Datuk Seri Anwar IbrahimBerikut adalah calon-calon KEADILAN yang setakat ini disahkan bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.
Pengisytiharan dibuat Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menampilkan campuran muka lama dan baru
1. Mohamed Azmin Ali - P98 Gombak
Timbalan Presiden, Pengarah Jawatankuasa Pilihan Raya
Pertahan kerusi
2. Datuk Saifuddin Nasution Ismail - P18 Kulim-Bandar Baharu
Setiausaha Agung
Pindah kawasan
3. Tian Chua - P115 Batu
Naib Presiden
Pertahan kerusi
4. N Surendran - P17 Padang serai
Naib Presiden
Calon baru
5. Fuziah Salleh - P83 Kuantan
Naib Presiden
Pertahan kerusi
6. Nurul Izzah Anwar - P121 Lembah Pantai
Naib Presiden
Pertahan kerusi
7. Datuk Dr Mansor Othman - P47 Nibong Tebal
Naib Presiden, Pengerusi KEADILAN Pulau Pinang
Pindah kawasan
8. Rafizi Ramli - P100 Pandan
Pengarah Strategi
Calon baru
9. Dr Muhammad Nur Manuty - P58 Bagan Serai
Ketua Penerangan, Pengerusi KEADILAN Perak
Calon baru
10. William Leong - P97 Selayang
Bendahari Agung
Pertahan kerusi
11. Onn Abu Bakar - P153 Sembrong
Ketua KEADILAN Cabang Putrajaya
Calon baru
12. Dr Abdul Aziz Bari - P92 Sabak Bernam
Bekas Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA)
Calon baru
13. Datuk Dr Tan Kee Wong - P116 Wangsa Maju
Pengerusi Jawatankuasa Disiplin
Calon baru
14. Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim - P124 Bandar Tun Razak
Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Menteri Besar Selangor
Pertahan kerusi
15. Shamsul Iskandar Mohd Akin - P137 Bukit Katil
Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Pengerusi KEADILAN Melaka
Pindah kawasan
16. Gooi Hsiao Leung - P9 Alor Setar
Ketua Biro Perundangan KEADILAN Kedah
Bertanding semula
17. Dr Azman Ismail - P10 Kuala Kedah
Ketua Cabang KEADILAN Kuala Kedah
Calon baru
18. Datuk Fauzi Abdul Rahman - P82 Indera Mahkota
Pengerusi KEADILAN Pahang
Calon baru
19. Baru Bian - P221
Pengerusi KEADILAN Sarawak
Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak menang DUN
20. Murnie Hidayah Anuar - P084 Paya Besar
Peguam Hak Asasi Manusia
Calon baru
21. Ali Biju - P205 Saratok
Timbalan Pengerusi KEADILAN Sarawak
PRN Sarawak menang DUN
22. Abang Zulkifli Abang Engkeh - P1201 Batang Lupar
Pengarah Jawatankuasa Pilihan Raya KEADILAN Sarawak
PRN Sarawak tanding DUN
23. Abun Sui Anyit - P216 Hulu Rajang
Setiausaha KEADILAN Hulu Rajang, pejuang hak tanah adat
Calon baru
24. Roland Engan - P220 Baram
Peguam, pejuang melawan pembinaan empangan Baram
Calon baru
Wednesday, April 3, 2013
PRU-13: Senarai Calon KEADILAN sah bertanding
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Dewan Rakyat telah sah dibubarkan, pembubaran tersebut baru sahaja diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi dalam penampilan secara langsung melalui stesen televisyen nasional sekaligus memberikan laluan untuk pilihan raya umum (PRU) ke-13 diadakan.
ReplyDeleteDifahamkan pilihan raya umum bakal diadakan selewat-lewatnya 20 April ataupun seminggu selepas itu pada 27 April, bergantung kepada kesediaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
ReplyDeletePerdana menteri mengatakan telah bertemu Yang Di-Pertuan Agong pagi ini dan mendapat perkenan Tuanku untuk membubarkan Parlimen. Difahamkan 11 Dewan Undangan Negeri (DUN) juga akan dibubar hari ini dan esok untuk memberi laluan kepada PRU.
ReplyDeleteDUN Negeri Sembilan telahpun terbubar secara automatik pada 27 Mac lalu manakala Sarawak telah mengadakan pilihan raya negeri pada April 2011.
ReplyDeletePilihan raya terakhir yang berlangsung di dalam negara adalah pada 8 Mac 2008, namun Najib yang memegang tampuk pemerintahan empat tahun lalu telah mengambil masa agak lama untuk membubar Parlimen kali ini.
Najib merupakan perdana menteri paling lama tanpa mandat sendiri daripada rakyat, mengatasi bapanya Tun Abdul Razak Hussein yang berkhidmat sebagai perdana menteri Malaysia kedua daripada 22 September 1970 hingga hari pilihan raya pada 24 Ogos 1974.
ReplyDeleteKetua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan memberi 13 sebab kenapa rakyat mesti menolak pakatan pembangkang pada pilihan raya umum ke 13 nanti.
ReplyDeleteTegasnya sebab pertama adalah perhimpunan bersih yang kotor di mana para penyokong pembangkang yang berhimpunan telah bertindak ganas hingga menyebabkan kesusahan kepada anggota keselamatan dan rakyat.
ReplyDeleteKedua terang beliau lagi adalah pembohongan terbesar 16 September kononnya pakatan pembangkang akan merampas kuasa apabila ramai ahli parlimen Barisan Nasional (BN) akan melompat parti menyokong pembangkang.
ReplyDelete“Ketiga adalah buku Jingga yang tidak berguna yang penuh dengan retorik palsu, keempat janji-janji populis yang terkandung dalam manifesto pakatan pembangkang yang menjurus untuk membangkrapkan Negara.
ReplyDelete“Sebab kelima adalah parti Pas parti ajaran salah. Keenam DAP Dasar Asasnya Perkauman. Ketujuh PKR Parti Keluar Ramai-ramai. Kelapan kes liwat dan lain-lain lagi. Kesembilan video yang macam-macam. Kesepuluh adalah adanya tangan dana asing”, katanya
ReplyDeleteBeliau seterusnya menyebut sebab yang kesebelas adalah ketidak mampuan pakatan pembangkang untuk menunjukkan kabinet bayangan.
ReplyDeleteSebab kedua belas terang beliau lagi ialah kegagalan pakatan pembangkang menunaikan begitu banyak janji yang mereka taburkan pada pilihanraya umum lalu sehingga rakyat bangkit menuntut dan menyaman kerajaan negeri yang diterajui pakatan pembangkang.
ReplyDeleteManakala sebab ketiga belas ialah apabila pakatan pembangkang terutama Pas menggadaikan kalimah Allah. Mengenai tindakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang akan bertanding di Parlimen Gelang Patah pada PRU 13 nanti pula, Ahmad Maslan yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata veteran DAP itu yang terkenal kerana sering berpindah kawasan, baru muncul menunjukkan muka di Gelang Patah sedangkan BN sudah melaksanakan pelbagai program pembangunan dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.
ReplyDeleteJusteru beliau amat bersetuju dengan pelbagai pandangan terhadap keputusan Anggota Parlimen Ipoh Timur itu yang disifatkan sebagai ‘touch n go’ atau ‘singgah lalu’ kerana tidak mampu membawa perubahan kepada kawasan-kawasan yang ditandinginya sebelum ini.
ReplyDeleteSehubungan itu, Ahmad berkata beliau yakin para pengundi di Gelang Patah dapat membezakan niat sebenar Lim untuk bertanding di kawasan itu dan sekaligus membuat pemilihan yang tepat pada pilihan raya umum kelak.
ReplyDelete“Akhirnya Lim bertemu ‘kuburnya’ sendiri dan kita berazam untuk ‘menguburkan’ karier politik beliau sejak tahun 1964 di Gelang Patah. Yang penting, kita kenal pengundi kita dan mantapkan jentera bagi menentang pembangkang habis-habisan,” katanya.
ReplyDeleteKetua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata manifesto pilihan raya umum ke-13 yang dikemukakan pembangkang seperti kisah fantasi kanak-kanak popular, “Alice in Wonderland” kerana menawarkan janji-janji fantasi yang tidak mungkin mampu ditunaikan.
ReplyDeletesemua perkara dalam manifesto tersebut adalah pembohongan dan semata-mata hanya gimik politik untuk “menyedapkan” telinga rakyat demi meraih undi.
ReplyDeleteApabila saya baca dan amati manifesto mereka, saya geleng kepala kerana bagi saya ia satu gimik politik yang paling melampau dan saya rasa gimik politik paling teruk yang dilakukan oleh mereka (pembangkang) dan ia tidak bertanggungjawab.
ReplyDeleteWanita (UMNO) yang selalu turun padang melawat rumah ke rumah juga mendapat maklum balas dari rakyat mengenai manifesto itu dan kita dapati rakyat juga geleng kepala : Shahrizat
selain boleh menyebabkan negara bankrap jika dilaksanakan, manifesto pembangkang itu juga dilihat seolah-olah memandang remeh kebajikan rakyat kerana langsung tidak menyatakan bagaimana mereka mahu membantu rakyat yang susah.
ReplyDeletepembangkang juga seperti menganggap soal kebajikan rakyat adalah tidak mustahak, walaupun sebelum ini mereka sering menyatakan diri mereka sebagai memperjuang nasib rakyat dan mahu menubuhkan negara berkebajikan.
ReplyDeletePas tidak mencerminkan perjuangan mereka yang kononnya mahu menubuhkan negara berkebajikan untuk membantu rakyat.
ReplyDeleteKalau membantu rakyat itu boleh digambarkan seperti itu jadi apakah konsep kebajikan mereka yang sebenarnya? Kalau tidak tolong orang susah, kebajikan macam mana yang mereka perjuangkan?
ReplyDeleteJgn beri peluang pada BN lagi, PRU 13 ini kita tumbangkan dan kuburkannya...
ReplyDeleteRABU = Rakyat Akan Buang UMNO/BN
ReplyDeleteteruskan usaha.huhu
ReplyDelete