Monday, August 29, 2011

Berita 'murtad' TV3 palsu

Sebuah NGO membuat laporan polis terhadap TV3 kerana didakwa mereka-reka berita dalam laporan beritanya mengenai pusat tuisyen di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, yang cuba memurtadkan umat Islam.

Kumpulan itu, Jingga 13 dalam laporannya berkata ahli-ahli surau yang dikatakan berdemo itu pada siaran berita Buletin Utama 21 Ogos lalu sebenarnya tidak wujud.

Klip berita itu memaparkan sekumpulan kira-kira 50 orang dari Surau Qariah Al-Musyrikin yang diketuai oleh Mustapha Kamal Mohd Yusof - dipercayai pemimpin Umno di cawangan Seputeh - berkumpul di hadapan pusat tuisyen berkenaan bagi membantah tindakan mengkristiankan umat Islam.

"Laporan itu cuba menggambarkan bahawa terdapat usaha untuk menyebarkan agama Kristian melalui kelas-kelas tuisyen, sehingga menyebabkan ahli-ahli surau membantah," kata penyelaras Jingga 13, Fariz Musa.

Namun, menurut Fariz, semakan mereka mendapati surau berkenaan tidak wujud di kawasan itu.

"Siasatan Jingga 13 mendapati pusat tuisyen itu terletak di kawasan sekitar setinggan di kawasan JalanKlang Lama, dan hasil perbualan dengan penduduk tempatan di sana, kami mendapati bahawa tidak ada satu surau pun wujud di kawasan itu," kata Fariz, yang adalah anggota exco PKR.

"Pusat tuisyen ini terletak di kawasan setinggan yang didiami khususnya oleh masyarakat Cina dan India, bersama-sama dengan beberapa pendatang Indonesia.

"Ia cukup jelas bahawa qariah dan surau yang dilaporkan di TV3 itu tidak wujud," katanya.

Fariz (kiri) juga berkata bahawa nama surau yang dilaporkan itu sendiri cukup meragukan dan cuba mempersendakan Islam.

"Nama surau 'Al-Musyrikin' seperti yang dilaporkan kelihatan seperti seolah-olah direka.

"Mustahil bagi seseorang Islam akan menamakan rumah Allah dengan nama seperti 'al-Musyrikin' (kafir).

"Agak jelas bahawa TV3 mereka berita palsu itu dan pada masa yang sama mempersendakan tempat ibadat Islam dengan nama yang al-Musyrikin," kata Fariz.

Menurut beliau, penduduk di kawasan setinggan berkenaan memberitahunya bahawa pusat tuisyen itu telah bertahun-tahun wujud dengan tujuan memberi didikan agama Kristian kepada kanak-kanak yang hidup di kawasan sekitar yang beragama Kristian.

"Mereka terdiri daripada pelajar-pelajar Cina, India dan sebilangan kecil Kristian Indonesia.

"Tiada orang Islam yang menghadiri kelas agama Kristian di sana," kata Fariz.

NGO berkenaan membuat laporan polis hari ini di ibu pejabat polis daerah Shah Alam terhadap stesen TV itu kerana niat jahat menyebarkan berita palsu, yang menurutnya bertujuan menyalakan api ketegangan agama dan kaum dan pada masa yang sama tmempersendakan Islam.

Sementara itu, tinjauan mendapati laporan berkenaan telah dikeluarkan dari laman web TV3. -mk

12 comments:
Write comments
  1. media rasmi kerajaan diberi imuniti utk melaporkan perkara yg tembirang...

    1 lagi 'jasa' BN!!!

    ReplyDelete
  2. ini lah...kalau tiada cintakasih sesama manusia...perkara bergini selalu terjadi...perbuatan yang baik pun akan dianggap jahat...Kenapa perlu menggangu kelas bimbingan agama lain, sedangkan banyak lagi perkara lain yang perlu kita perbaiki di luar sana...bersyukuar lah kita yang punya kepercayaan kuat kepada TUHAN, walaupun berbagai agama, kerana setiap agama, mengamalkan cintakasih sesama manusia. Harus nya kita nilai lah diri kita terlebih dahulu, sebelum tuduhan demi tuduhan kepada org lain...kerana setiap manusia itu sangat bernilai, bererti, dikasihi oleh TUHAN..Salam Damai...

    ReplyDelete
  3. negara mengamalkan kebebasan beragama.

    ReplyDelete
  4. benarkah TV3 sengaja mereka-reka cerita? harap isu berhubung agama ini janganlah diperbesarkan dan diapi-apikan oleh pihak2 tertentu untuk kepentingan sendiri.

    ReplyDelete
  5. Acts 3:17 Now, brothers, I know that you acted in ignorance, as did your leaders.

    ReplyDelete
  6. Tak sangka isu ini hanya suatu rekaan.

    ReplyDelete
  7. Adakah isu ini sengaja ditimbulkan untuk tujuan mewujudkan kemarahan dan merosakkan perpaduan antara rakyat.

    ReplyDelete
  8. Jika benar apa yang dilaporkan oleh TV3 hanyalah rekaan semata-mata, satu perkataan untuk anda - MENGECEWAKAN

    ReplyDelete
  9. samada laporan TV3 palsu atau ada pihak yang bertindak cepat menghilangkan bukti2 itu..

    ReplyDelete
  10. Sya bersyukur kerana menjadi penduduk di negeri bawah bayu, walaupun kami adalah negeri yg termiskin di dalam negara Malaysia, dan sebahagian daripada tanah dan hak2 kami telah ditelan oleh pemimpin Semananjung.... kemi terdiri daripada berbagai agama. Kami bebas mengamalkan keagamaan kami. Kami boleh duduk makan semeja dengan rakyat yg berbilang agama dan bangsa..ada kalanya dalam sebuah rumahpun mahupun dewan makan kami boleh hidup dan makan bersama2...klu tv3 dtg di tempat kami...1jam punya berita inda cukup...

    ReplyDelete
  11. Mana ada orang mahu mengaku mereka Murtad dengan begitu mudah, ditujukan kepada Fariz.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.