Saturday, August 13, 2011

Najib, Rosmah Datang Tayang Body Di Mahkamah

DUNIA politik hari ini agak terkaget sedikit apabila mendapat tahu yang Perdana Menteri, Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor hadir di mahkamah di Jalan Duta, Kuala Lumpur. Kehadiran Najib itu mulanya dirasakan sebagai satu keberanian kerana beliau akan berhadapan dengan pasukan peguam bela Anwar dan juga Anwar sendiri.

Najib dan Rosmah adalah antara 15 orang saksi yang ditawarkan oleh pendakwa untuk disoal sebelum mereka muncul di mahkamah sebagai saksi perbicaraan liwat Anwar. Mulanya saya sendiri merasakan tidak yakin yang Najib dan Rosmah akan berani untuk bertentangan mata dengan Anwar.

Tetapi kalau Najib dan Rosmah berani berbuat demikian ia adalah satu perkara luar biasa dan satu sikap gentlemen Najib dan isteri. Kalau Najib bersedia disoal siasat peguam Anwar hari ini saya angkat tabik kepadanya.

Dengan berbuat demikian Najib dan Rosmah tidak dianggap pengecut dan beliau sedia untuk ditanya apa saja oleh peguam Anwar dalam usaha mencari kebenaran di sebalik kes liwat yang dituduh ke atas Anwar.

Najib dan Rosmah dilaporkan berada sengah jam di komplek mahkamah Jalan Duta.

Apakah Najib dan Rosmah sudah bertentangan mata dengan Anwar atau telah menjawab semua soalan yang dihimpun oleh pasukan peguam Anwar?

Dari satu laporan yang memetika sumber peguam Anwar, sebenarnya Najib tidak pun menjawab apa-apa persoalan yang hendak dibangkitkan oleh peguam bela Anwar. Jadi kenapa beliau hadir? Beliau hadir sebagai untuk menyatakan mereka berani dan benar saja. Kehadiran itu lebih kepada strategi politik untuk tidak diatakan penakut.

Kehadiran itu tidak lebih daripada sekadar mahu melihat bangunan mahkamah sahaja. Atau ia untuk menayang body di bulan Ramadhan. Najib pula lebih untuk men unjukkan kepada ramai bahawa lututnya yang dibelah baru ini sudah sembuh molek. Sudah tentu kedatangan mereka berdua akan dihebuhkan oleh media massa penjilat buntut sebagai sikap terbuka dan berani Najib berdepan dengan kenyataan.

Mungkin begitu. Jadi telahan saya setelah mendapat berita awal yang Najib dan Rosmah ke mahkamah, bukan untuk memenuhi kenendak peguam Anwar tetapi sebagai mengelirukan orang ramai untuk tidak mengatakan dia berdua penakut atau tidak mahu mahu memberi kerjasama.

Apakah tektik Najib itu berjaya? Tidak. Selepas ini berita pemergian Najib dan Rosmah ke mahakamah itu akan dijadikan isu politik oleh Pakatan Rakyat. Dari penjelasan tujuan pemergian Najib itu menjelaskan kepada umum bahawa Najib bermain politik kecil dengan kehadirannya hari ini yang lebih bersifat untuk melawat mahkamah dan mengejek penyokong Anwar cuma.

Menurut seorang pengamal undang-undang yang rapat dengan saya, Najib memang boleh hadir dan beliau boleh untuk tidak menjawab soal peguam bela di luar mahkamah. Kemungkinan kehadiran Najib itu bagi memaklumkan kepada mahkamah bahawa dia dan isterinya akan hadir untuk menjawab apa saja pertanyaan di dalam kandang orang salah di mahkamah bukan untuk disoal siasat di luar mahkamah.

"Tetapi kalau Najib dan Rosmah benar berdepan dengan penguam Anwar dan menjawab pertanyaan diajukan, itu adalah keberanian dan sikap itu patut dipuji," kata peguam yang menjadi kawan saya itu.

Kesimpulannya kedatangan Najib ini sama jugalah dengan kehendak peguam di sebelah Anwar lebih bermotifkan politik daripada hakikat untuk mencari keadilan kepada kes yang sedang berlarutan itu. Mahkamah telah menetapkan 15 hingga 26 Ogos ini untuk membela diri.

http://msomelayu.blogspot.com/

9 comments:
Write comments
  1. tak ada salah jika Najib datang ke mahkaman untuk mengikuti perbicaraan tersebut. isu pun nak jadi isu oleh pembangkang.

    ReplyDelete
  2. tidak perlulah mempolitikkan isu ini pula..

    ReplyDelete
  3. Sampai bila wayang ini mesti ditayang?-satu hari bila hero dan heroin sudah tak jadi pelakon, akan terpaparlah kepada umum cerita yg sebenar--jangan khuatir-coming soon!

    ReplyDelete
  4. kita sebagai rakyat tngk jak....tak perlu comment2..semua nie mainan politik..biarlah di orng....kita nie yg masih hidup kena patuh segala perintah allah swt...mn yg baik kita ambil...yg tak baik tu....buang jahu2x..

    ReplyDelete
  5. Nampaknya kes Anwar semakin serius. Liwat saja tidak pandai habis-habis.

    ReplyDelete
  6. Kehadiran mereka sudah cukup untuk mengambarkan mereka diposisi yang benar. Telah banyak bukti yang diperolehi berkaitan dengan kes Anuar ini.

    ReplyDelete
  7. Selesaikan isu ini dengan segera.

    ReplyDelete
  8. kenapa pula Najib yang di soal? kenapa bukan Saiful? bagaimana pula dengan tindakan Anwar yang memarahi wartawan ketika diajukan soalan jam tangan omega? kenapa Anwar tidak boleh jawab?

    ReplyDelete
  9. isu ini pun mahu diperbesar oleh pembangkang. harap segera lah selesai isu Anwar ni.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.