TRIPOLI, — Sementara kumpulan pemberontak mendakwa sudah pun menguasai 95 peratus Tripoli dan sebahagian besar penduduk tempatan meraikan kejayaan itu — satu persoalan sedang bermain di fikiran pelbagai pihak di seluruh dunia — di mana Muammar Gaddafi sekarang?
Dua anaknya telah ditangkap oleh pemberontak semalam.
Laporan petang ini (waktu Malaysi) menyebut bahawa seorang anak Muammar sedang mengetuai tentera kerajaan ke atas Tripoli manakala seorang lagi anak beliau Al-Mutassim masih berada dalam bangunan Bab Al-Azizya.
Pengerusi Majlis Peralihan Nasional (NTC) Mustafa Abdul Jalil berkata tiada siapa pun tahun di mana Muammad berada sekarang.
Laporan Reuters memetik televisyen Al Arabiya berkata tiada perundingan setakat ini antara majlis tersebut dan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengenai nasib Saif al-Islam, salah seorang anak Muammar yang ditangkap.
Perdana Menteri Libya Al Baghdadi Ali al-Mahmoudi dan ketua kesatuan televisyen negaranya Abdallah Mansour dilaporkan berada di pulau Tunisia, Djerba.
Laporan minggu lalu bahawa kumpulan pemberontak dan kerajaan Muammar mengadakan perundingan di pulau itu dinafikan oleh kedua-dua pihak.
Muammar, 69, yang sudah 42 tahun menerajui Libya, semalam meminta rakyatnya menentang kehadiran pemberontak.
“Saya di Tripoli,” kata beliau kepada TV Libya menerusi telefon.
“Keluar, saya bersama anda sehingga detik akhir,” kata beliau.
“(Muammar) Gaddafi sudah habis. Kita bebas sekarang,” kata seorang anggota pemberontak, Abdullah kepada Reuters.
Laporan BBC menyebut Muammar tidak kelihatan di khalayak sejak Mei lalu dan kemunculan menerusi televisyen dilaporkan pertengahan Jun lalu ketika bermain catur dengan Presiden Persekutuan Catur Sedunia Kirsan Ilyumzhinov.
Jika benar beliau masih berada di kediamannya di Tripoli, maka kedudukannya boleh disahkan dalam beberapa jam, kata laporan itu.
Pertempuran sengit dilaporkan di sekitar kawasan kediamannya, Bab al-Azizya.
Sehingga itu lokasi beliau berada kekal spekulasi dan misteri.
Satu lagi khabar angin menyebut Muammar sudah pun meninggalkan Tripoli dan bergerak ke kawasan kelahirannya Sirte, kawasan pantai barat atau rumah warisan Sabha, selatan Libya.
Bagaimanapun ada juga maklumat yang menyebut beliau sudah pun meninggalkan Libya.
Afrika Selatan, yang mengetuai usaha-usaha perantaraan Kesatuan Afrika untuk mencari penyelesaian kepada krisis telah menafikan ia menghantar pesawar-pesawat ke Libya bagi membantu Muammar keluar dari negara utara Afrika.
“Kerajaan Afrika Selatan ingin menafikan khabar angin dan dakwaan bahawa ia telah menghantar kapal terbang ke Libya untuk membawa keluar Muammar dan keluarganya ke lokasi tidak didedahkan,” kata Menteri Luar Maite Nkoana-Mashabane.
Dalam pada itu, anggota kumpulan pemberontak berkata Muammar dan beberapa anggota keluarganya dilaporkan berada dekat dengan sempadan Algeria. -TMI
Tuesday, August 23, 2011
Pemberontak kuasai Tripoli, Gaddafi tumbang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Write commentsNote: Only a member of this blog may post a comment.