Sunday, August 14, 2011

Siapa Bina Bangunan UMNO Semporna?

MINGGU lalu ketika saya ke Semporna bersama Tim Pemantau AMK PKR, saya didatangi beberapa orang informer yang memaklumkan kepada saya bahawa Bangunan Pejabat UMNO Semporna yang terletak berhadapan KFC, dibina dan dihadiahkan oleh pemilik sebenar Ternama Tabah Sdn.Bhd, Albert Chan Sew Leang yang mendapat kontrak ratusan juta ringgit daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Menurut maklumat yang diterima Bangunan UMNO Semporna adalah ‘Mercutanda Rasuah’ terunggul di Semporna yang telah dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini, tetapi memandangkan Menteri KKLW, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dilindungi Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, maka beliau selamat buat sementara waktu.

Albert Chan Sew Leang merupakan tokoh penting di zaman Parti Bersatu Sabah (PBS) dan pernah menjadi proksi Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan rakan kongsi adiknya, Datuk Dr Jeffrey Kitingan.

Kini, Albert Chan merupakan salah satu kroni dan proksi Shafie dalam kegiatan Penggubahan Wang Haram melalui projek pembangunan termasuk NKRA yang disalurkan melalui Ternama Tabah Sdn. Bhd dan beberapa syarikat dormant lain.

Albert Chan bukan sahaja bijak memburu projek, malah bijak melarikan cukai kerana semua syarikatnya mencatatkan kerugian sekalipun mendapat keuntungan beratus juta ringgit setahun.

Sewajarnya SPRM membuka kertas siasatan kerana UMNO Semporna tidak mempunyai wang untuk membina bangunan sendiri melainkan secara ‘Project Swap’ sebagaimana dipraktikkan Shafie selama ini.

Jika Ahli UMNO Semporna masih tidak sedar dengan jenayah kolar putih yang dilakukan Shafie, mereka akan terus ditindas sekurang-kurangnya dalam tempoh lima tahun akan datang; sebelum ada pihak yang berani menentang Shafie dalam pilihanraya umum kelak.

Andai Sindrom Bog Bog, sebagaimana yang dilaporkan Sabahkini.net masih kental dan bersemadi dengan jatidiri masyarakat Semporna, maka Semporna akan terketinggalan 30 tahun di belakang Lahad Datu dan menjadi Bandar Pengemis Pertama di Dunia!

Oleh : CITRA MASADI (sabahkini)

32 comments:
Write comments
  1. benarkah semua cerita ini, ada sumber yang sahih ke?

    ReplyDelete
  2. Rakyat Semporna perlu berubah sebelum melihat pembagunan di daerah mereka.

    ReplyDelete
  3. Kita tunggulah kebenaran didedahkan selepas ini.

    ReplyDelete
  4. sukar juga untuk percaya cerita ni apa lagi berhubung dengan seorang pemimpin.

    ReplyDelete
  5. apa yang terbaik, biar pihak SPRM buat siasatan terhadap isu ini dengan adil.

    ReplyDelete
  6. barangkali beberapa informer PKR ini hanya membuat cerita yang rasioanal untuk kepentingan sendiri..

    ReplyDelete
  7. seperti sengaja cerita ini disensasikan untuk tujuan menjatuhkan UMNO semporna..

    ReplyDelete
  8. dikatakan laporan SPRM sudah dibuat..jadi biarkan SPRM buat kerja mereka..tidak payah PKR buat2 cerita yang mana hanya mengelirukan rakyat..

    ReplyDelete
  9. selagi tiada bukti cerita ini hanyalah sekadar khabar angin yang sengaja disensasikan.

    ReplyDelete
  10. Mungkin mereka tetap membayar sewa juga itu. Mana kita tahu bukan. Janganlah mahu membuat andaian sendiri.

    ReplyDelete
  11. susah nak membuktikan kesahihan cerita ini, namun jika benar, suatu hari terbentang jua siapa yang makan rasuah..

    ReplyDelete
  12. Andai Sindrom Bog Bog, sebagaimana yang dilaporkan Sabahkini.net masih kental dan bersemadi dengan jatidiri masyarakat Semporna, maka Semporna akan terketinggalan 30 tahun di belakang Lahad Datu dan menjadi Bandar Pengemis Pertama di Dunia!

    kita tunggu sahaja sejauhmana ini akan menjadi kenyataan

    ReplyDelete
  13. SPRM harus menyiasat lebih mendalam lagi jika ada kes rasuah yang terbabit dalam hal ini

    ReplyDelete
  14. memang sukar nak menangani masalah rasuah jika ada pihak kerajaan sendiri melibatkan diri dalam kegiatan ini

    ReplyDelete
  15. wakil rakyat Semporna perlu tampil dan menjernihkan keadaan jika tuduhan ini tidak benar

    ReplyDelete
  16. Kalau betul sila buat laporan polis, buka kes biar polis siasat.

    ReplyDelete
  17. informer tu boleh pakai ka tidak maklumat dia tu.

    ReplyDelete
  18. Benarkah dakwaan ini? selagi cuma cakap tanpa bukti tidak ada guna juga semua ini. Mungkin agak sukar untuk kita mempercayainya.

    ReplyDelete
  19. Waa..berat tuduhan2 semua ini. Ada bukti sahih kah tidak? Jangan sembarang cakap. Sekarang ni main saman2 ja. Saman pun bukan alang2. Silap haribulan masuk jail.

    ReplyDelete
  20. Macam mana informer ni tahu UMNO Semporna tiada duit? Dia jadi mata2 dalam tu parti kah? Bahaya ni kalau ada gunting dalam lipatan.

    ReplyDelete
  21. Menurut maklumat yang diterima Bangunan UMNO Semporna adalah ‘Mercutanda Rasuah’ terunggul di Semporna yang telah dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini,"

    Betul ke kata-kata beliau? Ada bukti terhadap tuduhan tersebut?

    ReplyDelete
  22. Jika tiada bukti mengesahkan tuduhan tersebut, maka ia cuma topik kedai kopi je. Kalau ada bukti yang sah, boleh lapor dan siasatan diperlukan. Kami juga nak tahu jawapan.

    ReplyDelete
  23. Isaac 5 says
    "apa yang terbaik, biar pihak SPRM buat siasatan terhadap isu ini dengan adil."

    Betul kata Isaac, biar SPRM buat siasatan terperinci dengan adil, kami tunggu jawapan bersama.

    ReplyDelete
  24. "dibina dan dihadiahkan oleh pemilik sebenar Ternama Tabah Sdn.Bhd, Albert Chan Sew Leang yang mendapat kontrak ratusan juta ringgit daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). "

    Betul ke? memang satu dakwaan yang kuat. Harap-harap ini cuma khabar angin. kalau ada bukti, serah kepada SPRM untuk siasatan.

    ReplyDelete
  25. "Albert Chan bukan sahaja bijak memburu projek, malah bijak melarikan cukai kerana semua syarikatnya mencatatkan kerugian sekalipun mendapat keuntungan beratus juta ringgit setahun. "

    Satu lagi dakwaan yang serius. Moga-moga kes ini dapat disiasat dengan cepat, sebab agak serius juga kata-kata beliau.

    ReplyDelete
  26. tuduhan berat seperti ini patut disertakan sekali dengan bukti, bukannya sekadar berdasarkan cakap2 dari pihak lain..

    ReplyDelete
  27. Betul kata Neji, serahkan bukti jika ada.

    ReplyDelete
  28. Jika tuduhan tanpa bukti merupakan fitnah. Kami juga berharap masalah ini boleh diselesaikan cepat.

    ReplyDelete
  29. Rasa-rasa ada bukti tuduhan tersebut! Takkan saja buat cerita atas isu yang bersifat agak serius ni.

    ReplyDelete
  30. Setiap hari adanya isu hangat.. Kami menantikan update tentang berita ni. Rakyat juga berhak and ingin tahu jawapannya.

    ReplyDelete
  31. Albert Chan bukan sahaja bijak memburu projek, malah bijak melarikan cukai kerana semua syarikatnya mencatatkan kerugian sekalipun mendapat keuntungan beratus juta ringgit setahun.

    Betul ke? Ada bukti mengesahkan?

    ReplyDelete
  32. pelik sgt aku.. yg satu tu ckp yg tu 'taik'(maaf,guna ayt bbudi bhsa.tkkn nk taip,'baik'.domokrasi tk galakkn), yg satu plk ckp yg tu 'najis'. bkn bnda tu,bny yg sama ka?cikgu aku gtw,tu sma..lbh lg klu keluar dr punggung yg sma.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.