Konsep kerajaan campuran dengan perwakilan semua kaum di negara ini masih merupakan satu "sistem yang baik", kata mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau menyalahkan masalah dan rasa tidak puas hati, sejak beberapa tahun yang lalu, bukan kerana sistemnya, tetapi dasar-dasar pemimpin yang mentadbir kerajaan.
Katanya, bukan BN yang salah, tetapi dasar-dasar yang diikuti.
Beliau menegaskan demikian di majlis pelancaran autografi beliau dalam versi bahasa Cina di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
"Di bawah sistem kerajaan campuran, kita hidup makmur selama hampir 50 tahun," tambah Dr Mahathir.
Menurutnya, "sistem BN" adalah baik, tetapi apabila berlaku perubahan pucuk pimpinan, dasar-dasar yang dilaksanakan juga bertukar.
Kadang-kadang, tegasnya, perubahan itu adalah untuk kebaikan dan ia memperbaiki keadaan, tetapi Kadang-kadang perubahan itu untuk sebab yang salah dan negara tidak akan makmur.
Menurutnya, apabila beliau bersara, dasar-dasar negara mengalami perubahan 190 darjah, menyebabkan ekonomi, malah hubungan kaum, merosot.
Apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi menggantikan Dr Mahathir, beliau terus membatalkan projek-projek mega pentadbiran sebelumnya - jambatan bengkok Malaysia-Singapura dan projek landasan berkembar.
Abdullah juga cuba memperkenalkan beberapa pembaharuan, seperti IPCMC, sebelum berdepan dengan tekanan dari dalam parti tersebut, yang memaksannya berundur dan digantikan oleh timbalannya ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak. -Mk
Monday, August 29, 2011
Dr M: Pemimpin BN Salah, bukan sistemnya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sifon rm kerajaan utk menyelamatkan anak sendiri,marahkan ahmad badawai yg membatalkan projek mega sebab ada kepentingan peribadi/kroni dlm projek2 tersebut,'merogol' raja2 melayu,menghapuskan konsep pengasingan kuasa di negara ini,etc...siapakah pemimpin BN yg beliau maksudkan???
ReplyDelete1 lagi wayang kulit BN!!!
setuju juga dengan kenyataan Dr.M. bukan sistem yang salah tapi pemimpin yang salah. sama juga dengan soal agama. bukan agama yang tidak sempurna tapi pengikutnya yang tidak sempurna.
ReplyDeleteDr. M macam masih tidak puas hati dengan Pak Lah sebab batalkan projek mega jambatan tu.
ReplyDeleteSudahlah Dr M, baik anda bersara dari politik.
ReplyDeleteRakyat pandai menilai sama ada seseorang pemimpin itu baik ataupun tidak.
ReplyDeleteAgree with Edelweiss. People nowadays tend to take short cuts to fulfill their desires; no matter whether it is a good way or not.
ReplyDeletemengekalkan corak kepimpinan terdahulu juga kadang-kala tidak baik. sekali-sekala perlu juga ada perubahan.. cuma masalahnya apabila perubahan yang dibuat itu tidak melalui proses prancangan yang teliti dan kegagalan diperingkat pelaksanaan..
ReplyDeletemungkin juga Tun A mampu mentadbir negara ini dengan baik sekiranya beliau diberikan peluang mentadbir negara ini selama 22 tahun..
ReplyDeleteItulah masalah sekarang dengan pertukaran pemimpin akan menyebabkan perubahan dari pertadbiran berlaku.
ReplyDelete