Sunday, August 21, 2011

Teruknya Polis Malaysia, Bangla Pun Dirompaknya!

Lima anggota polis berpangkat konstabel mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 16 dakwaan merompak secara berkumpulan 16 warga Bangladesh sejumlah wang tunai RM34,516, pada 8 Ogos lalu.

Mohd Afizi Mohd Nasir, 27; Muhammad Hairey Muhammad Puzi, 21; Azrin Adha Abdullah, 25; Mohd Faiz Muhammad, 25; dan Mohammad Firdaus Jamaludin, 20; didakwa melakukan rompakan ke atas kesemua mangsa yang berumur antara 20 dan 40 tahun di sebuah rumah No 52, Jalan Nagasari, Dang Wangi di sini pada 12.01 pagi.

Kesemua tertuduh yang bertugas di Bahagian Tugas Am dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi didakwa merompak wang tunai dan 19 telefon bimbit pekerja-pekerja buruh binaan itu.

Pertuduhan ke atas kesemua mereka dibuat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan boleh disebat.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurmardiana Mamat menawarkan jaminan sebanyak RM30,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh, namun peguam Mohamad Arfizi Mohd Ramli yang mewakili kesemua tertuduh memohon jaminan itu dikurangkan kepada RM10,000 dengan alasan kesemua mereka merupakan penanggung tunggal keluarga.

"Saya juga merayu di bulan Ramadan yang mulia ini supaya kesemua mereka diberi peluang untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma bersama keluarga masing-masing," katanya.

Hakim Zulhazmi Abdullah membenarkan kesemua tertuduh, masing-masing diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 Sept ini untuk sebutan.

Kesemua tertuduh membayar wang jaminan itu. - Bernama

12 comments:
Write comments
  1. hairan? apa yg PDRM x buat?

    ReplyDelete
  2. gara2 ikut cara hidup orang atasan. bezanya orang atasan rompak wang kerajaan secara guna kuasa, rasuah atau alibaba(selamat x da org brni tangkap). orang bawahan rompak orang jalanan je lah

    ReplyDelete
  3. Peronda POLIS di Negeri Sabah pula ramai yang jadi perompak juga ...Polis ini rompak PATI dan pekerja yang datang dari Indonesia dan Filipin.... Lihat lah selalu kita nampak kerita peronda polis menahan orang2 pendatang ditepi jalan dan lepas itu sudah ambil duit dan handpon mereka tinggalkan begitu sahaja...pendatang ini tidak berani buat aduan dimana2 pejabat polis sebab pihak atas polis akan tutup kes ini.

    ReplyDelete
  4. hal ini mmg memalukan nama PDRM. sebagai pihak polis harus mencegah jenayah.

    ReplyDelete
  5. biarlah mahkamah yang menentukan keputusannya nanti sama ada mereka benar-benar bersalah atau tidak.

    ReplyDelete
  6. Baru konstabel sudah berjinak-jinak mahu buat perangai? Bila pangkat tu sudah tinggi, lagi besar lah wang yang mahu di 'pau'. Inilah kebodohan orang tamak.

    ReplyDelete
  7. Polis merompak warga asing pula? Satu pertukaran watak yang menarik.

    ReplyDelete
  8. polis pun merompak juga? sepatutnya polis jaga keselamatan orang awam. ini tidak.

    ReplyDelete
  9. Siapa suruh salah mengunakan kuasa yang ada.

    ReplyDelete
  10. patutnya semua anggota polis itu diberhentikan serta-merta perkhidmatan mereka.. saya tidak kisah samada hukuman mereka diringankan atau tidak, tapi apa yang saya teringin mahu lihat ialah selepas ini mereka bukan lagi anggota polis.

    ReplyDelete
  11. Alamak, buat malu saja. Lebih bagus buang kerja terus. Polis macam ni tidak boleh harap.

    ReplyDelete
  12. Aren't there any non-corrupted police leave in malaysia??

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.