Thursday, August 25, 2011

Melayu berpecah kerana k'jaan rasuah

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria memberitahu beliau pernah berhasrat untuk bertemu Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menasihati perdana menteri keempat itu agar tidak memecat dan mengenakan tuduhan liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana ia "mampu memecahbelahkan Melayu".

“Banyak perkara saya minta, Dr Mahathir tidak lakukan, (ada juga) yang beliau dengar dan lakukan (mengikut) nasihat saya, tetapi ada tiga perkara beliau tidak melakukannya. Yang pertama bila nak pecat Anwar, saya nasihat agar jangan bertindak demikian (kerana) pengaruh Anwar bukan sikit dan ini mampu memecah belahkan Melayu.

"Bila nak buat tuduhan liwat, saya kata kalau nak pecat Anwar (dari timbalan perdana menteri dan menteri kewangan) buat rombakan kabinet, letak di kementerian lain... tapi saya tidak dibenarkan jumpa perdana menteri,”ujar Harussani.

Beliau berkata demikian pada Wacana Sinar Harian siri ke 6 yang bertajuk 'Ulama Politik Untuk Dakwah Atau Parti?' di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, hari ini.

Anwar dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno pada September 1998.

Sejak kejadian itu, karier politik Anwar terus dihujani dengan pelbagai fitnah termasuk salahguna kuasa dan serangan moral.

Dalam pada itu, Harussani juga turut mendedahkan, dalam usaha untuk memastikan perpaduan Melayu-Islam, beliau juga pernah mengingatkan kepada Datuk Seri Najib Razak tentang kerajaan yang "lemah, tidak amanah dan rasuah".

"Saya kata pada Najib, Datuk Seri, perpecahan Melayu sebab kerajaan cukup lemah, tak amanah dan rasuah," kata Harussani.

Perkara tersebut didedahkan oleh Harussani bagi mengulas peri pentingnya peranan para ulama dalam menegur dan memberi pandangan kepada pemimpin dalam urus tadbir sesebuah negara.

Ujarnya, sejak dahulu lagi beliau sering mengambil pendekatan sama iaitu menegur pemimpin utama negara termasuk pada zaman Tun Razak Hussein lagi.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas secara terperinci tentang teguran-teguran yang dibuatnya.

Dua lagi anggota panel dalam wacana itu Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan ulama muda Umno Fathul Baru Mat Jahya. Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin bertindak sebagai moderator.

Sebagai respons kepada pendapat itu, Tuan Ibrahim (kiri) sebelum itu secara berseloroh mengusik Harussani dengan berkata:

"Kalau mufti hendak jumpa perdana menteri pun tak boleh, lu fikirlah sendiri."

Mengaitkan perkara itu tentang pengiktirafan terhadap ulama, Tuan Ibrahim mengambil kesempatan menyifatkan kerajaan dan Umno selama ini selama ini hanya menjadikan ulama seolah-olah 'terompah kayu' dan 'ricecooker' (periuk nasi).

NONE"Ia beri gambaran, bila perlu saja pakai ulama. Pandangan majlis fatwa ditolak, pandangan mufti diketepi. (Jadi ulama) nak pandu politik macam mana kalau pengiktirafan pun tak ada," katanya.

Sementara itu, Fathul pula berkata, usaha dakwah memerlukan masa dan tempoh sebelum membuahkan hasil.

Sehubungan itu, beliau meminta umat Islam di negara ini mendoakan kebaikan kepada pemimpin supaya kesannya dirasai semua lapisan masyarakat.

"Ini tidak, doa minta mampuslah, pecah perutlah," katanya yang kesal kerana pernah digelar "ulama upahan".



-Tvnews / MK

14 comments:
Write comments
  1. Melayu tidak sepatutnya mudah dipengaruh, mereka perlu bersatu tidak kira apa yang berlaku.

    ReplyDelete
  2. setiap individu perlu bijak dan tahu menilai mana yang baik dan buruk.

    ReplyDelete
  3. amalan rasuah dalam kerajaan perlu kita banteras.

    ReplyDelete
  4. "Sehubungan itu, beliau meminta umat Islam di negara ini mendoakan kebaikan kepada pemimpin supaya kesannya dirasai semua lapisan masyarakat."

    Itulah yang sebaik-baiknya. Semoga mereka diberi petunjuk ke jalan yang diberkati.

    ReplyDelete
  5. People themselves make things complicated.

    ReplyDelete
  6. keadaan negara memang sangat ketara selepas era pemerintahan Mahathir. dipenuhi dengan isu2 yang kontroversi.

    ReplyDelete
  7. sepatutnya seorang pemimpin menerima teguran dan pandangan ulama dalam urus tadbir sesebuah negara.

    ReplyDelete
  8. biarlah rakyat jadi hakimnya.

    ReplyDelete
  9. paling tepat, Melayu berpecah kerana amalan politik perkauman di negara ini..

    ReplyDelete
  10. Its not bout the race, its bout how easily a person can be influenced.

    ReplyDelete
  11. Neway hari raya is just around, selamat hari raya in advance!

    ReplyDelete
  12. Rasuah perlulah ditangani sebaiknya. Rasuahlah pemusnah bangsa dan negara kita ini. Maka buang sikap rasuah.

    ReplyDelete
  13. umno darahnya rasuah

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.