Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mempertimbangkan semula secara serius penggunaan dakwat kekal pada hari pengundian bagi memastikan proses pilihan raya di negara ini dilaksanakan dengan telus dan adil selepas dibatalkan penggunaannya pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12).
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, suruhanjaya itu akan mengkaji dengan terperinci cadangan berkenaan sebagai salah satu langkah penambahbaikan sistem plihan raya sedia ada.
"Kita memang akan pertimbangkan semula penggunaan dakwat kekal secara serius. Kalaulah itu (dakwat kekal) yang paling baik dan selamat... kita boleh guna.
"Tapi pelbagai aspek perlu diambil perhatian sebelum kita benar-benar mahu melaksanakan penggunaannya bagi mengelakkan sebarang pertikaian dibuat," katanya pada sesi taklimat dan soal jawab bersama media mengenai sistem pilihan raya Malaysia dan tuntutan Bersih 2.0 di Wisma Bernama, di sini, Khamis.
Isu penggunakan dakwat kekal merupakan salah satu daripada lapan tuntutan yang terkandung dalam memorandum Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).
Pada PRU-12, SPR mengumumkan untuk menggunakan dakwat kekal buat pertama kali pada hari pengundian bagi meningkatkan sehingga "ke tahap 100 peratus" keyakinan rakyat terhadap ketelusan suruhanjaya itu dalam melaksanakan proses demokrasi di negara ini.
Bagaimanapun penggunaannya dibatalkan beberapa hari sebelum pengundian atas faktor keselamatan.
Bagaimanapun Abdul Aziz berkata, pada masa yang sama SPR juga tidak menolak kemungkinan untuk turut menggunakan sistem biometrik seperti yang dicadangkan suruhanjaya itu baru-baru ini bagi mengelakkan pertikaian mengenai dakwaan wujudnya 'pengundi hantu'.
Menurut beliau, penggunakan sitem biometrik yang dilihat lebih terkini dan selamat boleh mengelakkan pertikaian kerana bacaan cap jari pada setiap individu adalah berbeza.
"Ada kemungkinan juga kita gunakan kedua-duanya sekali (dakwat kekal dan biometrik). Ini bagi membuktikan ketelusan SPR untuk memastikan sistem pilihan raya diadakan dengan bersih dan adil.
"Kalau terpaksa guna dua-dua kita akan pertimbangkan. Sekiranya ia terjadi, maka ia sudah pasti dapat puaskan hati semua pihak," katanya.
Namun beliau mengakui penggunaan kedua-dua kaedah berkenaan akan meningkatkan kos pengendalian pilihan raya.
Mengulas lanjut mengenai penggunaan dakwat kekal, Abdul Aziz berkata kajian yang menyeluruh perlu dibuat terutama dari segi perundangan.
Jelasnya, pihaknya perlu mendapatkan nasihat daripada pihak pejabat Peguam Negara sama ada penggunaan dakwat kekal perlu dijadikan undang-undang yang diwajibkan atau hanya sebagai pilihan kepada pengundi.
"Aspek perundangan perlu jelas sebab kita tak mahu nanti ada pengundi yang datang mengundi tapi tidak mahu jari atau kuku mereka dicalit atau dicelup dengan dakwat atas pelbagai alasan.
"Sebab itu kalau kita putuskan untuk menggunakan dakwat kekal, ia perlu dijadikan sebagai undang-undang," katanya. -Mstar
Thursday, August 25, 2011
SPR Kaji Semula Penggunaan Dakwat Kekal
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tuntutan Bersih untuk penggunaan dakwat kekal mungkin akan dipenuhi.
ReplyDeleteharap SPR dapat membuat kajian semula secepat mungkin. jika penggunaan kedua2 dakwat kekal dan sistem biometrik dalam pilihanraya nanti dibuat rasanya adil untuk kedua2 belah pihak.
ReplyDeleteya. mgkin lebih baik penggunaan kedua dakwat kekal dan sistem biometrik dilakukan samasa pilihanraya. pasti tak muncul lagi isu.
ReplyDeleteHarap SPR akan mempertimbangkan penggunaan dakwat kekal.
ReplyDeleteCari ini adalah salah satu cara untuk menangani masalah pengundian.
ReplyDeletepenggunaan dakwat kekal dalam pilihanraya mungkin akan diterimapakai. apa pun ia masih diperingkat awal.
ReplyDeleteApa alasan SPR bila penggunaan dakwat kekal dibatalkan pada saat2 akhir? Faktor keselamatan apa sebenarnya yang dimaksudkan? Dan adakah penggunaan dakwat kekal ini dapat memastikan bahawa tiada sebarang manipulasi/penipuan dalam pengundian?
ReplyDeleteJangan pula lepas ni kalau masih kalah, ada lagi tuduhan/bantahan dibuat. Bila tidak puas hati, mahu buat demonstrasi lagi. Hmmm
ReplyDeleteLady Morgana, seperti biasa apa sahaja tindakan parti pemerintah yang tidak memihak kepada pembangkang akan disambut dengan pelbagai spekulasi negatif.. tidak mustahil selepas itu timbul pelbagai pertikaian, tuduhan dan bantahan..
ReplyDeleteuntuk memuaskan tuntutan Bersih dan juga Pakatan, saya harap SPR benar2 dapat melaksanakan penggunaan dakwat kekal ini..
ReplyDeletesaya mahu pilihanraya yang adil dan BERSIH!bukan jadi anjing KERAjaan...
ReplyDeleteLakukanlah perbincangan bagi memastikan keputusan untuk pengundian akan datang ini.
ReplyDeleteHarap2 kaedah yang diguna benar2 berkesan untuk mengelak sebarang keraguan.
ReplyDeletesistem biometrik mudah dimanipulasi oleh pihak berkepentingan/hackers,lg pun belum pasti database (utk perkara2 yg relevan)kita lengkap.
ReplyDeletepenggunaan dakwat kekal telah diluluskan. Diharap tiada lagi sebarang keraguan.
ReplyDelete