Thursday, August 18, 2011

Isu JAIS : Saya ada bukti campur tangan Umno?

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menegaskan beliau tidak akan meminta maaf kepada Umno berhubung dakwaannya bahawa ada campur tangan parti Melayu terbesar itu dalam serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja baru-baru ini.

Sebaliknya tegas Mustafa (gambar), beliau mempunyai maklumat sahih bahawa Umno terlibat dalam tindakan Jais itu.

“Saya kekal dengan apa yang saya katakan di Kuala Terengganu, jadi soal minta maaf itu tidak berbangkit.

“Saya ada maklumat dan info yang sangat boleh dipercayai bahawa ada elemen campur tangan Umno dalam pemeriksaan itu,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Semalam, Umno Selangor memberi tempoh tiga hari bermula hari ini kepada Mustafa untuk memohon maaf kepada Umno.

Setiausaha Umno Selangor Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed berkata, ini kerana kenyataan Mustafa jelas berniat jahat dan bertujuan memburuk-burukkan Umno sebagai salah sebuah parti pemerintah dalam komponen Barisan Nasional (BN).

Pada sidang akhbar di Kuala Terengganu kelmarin, Mustafa mendakwa Umno berperanan dalam pemeriksaan yang dilakukan oleh Jais ke atas Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos lalu.

Mustafa turut mengatakan Umno memainkan peranan dalam mempolitikkan isu itu ekoran tindakan Jais yang sehingga kini belum mendedahkan hasil siasatan mereka ke atas gereja itu.

Tambah Mustafa, beliau sedia mendedahkan maklumat campur tangan Umno kepada Pengarah Jais Marzuki Hussin.

“Saya sedia dedahkan maklumat ini kepada Pengarah Jais sekiranya berjumpa dengan beliau.

“Memang ada elemen campur tangan Umno di belakang operasi Jais,” katanya.

Gereja Methodist Damansara Utama menjadi tumpuan sejak beberapa minggu lalu selepas Jais melakukan pemeriksaan ke atas satu majlis makan malam muhibah anjuran Harapan Komuniti di premis itu.

Jais berkata tindakan mereka hanya bersifat pemeriksaan tetapi pengurusan gereja mendakwa agensi itu melakukan serbuan.

Pemeriksaan itu mendapat bantahan banyak pihak dan kerajaan negeri Selangor di bawah Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim meminta satu laporan daripada Jais.

Jais juga telah mengambil keterangan dan memberi kaunseling kepada 12 individu beragama Islam yang berada dalam gereja semasa pemeriksaan itu dilakukan.
Pertemuan PAS dengan Jais dan Gereja Methodist Damansara Utama ditangguhkan. -M/Insider

10 comments:
Write comments
  1. Harap penjelasan akan dibuat mengenai perkara ini.

    ReplyDelete
  2. hal ini pun nak dipolitikkan, perkara mcm ni tak patut menjadi bahan politik, biarkan ia diselesaikan dgn cara baik. cmpur tangan politik hnya merumitkan lagi keadaan.

    ReplyDelete
  3. setuju dengan samanda..isu ini tidak perlu dipolitikkan. ianya perlu diselesaikan dengan baik.

    ReplyDelete
  4. Tak perlu politikkan isu yang sensitif. Ini hanya akan membawa kepada kehancuran.

    ReplyDelete
  5. JAIS ini pastikah tidak dimanipulasi oleh mana2 pihak?

    ReplyDelete
  6. kalau ada pun maklumat sahih, apa tindakan yang boleh dilakukan ke atas JAIS ataupun UMNO?

    ReplyDelete
  7. nampaknya Mustafa tidak akan memohon maaf kepada UMNO. entah benar ataupun tidak hanya UMNO yang tahu tindakan mereka.

    ReplyDelete
  8. mana la pemimpin2 politik ini mahu memohon maaf walaupun mereka sedar bahawa tindakan mereka itu silap.. untuk menjaga imej parti, masing2 akan cuba mempertahankan pendirian mereka..

    ReplyDelete
  9. Tunjukkan jangan cakap saja. Tidak ada guna cakap kalau bukti ada.

    ReplyDelete
  10. Jatuh air muka mereka kalau minta maaf. Sudah la merosakkan majlis makan malam. Susahkan ke mahu kumpul maklumat berkaitan dengan makan malam tersebut.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.