KETUA Menteri Sabah Datuk Musa Aman berkata peruntukan tambahan RM10 juta bagi setiap negeri termasuk Sabah oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membuktikan bahawa beliau memberi perhatian kepada pembangunan di negeri itu.
Beliau berkata peruntukan tambahan itu amat bermakna dari segi meningkatkan ekonomi di Sabah terutama dalam usaha menarik lebih ramai pelabur untuk melabur di negeri di bawah bayu itu.
"Sabah adalah negeri yang mempunyai tadbir urus kewangan terbaik di Malaysia, maka sebab itu ramai pelabur tertarik untuk melabur di Sabah," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama mahasiswa Sabah anjuran Kumpulan Yayasan Sabah di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini malam Khamis.
Najib yang juga Menteri Kewangan mengumumkan di Putrajaya hari ini bahawa peruntukan itu akan diberi tahun depan di bawah Geran Asas Peringkat Pembangunan Ekonomi, Infrastruktur dan Kesejahteraan.
Musa turut mengulas mengenai Cadangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) dilibatkan dalam Jawatankuasa Terpilih Parlimen yang penubuhannya diumumkan Najib Isnin lepas.
Katanya cadangan itu adalah hanya helah pembangkang dalam usaha memesongkan pemikiran rakyat.
"Pembangkang sebenarnya hanya mahu menggunakan NGO sebagai batu loncatan buat mereka menzahirkan kepada rakyat bahawa kononnya kerajaan tidak bersikap telus dalam sistem pilihan raya.
"Sekarang kerajaan hanya melakukan perkara yang sepatutnya malah, jawatankuasa terpilih ini adalah jawapan kepada tuntutan mereka (mengenai ketelusan sistem pilihan raya)," katanya.
Musa yang menyokong penuh penubuhan jawatankuasa itu, berkata apa yang kerajaan lakukan adalah amalan demokrasi biasa dan pembangkang sewajarnya turut serta dalam jawatankuasa tersebut supaya mereka tahu bahawa kerajaan sebenarnya ikhlas dalam hal itu.
"Tidak ada apa yang perlu disembunyikan kerana kami sentiasa telus, yang penting usaha kerajaan ini untuk membuktikan amalan demokrasi. Jika pembangkang tak puas hati, kita boleh bincang dan buat jawatankuasa supaya mereka tahu kita tidak ada lagi syak wasangka dengan mengatakan kita mempunyai agenda tersembunyi," katanya.
Mengenai perpaduan Barisan Nasional (BN) di Sabah, Musa berkata BN khususnya UMNO meneruskan usaha mendekati rakyat sehingga ke akar umbi bagi mengetahui dan menyelesaikan permasalahan yang melanda rakyat di Sabah. (BERNAMA)
Friday, August 19, 2011
PM Tambah RM10 Juta Buat Sabah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sabah memang sepatutnya diberikan lebih banyak peruntukan untuk tujuan pembagunan.
ReplyDeleteHarap peruntukan ini akan digunakan untuk tujuan yang sesuai.
ReplyDeletesepatutnya sabah mendapat lebih byk peruntukan kerana masih byk lagi kawasan2 yang masih mundur.
ReplyDeletebagaimanapun, kita harus bersyukur atas peruntukan tambahan yang diberikan. semoga dgn peruntukan tersebut, pembangunan di Sabah dpt diteruskan.
ReplyDeletePastikan peruntukan itu digunakan dengan sebaik2nya. Jangan sia2kan peruntukan itu.
ReplyDeletePeruntukan itu sangat sedikit jika dibandingkan dengan keperluan di Sabah ini. Masih terdapat banyak benda yang memerlukan sejumlah wang untuk pembaikkan mahupun pembangunan.
ReplyDeleteSatu lagi kredit untuk Datuk Musa, kerana PM percaya dengan kepimpinan beliau sebab itulah peruntukan ini diberi.
ReplyDeletebaguslah.. harap wang tersebut dapat mengatasi kekurangan yang dialami oleh rakyat walaupun mungkin bukan secara keseluruhan.
ReplyDeletebaguslah..peruntukan ini sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan ekonomi Sabah.
ReplyDelete'Sabah adalah negeri yang mempunyai tadbir urus kewangan terbaik di Malaysia.'
ReplyDeletesesuatu yang mungkin membanggakan. apapun, Sabah masih memegang gelaran sebagai 'negeri termiskin di Malaysia'.
harap peruntukan tersebut akan dapat membawa manfaat kepada rakyat..
ReplyDeleteRM10 juta untuk setiap negeri? Keluasan Sabah sangat besar berbanding negeri2 di SM.
ReplyDeleteBukan tidak bersyukur tapi kalau ikut logik, peruntukan itu seboleh-bolehnya ditambah lagi berdasarkan keluasan sesebuah negeri.
ReplyDeleteperuntukkan tambahan tersebut adalah antara inisiatif kerajaan untuk memperkasakan lagi pembangunan di malaysia secara menyeluruh..
ReplyDeletedan peruntukkan ini juga menunjukkan bahawa kerajaan prihatin dan serius dalam agenda pembangunan negara dan tidak memilih bulu..ini terbukti di mana negeri2 di bawah pentadbiran pembangkang juga mendapat peruntukkan yang sama jumlahnya dengan negeri2 di bawah pentadbiran kerajaan BN..
ReplyDeletesabah di bawah pentadbiran musa telah menjadikan sabah sebagai negeri yang mempunyai tadbir urus kewangan terbaik di Malaysia..ini adalah satu pencapaian yang membanggakan..teruskan usaha..
ReplyDeletekerajaan negeri sabah sentiasa berusaha untuk menyelesaikan masalah2 yang dihadapi oleh rakyat..dan di bawah pentadbiran musa sebagai KM sabah, pasti sabah akan terus membangun..
ReplyDeleteDiharap peruntukan yang diberi dapat disalurkan kepada pembangunan Sabah ataupun beri bantuan kepada rakyat yang susah.
ReplyDeletedengan rating AAA mengalahkan rating negara Malaysia sendiri, saya yakin Sabah lebih dari mampu untuk maju mengalahkan negeri2 yang lain. saya harap hasrat kerajaan negeri untuk menjadikan Sabah sebagai negeri maju pada 2015 akan menjadi kenyataan.
ReplyDeletePastikan peruntukan ini digunakan untuk pembangunan dan bukan untuk tujuan lain.
ReplyDeleteSaya pasti Sabah akan menjadi negeri maju. Tunggu dan lihat sahaja.
ReplyDeleteMemang banggalah jadi Sabahan, Sabah kena tambah maju lagi.
ReplyDeleteDuit itu pasti akan digunakkan dengan bijaksana oleh Sabah.
ReplyDeleteTerdapat Ketua yang baik dan bertanggunjawab memang akan melahirkan negeri yang membanggakan. Teruskan berusaha.
ReplyDeleteRM10juta memang jumlah yang agak besar, seharusnya kerajaan negeri menggunakan wang tersebut dengan sempurna dan menjalankan projek atau kempen yang sememangnya memanfaatkan rakyat. Jika tidak, tiada makna langsung.
ReplyDelete"Sabah adalah negeri yang mempunyai tadbir urus kewangan terbaik di Malaysia, maka sebab itu ramai pelabur tertarik untuk melabur di Sabah,"
ReplyDeleteSumber alam semulajadi menjadi satu tarikan kepada para pelabur. jika sistem infrastruktur boleh diperbaiki lagi, ini akan menarik lebih banyak pelabur dan secara tidak langsungnya ekonomi Sabah akan diperkembangkan lagi.
Jika duit RM10juta diguna dengan sempurna demi pembangunan ekonomi dan perkembangan berterusan, maka, RM10juta investment dari PM di Sabah boleh mendapat ROI berkemungkinan berkali-kali ganda dari jumlah RM10juta tersebut. Harap, kerajaan negeri menggunakan duit dengan wajar.
ReplyDeleteYang penting projek pembangunan yang dijalankan adalah 100% mendatangkan manfaat kepada rakyat Sabah. Bukannya membina bangunan komplex yang hanya bilangan kecil yang bermanfaat.
ReplyDeleteMungkin peruntukan yang diberi oleh PM adalah untuk membuktikan keikhlasan beliau terhadap rakyat Sabah ni. Teruskan usaha demi kemajuan negeri Sabah.
ReplyDeleteperuntukkan ini menunjukkan bahawa PM ikhlas dalam agenda membangunkan negara secara keseluruhannya..
ReplyDeleteHarap kerajaan negeri menjalankan projek yang lebih bermanfaatkan kepada rakyat Sabah. Jika tidak, RM10juta tidak berbaloi satu sen pun.
ReplyDeleteMemang satu berita baik kepada rakyat Sabah. Kami menanti berita baik dari kerajaan negeri berkenaan dengan projek pembangunan dan perkembangan yang lebih berkesan demi rakyat.
ReplyDeleteHoping the government can improve more on the infrastructure system that benefit to the people and bring in more investor to the state.
ReplyDeleteBanyak lagi kena diusahakan. Ini cuma permulaan sahaja! Kami menantikan perkembangan yang berterusan.
ReplyDeleteAgree to Davin, don't use the money for project similar to complex, targeting more to the people please.
ReplyDelete...tadbir urus kewangan terbaik di m'sia tapi negeri miskin.sangat kontras. rm10j di ambang pilihanraya-1 lagi 'gula2' BN!!!
ReplyDeleteKenalah guna duit itu dengan bijak walaupun Sabah digelar pengurusan wang yang baik.
ReplyDeleteRM10 juta peruntukkan tambahan? Harap pembangunan di Sabah dapat dipertingkatkan.
ReplyDeleteBetul tu. Guna duit itu kearah yang memberikan manfaat kepada penduduk Sabah. Boleh dirasai oleh penduduk Sabah seperti jalan raya, bekalan air dan pelbagai lagi kemudahan yang perlu dinaik taraf.
ReplyDeleteThere are lots more to spend your money with.
ReplyDeleteBagus la kalau macam tu.
ReplyDeletejgn mimpi la,rm10j x cukup pun utk pocket money ADUN/MP UMNO....
ReplyDeleteWe can't expect so much allocations all the time.
ReplyDeleteHarap2 ikhlas la pemberian tu.
ReplyDeleteGreat.
ReplyDeleteBaguslah kalau macam ini. Harap peruntukan itu digunakan dengan baik.
ReplyDelete