Friday, August 19, 2011

Pemutihan PATI, Taktik Kotor Menang Pilihanraya?

Pembongkaran demi pembongkaran berhubung kepincangan Program Pemutihan Pendatang Asing (6P) baru-baru ini jelas menunjukkan bahawa Umno-Barisan Nasional (BN) kini semakin terdesak serta sanggup melakukan apa sahaja taktik kotor bagi memastikan mereka terus kekal berkuasa.

Malah, tindakan terdesak itu juga jelas menggambarkan bahawa segala taktik kotor itu didalangi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ini berikutan, Najib didakwa pernah mengeluarkan arahan agar Umno Selangor bekerja bersungguh-sungguh dan menggunakan segala senjata yang ada bagi membolehkan Umno-BN menawan kembali negeri itu dalam pilihanraya umum akan datang.

Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, perkara tersebut ternyata menimbulkan kebimbangan di kalangan masyarakat kerana ia melibatkan keselamatan dan masa depan negara.

“Kita tidak terkejut tapi agak khuatir tentang masa depan dan keselamatan negara kita kerana perkara sebegini boleh dibuat sewenang-wenangnya. Kita juga prihatin dengan masa depan pendatang asing kerana mereka seolah-olah diancam sekiranya tidak memberikan sokongan yang diperlukan,” katanya memberitahu Tv Selangor.

Menurut Nik Nazmi, perkara tersebut juga jelas melanggar undang-undang malah tidak bertepatan dengan nilai-nilai agama Islam mahupun bangsa Melayu seperti yang di uar-uarkan selama ini.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin mendedahkan salinan surat sumpah kepada media selain mendakwa ianya sebahagian daripada syarat tetap yang perlu dipatuhi warganegara asing.

Helaian kertas yang didakwa mengandungi "skrip" berkenaan, yang antara lainnya menyebut "saya/ suami/ anak-anak, tanpa berbelah bagi akan menyokong dan mengundi Umno/ Barisan Nasional (BN)."

Namun begitu, gerak kerja penyampaian maklumat kepada rakyat mengenai situasi sebenar yang berlaku perlu diteruskan dan beliau percaya rakyat kini sudah cukup matang untuk menilai perkara sebenar walaupun cubaan penipuan ini akan berterusan.

Malah, beliau menegaskan, pihaknya tidak akan mengambil mudah situasi ini sebaliknya akan terus melakukan pemantauan dari semasa ke semasa.

14 comments:
Write comments
  1. Kita tunggu dan lihat bagaimana proses pemutihan ini akan dijalankan selepas ini.

    ReplyDelete
  2. Harap pilihan raya akan dijalankan dengan bersih dan bebas daripada pengundi hantu.

    ReplyDelete
  3. benarkah dakwaan ni? nampaknya keselamatan negara kita akan semakin terancam jika terdapat agenda tersembunyi di sebalik program 6P yang sedang dijalankan.

    ReplyDelete
  4. Rakyat perlu membuat penilaian secara bijak bila tiba PRU-13 nanti.

    ReplyDelete
  5. proses pemutihan adalah pendafataran untuk merekodkan kehadiran pendatang asing ke negara kita. ia tak ada kaitan dgn pilihanraya.

    ReplyDelete
  6. program pemutihan ini perlu bagi mengatasi masalah pati yang berlaku. daripada hanya mengkritik lebih baik PR memberikan idea bagaimana memastikan program pemutihan ini dijalankan dengan berkesan.

    ReplyDelete
  7. Setuju dengan faz. PR jangan jadi tin kosong. Action speaks louder than words.

    ReplyDelete
  8. Pendedahan Zuraida agak meragukan. Adakah BN sebodoh itu untuk menyuruh PATI membuat sumpah setia?

    ReplyDelete
  9. Bolehkah dakwaan Zuraida itu dipercayai?

    Semasa mendedahkan mengenai UMNO Hulu Selangor membawa masuk pendatang asing dahulu pun, Zuraida begitu beria2. tetapi kemudian dakwaan tersebut dibuktikan palsu. malah kepala surat dan tandatangan yang dijadikan bukti oleh Zuraida juga ternyata palsu. adakah surat sumpah Zuraida kali ini benar??

    ReplyDelete
  10. surat macam itu saya sendiri pun boleh buat..

    ketika isu2 tuntutan Bersih sedang hangat diperkatakan, adakah UMNO/BN begitu bodoh sehingga tidak terfikir langsung bahawa mungkin ada antara pendatang asing itu bersimpati pada pembangkang? adakah UMNO/BN tidak mampu membayangkan kemungkinan ada yang bukan parti menyusup masuk untuk mencari rahsia proses pemutihan itu dan kemudian mendedahkannya kepada umum?

    ReplyDelete
  11. Janganlah salah anggap. Apa yang dilakukan sebenarnya untuk memastikan PATI dapat ditangani.

    ReplyDelete
  12. terlalu singkat fikiran neji ni? adakah neji bagus sangat.

    ReplyDelete
  13. rasa la korang gara2 'jasa' UMNO/BN,sabah sudah >20 tahun jadi mangsa,sebab itu la bila kami minta RCI mcm2 alasannya.

    hidup UMNgOk!!!

    ReplyDelete
  14. aku rasalahkan si Neji keturunan pati itulah dia pertahankan PATI ini.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.