Tuesday, August 23, 2011

Keretakan Dalam UMNO Semakin Terdedah

Perkembangan terbaru dalam arena politik negara membuktikan bahawa adanya keretakan dalam pentadbiran Perdana Menteri, Najib Razak dakwa Pakatan Rakyat.

Kenyataan Najib yang menyatakan pilihan raya akan diadakan pada bila-bila masa sahaja membuktikan ada pergolakan dalaman yang gagal disembunyikan gagasan itu.

Malah ia disusuli oleh perkembangan semasa terdapatnya halangan atau bantahan daripada pimpinan di bawah Najib ke atas inisiatif perdana menteri itu yang membabitkan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) mengenai reformasi pilihan raya.

Menurut Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Pakatan katanya yakin, Najib akan melakukan lebih banyak pembaharuan dalam PSC yang akan dilewatkan pelaksanaannya memandangkan beliau perlu mendapatkan sokongan terlebih dahulu dan berusaha mengatasi bantahan dalam pentadbirannya sendiri.

Portal The Malaysian Insider yang memetik Mohamad melaporkan, beliau percaya tindakan Najib yang dilihat berundur ke belakang daripada inisiatifnya, menunjukkan beliau sedang “membeli masa” agar Perdana Menteri keenam itu boleh mendapatkan sokongan kakitangan kerajaan dan pengundi atas pagar menjelang pilihan raya umum.

“Saya tidak fikir Najib dan BN serius untuk membawa pembaharuan,” kata beliau selepas melancarkan kempen antiharga barang naik, menggunakan nama Protes BN, di ibu negara semalam.

“Mereka hanya membuka injap untuk melepaskan tekanan tetapi tidak serius mengadakan pilihan raya bebas dan adil. Ya, mereka cuba beli masa,” katanya lagi merujuk kepada kesan perhimpunan Bersih di ibu negara pada 9 Julai lalu, yang diadakan untuk menuntut pembaharuan pilihan raya.

Kelmarin, Najib berkata pilihan raya umum ke-13 boleh diadakan bila-bila masa dan tidak akan bergantung pada prosiding jawatankuasa pilihan khas Parlimen yang dibentuk untuk membincangkan isu-isu berkaitan dengan pilihan raya.

Jawatankuasa PSC itu akan dibentuk Oktober ini.

Bagaimanapun kelmarin, Perdana Menteri memberitahu oleh kerana jawatankuasa itu akan terbubar dengan sendiri bersama pembubaran parlimen, apa sahaja pembaharuan yang boleh dilaksanakan akan diadakan terlebih dahulu.

“Pilihan raya boleh diadakan bila-bila masa, tiada apa-apa kaitan dengan jawatankuasa pilihan khas parlimen. Ada perkara yang boleh dijalankan lebih awal,” kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.

Namun menurut Mohamad yang lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu, tindakan Najib ini menyebabkan beberapa kumpulan dalam Umno tidak berpuas hati dengan pembaharuan Najib dan cuba mewujudkan kebangkitan ke atas kepimpinan beliau dan perikatan yang dipimpinnya.

Beliau menamakan pertubuhan bukan kerajaan seperti Penawar dan Amanah Merdeka yang diketuai oleh veteran-veteran Umno.

Oleh itu kata Mat Sabu, Najib cuba mendapatkan sokongan daripada tempat-tempat lain.

“Saya tidak fikir beliau cuba menyatukan sokongan veteran Umno tetapi membeli masa pegawai-pegawai kerajaan dan menjawab Buku Jingga (dikeluarkan Pakatan Rakyat),” kata beliau.

Sementara itu, ahli parlimen Ipoh Timur memberitahu, Najib kemungkinan cuba untuk mengadakan inisiatif baru susulan perhimpunan Bersih 2.0 bulan lalu tetapi gagal ekoran tentangan daripada Umno sendiri.

“Beliau tidak boleh keluar daripada bangkangan, kritikan jelas daripada pihak berpendirian keras seperti Muhyiddin,” kata Lim merujuk kepada timbalan Najib, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Selasa lalu, Muhyiddin menegaskan sistem pilihan raya semasa adalah adil dan telus, dan hanya memerlukan sedikit penambahbaikan.

“Mereka tidak boleh gembira dengan idea itu apabila mereka selama ini mempertahankan bahawa tidak ada apa-apa kekurangan dalam sistem semasa,” kata Kit Siang. -tvsnews

15 comments:
Write comments
  1. Yang penting siapa yang akan menang bila PRU-13 nanti.

    ReplyDelete
  2. Baik kita tunggulah dan lihat siapa pilihan raykat bila Pilihanraya nanti. Undilah dengan bijak.

    ReplyDelete
  3. kekurangan dan kelemahan sering dihadapi oleh mana2 parti. saya pasti dalam Pakatan Rakyat sendiri pun tidak akan lari dari mengalami keadaan yang sama. apa yang penting ialah bagaimana mereka dapat mengendalikannya segala kekurangan dan kelemahan tersebut.

    ReplyDelete
  4. diharap semuanya berjalan dengan lancar pada pilihanraya nanti.

    ReplyDelete
  5. lebih baik Mat Sabu fokus terhadap parti sendiri daripada bercakap mengenai parti lain. PR sendiri pun menghadapi pelbagai isu.

    ReplyDelete
  6. mana2 parti pun ada masalah sendiri, tapi masalah dalam UMNO tidaklah teruk dan ia boleh diselesaikan dgn cara baik.

    ReplyDelete
  7. Setiap masalah harus ditangani dengan bijak.

    ReplyDelete
  8. Bumi mana yang tidak ditimpa hujan? Setiap ahli parti perlu mencari kesepakatan jika ingin terus bertahan.

    ReplyDelete
  9. tahu pula Mat Sabu konon tindakan Najib itu menyebabkan beberapa kumpulan dalam umno tidak berpuas hati.. atau mungkin hanya Mat Sabu seorang sahaja yang nampak keretakan itu berdasarkan naluri politik yang teramat sangat mengidamkan jawatan kabinet.

    ReplyDelete
  10. Rasanya PR sendiri pun dalam pergolakan tidak sefahaman kerana tamak kerusi ditandingi.

    ReplyDelete
  11. semua parti pun ada masalah dalaman masing2.

    ReplyDelete
  12. ataupun neji tak puas hati tak dipilih mengidam sangat jawatan kabinet

    ReplyDelete
  13. Any problem should be discussed and solved professionally.

    ReplyDelete
  14. All the best to UMNO .

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.