Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilihat lebih berketerampilan sebagai pemimpin di mata masyarakat umum berbanding dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini menurut Ibrahim Suffian dari pusat bancian Merdeka Centre adalah kerana keberkesanan penggunaan media arus perdana untuk menaikkan imej Najib.
Malah katanya, jumlah rakyat yang berpuas hati dengan kepimpinan perdana menteri, kukuh pada paras 69 peratus pada Disember lalu.
"Jika anda bertanya kepada saya - siapa yang rakyat fikirkan boleh melakukan kerja dengan lebih baik,- mereka berkemungkinan akan memilih Najib. Terdapat banyak berita mengenai Najib melakukan pelbagai perkara dan sebahagian besar berita itu sangat positif.
"Jadi mereka mempunyai pandangan yang lebih positif terhadap Najib berbanding Anwar. (Persepsi Anwar) dalam media arus perdana diselubungi tindakan undang-undang yang bersilih ganti. Hampir setiap hari, ada sahaja orang yang menuduh beliau dengan pelbagai dakwaan.”
Jelas Ibrahim, walaupun komuniti siber di Internet - seperti laman Facebook anti-Najib - yang sebahagian besar menentang perdana menteri itu, tetapi pada hakikatnya bahawa sebilangan besar daripada rakyat tidak terdedah dengan sumber maklumat alternatif.
"Saya fikir orang ramai tidak mempunyai maklumat yang cukup mengenai apa yang dilakukan oleh Anwar untuk mempengaruhi keputusan. (Ini adalah) kerana hanya kira-kira 40 peratus daripada rakyat negara ini yang mempunyai akses kepada berita alternatif, jauh lebih rendah daripada akses internet.
"Tidak semua orang yang melayari Internet akan melawat portal dan membaca berita. Oleh itu, terdapat ketidakseimbangan bagaimana orang ramai boleh menilai seseorang pemimpin. "
Walau bagaimanapun, Suffian juga mengakui bahawa penilaian kelulusan seseorang pemimpin juga tidak semestinya diterjemahkan kepada undi.
"Ia hanya mencerminkan hakikat bahawa ramai orang, sekurang-kurangnya dua pertiga, bersetuju dengan apa yang perdana menteri sedang memperkatakan atau cuba untuk berbuat,” kata Ibrahim lagi.
Monday, August 15, 2011
Najib 'lebih popular' dari Anwar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kalau sebut Anwar pasti ramai yang lebih mengenalinya dengan isu khalwat. jika sebut Najib saya fikir tidak ramai yang tahu mengenai isu Althantuya dan scorpene yang dikaitkan dengan beliau.
ReplyDeletemmg Najib lebih popular kerana dia adalah pemimpin negara yang berketrampilan. Anwar pula adalah ketua pembangkang yang suka membuat masalah.
ReplyDeletesebagai PM dan pemimpin negara memang wajarlah jika Najib lebih popular bebanding Anwar..
ReplyDeleteAnwar sudah expire. Baik carilah pemimpin baru untuk PR.
ReplyDeleteSudah Najib tu PM..mestilah lebih popular dari Anwar. Anwar popular pun sebab banyak kontroversi.
ReplyDeleteSeorang pemimpin itu boleh menjadi popular dengan perkara2 yang positif mahupun negatif. Dalam dunia politik ini, persaingan sangat kuat dan masing2 akan mencari jalan untuk menjatuhkan lawan.
ReplyDeleteAnwar rasanya kurang diterima oleh rakyat. Mungkin kerana Anwar tidak nampak apa yang diperjuangkannya. Yang kita tahu cuma ingin membalas dendam itulah tujuan Anwar berpolitik dan bukannya untuk rakyat.
ReplyDeleteNajib memang yang terbaik untuk rakyat. Harap Najib tidak sia-siakan sokongan rakyat terhadap beliau berikan apa yang perlu untuk rakyat. Yang penting sekali adalah kemudahan yang sempurna dan lengkap.
ReplyDeleteMasing2 mempunyai popularity yang berbeza.
ReplyDeletejangan la salahkan orang ramai kononnya tidak terdedah atau peka dengan maklumat2 dalam talian jika penilaian majoriti mereka tidak memihak kepada Anwar..
ReplyDeleteBila PRU-13 diadakan, kita akan nampak siapa sebenarnya yang lebih popular.
ReplyDelete