Thursday, August 25, 2011

BN Gagal Tunai Janji PRK?

PARTI Keadilan Rakyat (PKR) membidas Barisan Nasional kerana gagal menunaikan semua janji yang dibuat pada Pilihanraya Kecil (PRK) Batu Sapi tahun lalu sehingga rakyat Batu Sapi yang terpedaya dengan sandiwara BN kini mengadu kepada PKR.

Timbalan Ketua Cabang PKR Batu Sapi, Zainuddin Hassan membuat kenyataan demikian ketika berucap di Majlis Berbuka Puasa di Kampung Gas sambil menyerahkan sumbangan ikhlas kepada 30 orang warga tua yang menjadi pengundi Batu Sapi.

“BN dan Ahli Parlimen Batu Sapi patut malu kepada para pengundinya kerana tidak ada satupun projek yang dijanjikan semasa PRK berkenaan telah ditunaikan. Yang digembar-gemburkan hanya janji demi janji. Jangankan mau tunaikan janji PRK, janji mantan Ahli Parlimen pun belum selesai,” kata Zainuddin yang kesal kerana BN memaksa rakyat Batu Sapi memilih Ahli Parlimen yang tidak tahu bekerja.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan agar penduduk Batu Sapi jangan mengulangi kesilapan mereka memberikan kepercayaan kepada BN dan mengajak mereka mengkaji kejayaan Pakatan Rakyat di empat negeri di Semenanjung yang telah membuktikan kejujuran mereka membela rakyat.

Zainuddin menegaskan kini bukan masa untuk mengejar mimpi atau terus berkabung di atas kematian demokrasi di Sabah, sebaliknya menghidupkan perjuangan PKR yang ingin mengembalikan kuasa kepada rakyat.

Turut hadir dan menjayakan majlis tersebut ialah Ketua Cabang PKR Batu Sapi, Hassnar Ebrahim; Mantan Calon PRK Batu Sapi, Haji Ansari Abdullah; Ketua Cabang PKR Sandakan, Mazry.

Majlis yang diadakan di kediaman Naib Ketua Cabang, Aris Remigius, tersebut mendapat sambutan menggalakkan daripada kampung kerana dihadiri seramai 60 orang pengundi Batu Sapi yang sebelum ini tersilap mengundi calon BN di PRK Batu Sapi.

Di Majlis yang sama, Haji Ansari mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penduduk Batu Sapi; sekalipun mereka tidak mengundi beliau pada PRK berkenaan, namun penerimaan baik mereka terhadap agenda ‘Ketuanan Rakyat’ yang dibawa PKR telah sedikit sebanyak merubah minda penduduk Batu Sapi.

Oleh : HAFIZ JAMAIL (sabahkini)

45 comments:
Write comments
  1. Perjanjian yang dibuat mesti ditunaikan, jangan mengecewakan rakyat dengan janji-janjian terang bulan.

    ReplyDelete
  2. Harap kerajaan akan berusaha melakukan semua yang dijanjikan itu sebelum PRU-13.

    ReplyDelete
  3. Linda harus lebih bekerja keras untuk menunaikan segala janji yang telah dikatakan.

    ReplyDelete
  4. Jika tidak dapat ditunaikan penduduk sekitar akan mendapat idea untuk tidak mengundi anda lagi di masa akan datang.

    ReplyDelete
  5. Silalah berbuat seperti yang dijanjikan.

    ReplyDelete
  6. harap janji2 tersebut ditunaikan, pembangkang dah mula nak mainkan isu ini.

    ReplyDelete
  7. Jangan biarkan pembangkang mengambil kesempatan dan keuntungan di atas kelalaian para pemimpin.

    ReplyDelete
  8. macam pula ada 'tersilap undi'?

    ReplyDelete
  9. mungkin juga apa yang dijanjikan masih dalam proses...apa pun, setiap janji yang diberikan perlu ditunaikan agar ia tidak disensasikan oleh sesiapa pun.

    ReplyDelete
  10. whatever promises that were made must be fulfilled.

    ReplyDelete
  11. Failing to fulfill the promises will only make the people doubt you. People tend to loss trust on you.

    ReplyDelete
  12. GE will be held anytime soon so it is advisable that the gov fulfill every promises they made before GE comes. DOn't let the people down.

    ReplyDelete
  13. rakyat yang sepatutnya memberikan kenyataan tersebut. benarkah kerajaan tidak menunaikan janji2 yang mereka buat?

    ReplyDelete
  14. BN perlu memperbaiki kelemahannya sebelum terlambat. isu ini pasti menjadi senjata pembangkang untuk meraih sokongan rakyat.

    ReplyDelete
  15. masa pilihan raya kalau orang cakap kenapa sokong BN,jawapan yang pasti adalah di boleh bantu tapi bila sudah undi dan ada janji yang belum ditunaikan mula lah buat ugutan di media ini lah rakyaat yang inda pandai bersyukur...terus terang dikata kan bahawa sesiapa yang menyokong BN masaalah akan di no 2 kan tapi jika menyokong pembangkang jika kita kemukakan masaalah tetap akan di selasaikan dalam masa 1 atau 2 bulan sebab pemimpin BN ingin mendapat undi dari pembangkang manakala pengundi tegar BN seperti melayu sabah seburuk-buruk calun kalau lambang dacing tetap diundi,ini lah rakyaat yang tidak pandai berfikir dan berubah.

    ReplyDelete
  16. harap perkara ini dapat menarik perhatian kerajaan negeri dan seterusnya menunaikan segala janji yang telah dikatakan sebelum PRU akan datang.

    ReplyDelete
  17. BN Sabah patut berbuat sesuatu untuk membina kembali kepercayaan rakyat terutamanya penduduk Batu Sapi ini

    ReplyDelete
  18. “BN dan Ahli Parlimen Batu Sapi patut malu kepada para pengundinya kerana tidak ada satupun projek yang dijanjikan semasa PRK berkenaan telah ditunaikan. Yang digembar-gemburkan hanya janji demi janji. Jangankan mau tunaikan janji PRK, janji mantan Ahli Parlimen pun belum selesai,” - kalau dah janji tu, tunaikanlah sebelum 'digoreng' oleh rakyat

    ReplyDelete
  19. Kenapa janji belum ditunaikan? Peruntukan lambat? Mungkin benar tetapi bila jawapan ini terlalu 'cliche' sudah, rakyat pun akan bosan. Diharap wakil rakyat Batu Sapi lebih proaktif.

    ReplyDelete
  20. betulkah langsung tidak ada janji yang ditunaikan? patutnya penduduk batu sapi sendiri tampil buat kenyataan media atau aduan..

    ReplyDelete
  21. Mungkin yang mengadu itu adalah ahli PKR sendiri dan bukannya BN. Mungkin dari 100 orang cuma 1 atau 2 orang saja yang membuat aduan. Mungkin juga demi kepentingan orang lain.

    ReplyDelete
  22. mgkin ada sebab tersendiri kenapa ia belum dilaksanakan.

    ReplyDelete
  23. Harap janji yang diberikan haruslah dikotakan sebaiknya. Jangan hanya janji manis.

    ReplyDelete
  24. janji2 yang dibuat pasti akan BN tunaikan..

    ReplyDelete
  25. pengundi di batu sapi, memilih BN menjadi wakil mereka kerana yakin dan percaya BN adalah pilihan yang tepat yang mana BN sentiasa mendahulukan rakyat dalam agenda pembangunan yang telah dirancang..

    ReplyDelete
  26. ini adalah taktik PKR untuk cuba menarik simpati dan sokongan pengundi2 di batu sapi..faham-faham sajalah PRU makin terasa..
    namun yang pasti, pengundi di batu sapi tahu menilai siapa yang benar2 mendahulukan rakyat dan pilihan mereka ialah BN..ini bermakna PKR belum begitu menyakinkan mereka berbanding BN yang sentiasa peka kepada keperluan rakyat di batu sapi..

    ReplyDelete
  27. BN kenalah menunaikan janji mereka, merekalah pembangkang susahlah nanti..

    ReplyDelete
  28. jika betul, kerajaan patut memberi penjelasan yang logik

    ReplyDelete
  29. jika tiada tindakan dari kerajaan langsung, nescaya BN akan tumbang pada PRU akan datang di Batu Sapi

    ReplyDelete
  30. “BN dan Ahli Parlimen Batu Sapi patut malu kepada para pengundinya kerana tidak ada satupun projek yang dijanjikan semasa PRK berkenaan telah ditunaikan."

    Apakah yang BN telah janji dan tidak menunaikannya? Jika ada, seharus BN menunaikan janji mereka sebab rakyat berharapkan BN untuk berusaha dan bersuara untuk mereka. Jangan sesekali mengecewakan rakyat.

    ReplyDelete
  31. Kepercayaan rakyat terhadap BN semakin dicabar sebab banyak komplen mengenai janji kosong dari kerajaan. Yang penting sekarang, kerajaan akan menjalankan projek pembangunan termasuk Batu Sapi.. cuma masa diperlukan.. kesemua ini memerlukan perancangan, peruntukan duit dan tender projek dll..

    ReplyDelete
  32. Memang nak tahu apa yang BN dah janji tetapi gagal menunaikan janjinya? Boleh lebih specify?

    ReplyDelete
  33. Perlu juga BN jelas dan faham dengan kelemahannya. Jika tidak menunaikan janji terhadap rakyat.. 1 kali.. 2 kali.. lama-kelamaan, rakyat pasti "give up"..

    ReplyDelete
  34. Hope the government keep their promises made to the people. Don't put down the people where trust is very hard to build-up again.

    ReplyDelete
  35. Ingin tahu juga apa janji BN yang belum lagi ditunaikan?

    ReplyDelete
  36. Jika BN gagal menunaikan janji kepada rakyat.. Memang jejas imej baik BN dan rakyat akan beragu-ragu dengan janji-janji dimasa akan datang.

    ReplyDelete
  37. Jika betulnya BN gagal menunaikan janji mereka.. Payah juga rakyat nak percayakan lagi dengan BN.. Ini akan membawa keburukan juga..

    ReplyDelete
  38. Im sure the government will do their best to fulfill people needs.. Promises will soon come true.. be patient and its about time..

    ReplyDelete
  39. Guess those promises are in progress.. Don't let the people down.

    ReplyDelete
  40. Janji yang dibuat patut ditunaikan. Jangan biarkan rakyat ternati-nanti.

    ReplyDelete
  41. Kerajaan harus pastikan janji itu tertunai sebelum p/raya. Kalau tak susahlah nanti. huhu

    ReplyDelete
  42. Saya yakin pembakangkang takkan duduk diam saja. Hal ini akan terus diperbesarkan selagi ia tak selesai. Jadi sebelum melarat buatlah sesuatu.

    ReplyDelete
  43. Jadi sebelum terlambat bertindaklah. Apapun, kita lihat sajalah sejauh mana kerajaan beri perhatian dalam hal ini.

    ReplyDelete
  44. Semoga semuanya berjalan lancar:)

    ReplyDelete
  45. SOP BN adalah janji pilihanraya dilaksanakan sekiranya:

    1. mau dekat sudah pilihanraya.
    2. klu ada imbuhan/kickback.
    3. klu ada faedah kpd kroni/ahli keluarga.
    4. sesuatu projek tersebut boleh menafikan isu pembangkang.

    sendiri fikir la...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.