Thursday, August 25, 2011

Profil DNA lelaki Y tercemar, kata pakar Australia

Pakar dari Australia memberitahu mahkamah hari ini bahawa seorang saintis telah melakukan kesilapan ketika mengendalikan ujian profil DNA yang pihak pendakwa telah gunakan untuk mengaitkan tuduhan liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

Dr Brian McDonald, saksi keempat pasukan pembela berkata, ahli kimia kerajaan Nor Aidora Saedon (gambar) telah melakukan kesilapan besar dalam kiraan pada ujiannya sehingga menyebabkan Anwar telah diputuskan sebagai “lelaki Y”, profil DNA yang didakwa ditemui pada dubur pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan.

“Apa yang anda ada ialah campuran profil. Beliau melaporkannya sebagai satu profil tunggal,” kata Dr McDonald di Mahkamah Tinggi hari ini.

Kata beliau, Nor Aidora telah mencampur aduk garis panduan menjalankan proses ujian profil DNA, sehingga menyebabkannya memperoleh bacaan yang salah.

Perbicaraan membabitkan Ketua Pembangkang ini telah diberikan butiran analisis DNA secara terperinci termasuk penjelasan mendalam bagaimana untuk menanda dan membaca keputusan analisis.

“Jika ujian-ujian ini dijalankan di sekolah, beliau sudah pasti telah gagal,” kata beliau lagi.

Pada Februari lalu, pasukan guaman Anwar berhujah dengan mempersoalkan profil-profil DNA yang diperoleh hasil ujian ke atas tuala.

Tuala itu diberikan kepada Anwar ketika ditahan di lokap ibu pejabat polis Kuala Lumpur tiga tahun lalu selepas dituduh meliwat Mohd Saiful.

Peguam pembela Ramkarpal Singh Deo berkata berdasarkan ujian “electropharogram” yang dijalankan oleh Nor Aidora ke atas tuala itu, analisis menunjukkan bahawa ada dua profil DNA — satu Lelaki Y dan satu lagi tidak diketahui profilnya.

Ketika memberi keterangan pada 23 Februari lalu, kata Nor Aidora, profil-profil DNA yang ditemui pada barang tersebut sepadan dengan lelaki tidak dikenali “lelaki Y”, yang spermanya diperoleh dari dubur Saiful.

Keterangan pakar itu akan disambung esok.

16 comments:
Write comments
  1. kali ini DNA tercemar pula, nampaknya kes ini semakin rumit.

    ReplyDelete
  2. meragukan. harap kes ini dapat disiasat dengan telus dan adil.

    ReplyDelete
  3. Jika DNA tercemar, masih bolehkah kajian dibuat?

    ReplyDelete
  4. Kenapa ada pakar yang boleh membuat pembacaan yang silap?

    ReplyDelete
  5. satu kesilapan boleh membawa kesan yang besar dalam kes ini.

    ReplyDelete
  6. sebaiknya tunggu saja sehingga kes ini selesai bagi mengetahui semuanya.

    ReplyDelete
  7. lab n chemist,dua2 pun tembirang.pintu belakang c saiful pun tiada kesan penetration.klu mengambilkira konsep keadilan,kes ini sudah kana sipak dr mula...

    1 lagi projek tembirang BN...

    ReplyDelete
  8. “Jika ujian-ujian ini dijalankan di sekolah, beliau sudah pasti telah gagal,”

    Sindiran tu bah. Haha. Forever lah si Nor Aidora Saedon akan ingat.

    ReplyDelete
  9. Kalau eksperimen sudah salah, result pun dipengaruhi. Makin complicated lagi kes ni.

    ReplyDelete
  10. nampaknya belum pakar lagilah so nampaknya gagal ujian DNA sungguh memalukan karana yang bagi keterangan tu pakar seliaan DNA dan pensijilan standart antarabangsa

    ReplyDelete
  11. Pihak pembela telah memainkan isu tamat tempoh akreditasi - Department of Chemistry Malaysia Forensic Division, Petaling Jaya yang tamat tempoh pada 18 Oct 2010, tetapi tidak dibaca bersama surat melanjutkan tempoh akridetasi makmal yang akan berakhir pada 18 Oct 2011..

    http://empayar-pemuda.blogspot.com/2011/08/terkini-surat-dan-sijil-yang.html

    ReplyDelete
  12. Nampak rumit juga kes anwar ini. Sehingga sekarang masih belum menemui kata putus.

    ReplyDelete
  13. tembirang c saiful bontot murahnya bontot c tembirang tu..dia ingat senang2 anuar cucuk bontotnya dgn cara paksa..ish ish..taubatlah engkau saiful, d dunia ya engkau senang dpt habuan blm tentu di akhirat engkau terlepas dari hukuman tuhan..insaf, insaf taubat lah..berkata la benar..katakan ini semua konspirasi musuh2 anwar, biar pahit engkau rasa d dunia, kelazatan yg enak di hadapan tuhan kelak..

    ReplyDelete
  14. INI DUIT......DUIT..DUIT..SIAPA NAK SUSAH-SUSAH

    ReplyDelete
  15. neji,bulih jelaskan perkara berikut?

    1. doc di PUSRAWI bilang anus c saiful masih virgin.
    2. sperma c saiful turut dikesan dlm anusnya,panjang juga anu dia kan.
    3. c saiful bilang dia x mandi/pergi tandas 2 hr,sy sendiri tiap2 hr mesti pergi buat kerja sana tandas.
    4. 20an vs 60an (ada rekod penyakit),apa kebarangkalian 60an bulih manang?

    ReplyDelete
  16. bagus neji jadi pendakwa la..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.