Friday, August 19, 2011

Panglima Tentera Darat Dah Macam Pengerusi SPR

PANGLIMA Tentera Darat Zulkefli Mohd Zain hari ini tampil menafikan pendedahan dibuat oleh bekas tentera yang mengaku memangkah undi untuk anggota lain sehingga lenguh tangan.

Zulkefli menafikan tidak pernah berlaku pemanipulasian undi di dalam tentera. Pendedahan bekas anggota tentera itu katanya boleh menyebabkan imej tentera tercemar. Ada nada dan mimik muka marah serta kesal ketika Zulkefli membuat penafian itu.

Bagaimana pun beliau menjelaskan pihak tentera tidak bercadang untuk mengambil tindakan kepada pesara tentera yang membuat pendedahan itu. Beliau hanya menyifatkan tindakan bekas tentera itu sebagai orang diperalatkan.

Kenapa pula tidak mahu ambil tindakan. Kalau pendedahan itu palsu dan boleh menjatuhkan imej tentera, mereka yang membuat pendedahan itu perlu diambil tindakan. Atau pun Zulkefli terpaksa membuat penafian itu kerana mengikut peraturan dan prosuder tugasan. Mustahil sebagai pegawai tertinggi tentera Zulkefli tidak mengetahui apa sebenarnya berlaku dalam kem dan mis.

Semalam empat orang bekas tentera membuat pendedahan berani dan mengejutkan di Ibu Pejabat Pas di Jalan Raja laut. Mereka ialah Majer (B) Risman Mastor, Komando (B) Mohd Kamel Omar, Mohamad Nasir dan Kamarulzaman Ibrahim. Mereka membuat pendedahan atas kerelaan diri mereka sendiri. Mungkin kerana dihatui rasa bersalah dan telah jeluak dengan pemanipulasian undi menyebabkan mereka tampil ke khalayak tanpa merasai hormat kepada pasukan lagi.

Jadi tidak timbul kalau mereka berempat itu diperalat atau menjadi alat. Mendedahkan keburukan dan mengakui kesilapan adalah termasuk dalam kesetiaan kepada raja dan negara juga. Apa guna mengakui kerja-kerja kita demi raja dan negara tetapi ianya dibuat dengan cara buruk dan busuk kohong. Negara tidak mengharap apa-apa untuknya dilakukan secara jelek dan cemar.

Zulkefli juga merasa pelik kenapa bekas tentera itu membuat pengakuan itu pada saat jawatankuasa khas pilihan Parlimen hendak ditubuhkan. Memahami maksud kata-kata ini seperti Zulkefli mahu empat orang bekas tentera itu mengadu kepada jawatankuasa berkenaan. Zulekfli tidak perlu mengelak dan beliau kena ambil tanggungjawab. Bila bekas anggotanya membuat pendedahan patut beliau yang melaporkan kepada jawatankuasa berkenaan.

Beliau tidak perlu melindungi apa-apa fakta dan bukti yang ada. Bercakap benarlah sesuai dengan sumpah dan ikrar jawatan yang dibuat semasa mengangkat sumpah memegang tugas dulu. Integriti pasukan tentera yang begitu disanjung sebelum ini tidak usahlah dicomotkan.

Sedikit anih juga bila mana Zulkefli yang tampil membuat pendedahan. Isu yang didedahkan oleh bekas tentera itu isu politik. Sepatutnya Zahid Hamidi sebagai menteri membuat kenyataan menafikan. Tetapi kenapa Zulkefli yang ambil tanggungjawab. Apakah Zahid sudah tahu akan bahana di sebalik penafian itu. Bahawa akhirnya beluau akan diperli dan diejek oleh orang ramai seperti mana Pengerusi SPR Abdul Aziz Yusuf membuat penafian kononnya tidak ada kekotoran dalam pilihan raya? Atau beliau tidak ada dalam negera.

Apa jadi dengan Aziz hari ini. Pendedahan demi pendedahan dibuat telah menjadikan beliau tidak boleh 'bengah' muka, malu. Sudah tidak ada ruang untuk disorot rupanya. Kecuali Wan Ahmad Wan Omar saja yang muka tebal setebal banyal tidak tahu malu dan masih terus menegak benang basah.

Sebagai pegawai tentera sepatutnya Zulkefli tidak membuat penafian itu. Beliau kena serahkan kepada Zahid atau pun sesiapa yang lain. Bila seorang Panglima sendiri membuat penafian ini bermakna tentera Malaysia kini sudah 'bocor' dan integrtiinya boleh dipertikaikan. Penafian itu bukan menjelaskan tentera tidak bersubahat, sebaliknya makin bersubahat.

Kalau Zulkefli tidak menafikan dia boleh masih menjaga kredibilitinya. Orang tidak akan marah pun kalau beliau tidak membuat penafian kerana pendedahan yang dibuat oleh empat orang bekas tentera itu sudah lama diperkatakan. Budak-budak kampung yang tidak tingginya tidak sampai 5 kaki 3 inci pun tahu akan hal itu. Adalah naif sangat kalau Zulekfli tidak mengetahuinya.

Sepatutnya beliau mengetahui tujuan empat bekas tentera itu membuat pendedahan. Ia bukan untuk memburukan maruah tentera tetapi untuk memberi bukti selanjutnya kepada Aziz dan Wan Ahmad bahawa sistem pilihan raya negara ini sangat buruk dan huduh. Biarlah SPR bertindak ke atas pendedahan itu. Begitu juga dengan jawatankuasa khas pilihan Parlimen yang hendak ditubuhkan itu apa yang didedahkan itu ambillah sebagai bahan mesyuarat.

Kesimpulannya kalau tidak berlaku pemanipulasian undi di dalam kem, dan tidak ada niat untuk parti pemerintah memiliki seluruh undi tentera dan isterinya, nah buka saja pusat pengundi di dalam kem itu untuk tomton umum. Jangan dicari alasan kononnya soal keselamatan dan sebagainya. Apakah tentera tidak boleh pergi mengundi di luar? Keadaan hari ini suasana mengundi di kem begitu sulit, sampaikan wakil calon pun tidak dibenarkan masuk meninjau.

Cara Zulekfli dan SPR melindungi akan kononnya tidak berlaku pemanipulasian undi samalah dengan orang edan yang cuba menutup tubuhnya dengan sutera. Berapa panjang sutera tetapi kerana otak sudah tidak waras maka kemaluannya tetap terjolor ke lura juga. Horrrreeeeee...ikh tabik undur

http://msomelayu.blogspot.com

9 comments:
Write comments
  1. Panglima Tentera Darat menafikan pula, walaupun ada yang tampil mengaku perbuatan ini.

    ReplyDelete
  2. Apa-apa pun, kita tunggulah hasil penyiasatan mengenai kes ini.

    ReplyDelete
  3. entah siapa pula yang berada di pihak yang benar. yang mendedahkan atau yang menafikan. apapun, diharap kes ini disiasat dengan adil dan telus.

    ReplyDelete
  4. pendedahan ini wajar disiasat.

    ReplyDelete
  5. Semoga kebenaran mengatasi pembohongan.

    ReplyDelete
  6. Macam mana bekas tentera itu nak buktikan dakwaan mereka?

    ReplyDelete
  7. masing-masing mempunyai hujah mereka sendiri. tunggu dan lihat sajalah kebenaran pasti akan diketahui juga akhirnya.

    ReplyDelete
  8. selepas Pakatan kantoi dengan isu Mismih, kini keluar pula isu Nasir bekas tentera..

    sepatutnya proses pengundian undi pos dibuat dihadapan wakil spr dan calon2 yang bertanding, nama akan dipanggil satu persatu. persoalannya dimana calon pembangkang pada waktu itu??

    ReplyDelete
  9. mungkin lagi bagus jika Nasir dapat dedahkan siapa pegawai yang mengarahkan beliau memangkan semua 400 undi pos itu..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.