Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Saleh menuntut TV3, wartawannya dan seorang ahli politik yang didakwa memburukkannya dalam siaran berita berhubung pusat pemprosesan nadir bumi Lynas Advanced Material Plant (Lamp) di Gebeng, Kuantan segera memohon maaf.
Peguam Fuziah menghantar tiga notis tuntutan itu semalam dengan menamakan wartawan alam sekitar Karam Singh Walia dan TV3 sebagai responden pertama dan kedua, sementara dua lagi surat dialamatkan kepada Ketua MCA Kuantan Datuk Ti Lian Ker.
Dalam surat yang dialamatkan kepada Karam dan TV3, Fuziah mahu penarikan balik dibuat terhadap beberapa siri siaran berita itu yang disiarkan antara 28 Jun dan 30 Jun serta pada 24 Ogos lalu, yang mana beliau mendakwa ia "tidak benar dan kandungannya dilihat untuk memburukkan" Fuziah.
Fuziah yang juga naib presiden PKR menuntut Tv3 agar tidak berterusan menyiarkan siaran berita itu pada masa akan datang dan membuat permohonan maaf berdasarkan syarat yang telah disahkan oleh peguamnya.
Dalam kes Ti pula, Fuziah menuntut kepada bekas ADUN itu menyiarkan penarikan balik dan permohonan maaf terhadap kenyataan yang disiarkan syarikat televisyen swasta itu.
Dalam siaran berita itu, Ti didakwa memetik Fuziah sebagai berkata "pegawai-pegawai kita, pakar-pakar Melayu, pakar-pakar rakyat Malaysia semua tak boleh dipercayai”.
Dakwaan Fuziah terhadap Ti dinyatakan dalam dua notis tuntutan yang berasingan, yang merujuk kepada dua insiden yang berasingan masing-masing pada 30 Jun dan 24 Ogos apabila Tv3 menyiarkan siri laporan beritanya berhubung plan yang bernilai RM700 juta itu.
Ketiga-tiga notis tersebut turut meminta jaminan bahawa tidak ada lagi pengulangan dakwaan demikian terhadap Fuziah dan menuntut kerugian dan tanggung kos guaman. -tvsnews
Monday, August 29, 2011
'Burukkan' MP, TV3 Digesa Mohon Maaf
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
tindakan yg amat wajar,ada kalanya kita perlu bertindak 'fight fire with fire' sebab sudah terlalu lama media rasmi kerajaan spt BERNAMA,RTM,Utusan,etc melaporkan berita palsu/sensitif tanpa sebarang kekangan seolah-olah dunia milik mereka!!!
ReplyDeleteTV3 patut lebih berhati-hati selepas ini. Banyak kontroversi yang timbul daripada mereka.
ReplyDeleteSebelum ini TV3 juga terlibat dalam beberapa kontroversi yang lain. Ini akan memburukkan nama stesen TV mereka.
ReplyDeletemungkinkah TV3 bersifat berat sebelah dalam menyiarkan sesuatu berita?
ReplyDeleteharap media bersifat telus dalam menyiarkan berita2 yang berlaku di negara ini.
ReplyDeleteKalau media yang sedia ada pun tak boleh dipercayai, macam manalah nak dapatkan maklumat yang betul kalau apa2 pun dimanipulasikan??
ReplyDeleteKetelusan TV3 menyiarkan berita2 yang benar semakin diragui..
ReplyDeletekenapa tidak saman Dr Che Rosli Che Mat, Ahli Parlimen PAS Hulu Langat yang juga seorang saintis nuklear kerana membuat pendedahan itu??
ReplyDeleteJika ada bukti dan benar tidak perlulah memohon maaf. Tegakkan keadilan.
ReplyDelete