tahun yang sama.

Kata Citra, akhbar berkenaan juga melaporkan bahawa Mudarasulail Kiram mendakwa, kononnya Sultan Sulu akan menganugerahkan lima jenis darjah kebesaran Kesultanan Sulu kepada penerima yang didakwanya `membeli' anugerah berkenaan.

Majlis yang kononnya dianjurkan Sultan Sulu itu tidak akan diadakan kerana Sultan Sulu yang sebenar tidak wujud selepas kematian Sultan Mohd Mahakuttah A Kiram yang memerintah dari 1972 hingga 1986.

"Jika benar kesultanan itu masih wujud, saya percaya pemberian darjah kebesaran itu dibuat secara terpilih berdasarkan sumbangan mereka kepada kerajaan, bukan menjualnya dengan harga tertentu," kata Mudarasulail sebagaimana yang disiarkan Berita Harian.

Kata Citra, Mudarasulail mendakwa, darjah Datuk Seri Panglima Diraja Sulu (SPDS) ditawarkan pada harga RM220,000; selain Datuk Bendahara Diraja Sulu (DBDS) (RM150,000); Datuk Paduka Diraja Sulu (DPDS) (RM120,000); Datuk Pangeran Sultan Sulu (DPSS) (RM80,000) dan Datin Seri Sultan Sulu (DSSS) (RM80,000).

Menurut Citra, pihaknya mendapat tahu bahawa Setiausaha sulit Sultan Rodinood Kiram, Datuk Eddy Thomas dan Penasihat Sultan Jamalul Kiram III, Dato Onn Ariffin yang terlibat menjaja Darjah Kebesaran Kesultanan Sulu 'yang tiada kedaulatan' itu.

"Polis sewajarnya turut menjejaki Dato' Onn Ariffin bagi membantu siasatan kerana penglibatan beliau sebagai Penasihat Khas Sultan Sulu Paduka Mahashari Maulana al Sultan Mohammad Jamalul Kiram III ibni Almarhum Sultan Punjungan al Shariful Hashim yang kini dilabelkan sebagai Ketua Pengganas dalam insiden Tanduo," ujar Citra yang percaya Onn telah melarikan diri dan bersembunyi di Jakarta.

Kata Citra, Onn sepatutnya bekerjasama dengan Kerajaan Malaysia sekiranya beliau tidak terlibat dan tidak bersalah dengan Insiden Tanduo kerana kedudukan beliau sebagai Penasihat Khas kepada Jamalul Kiram III.

"Kita kesal kerana Onn adalah suami kepada Mantan Menteri Kabinet Sabah, Datuk Dayang Mahani Ahmad Raffae telah bertindak sebagai Penasihat Khas Jamalul Kiram III dan menjadi pengiring Sultan Palsu berkenaan ketika Majlis Pernikahan anak DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir tahun lalu," kata Citra yang mendesak Pesuruhjaya Polis Sabah tidak memilih bulu dengan memanggil Onn Ariffin memberi keterangan sama ada beliau terlibat atau tidak dalam Insiden Tanduo dan Ops Daulat.

Polis juga kata Citra, sewajarnya memanggil kesemua penerima darjah kebesaran Sulu di Malaysia terutama daripada Jamalul Kiram III dan semua Sultan Palsu yang lain kerana bersubahat dan membiayai keganasan.

"AMK menyifatkan semua penerima Darjah Kebesaran Sulu, terutama yang membeli pingat Dato Seri Utama atau Dato Seri Panglima agar tampil memberi keterangan secara sukarela bagi membantu polis menghapuskan keganasan di Sabah," kata Citra yang memiliki senarai 300 penerima Darjah Kebesaran Sulu yang akan dikemukakan kemudian.

Oleh : MUTALIB M.D (Sabahkini)

11 comments:
Write comments
  1. itu lah gatal nak ber 'title' datuk, dapat datuk setan tak berdaulat. mereka perlu didakwa kerana sponsor duit kepada pengganas.dedahkan siapa orng -orng tu dan strip off the title sbb tak berdaulat dan hanya nak pangkat dan gelaran. Malunya..

    ReplyDelete
  2. panaslah buntut mereka yg beli title Datuk seri dari keluarga KIRAM ni. Syg je jauh jauh datang Sabah beli title tu. lepas ni duduklah dalam penjara. Sesuailah tu. Polis kena cari beruk beruk yg dah beli title ni dari Kiram ni. tologn beri peerhatian pada aduan kami. Kami tetap nak berada dalam malaysia sebab kami bukan keturunan Kiram yg x kenang budi tu

    ReplyDelete
  3. termasuk La YB SAMSUDIN YAHYA kawasan sekong sandakan yg juga berbangsa sulu Dari Filipina telah membeli darjah kebesaran Dari sulu,
    itu pasal la yb samsudin yahya dapat gelaran jeneral sulu..
    ini kali la kamu umno syaitan...

    ReplyDelete
  4. Citra memetik kenyataan Datu Mudarasulail Kiram yang disiarkan Berita Harian pada 27 Februari 2009 bahawa Darjah Kebesaran Kesultanan Sulu Dijual antara RM80,000 sehingga RM220,000 oleh pihak tertentu di Malaysia.

    ini jelas menunjukkan pingat darjah itu hanya sekadar gelaran yang tidak membawa erti

    ReplyDelete
  5. PENAHANAN Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan, Datuk Seri Muhammad Ridzwan Sulaiman di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) sewajarnya membuka mata semua pihak, terutama penerima pingat kebesaran daripada Kesultanan Sulu.

    sememangnya membuka mata kepada mereka yang 'khianat' terhadap negara Malaysia

    ReplyDelete
  6. sokong....Para penerima pingat darjah kebesaran Kesultanan Sulu sebenarnya adalah pengkhianat negara kerana membiayai keganasan dan sekaligus menderhaka kepada DYMM Yang DiPertuan Agong

    ReplyDelete
  7. "Jika benar kesultanan itu masih wujud, saya percaya pemberian darjah kebesaran itu dibuat secara terpilih berdasarkan sumbangan mereka kepada kerajaan, bukan menjualnya dengan harga tertentu," --- setuju!

    ReplyDelete
  8. jika benar Dato' Onn Ariffin terlibat, beliau patut menyerahkan diri untuk membantu dalam penyiasatan dalam insiden Tanduo...

    ReplyDelete
  9. Pastikan semua pihak pengkhianat akan mendapat hukuman setimpal terutama yang menaja dan memberi bantuan pada pihak yang buat kekecohan ni.

    ReplyDelete
  10. Harap title yang diberi akan ditarik semula.memang tidak layak buat mereka yang bersubahat dalam cetuskan huru-hara.

    ReplyDelete
  11. kesultanan Sulu tan wujud lagi, jadi tiada pingat kesultanan sulu wujud

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.