Friday, August 19, 2011

Tragedi baju raya tiga beranak

KEMAMAN – Tiga beranak menemui ajal dalam keadaan mengerikan apabila mayat kesemua mereka ditemui dalam keadaan renyuk dengan kepala salah seorangnya pecah selepas kereta sewa jenis Perodua Viva yang dinaiki terlibat dalam kemalangan kelmarin.



Kejadian pukul 11 malam di Kilometer 127 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di persimpangan resort Awana Kijal dekat sini itu mengakibatkan Aswari Ariffin, 36; isterinya, Nik Herna Hariany Mokhtar, 28, dan anak tunggal mereka, Muhammad Airell Zulfairy, 4, maut di tempat kejadian.

Seorang lagi penumpang kereta itu, Nik Nor Syafiqah, 10, parah dan kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Dia merupakan adik Nik Herna Hariany.

Sebelum kejadian, empat sekeluarga tersebut dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Gong Cengal, Kemasik selepas membeli baju raya di Kuantan, Pahang.

Difahamkan, kejadian berlaku apabila kereta yang dipandu Aswari itu terbabas lalu melanggar penghadang jalan dan tiang elektrik. Kenderaan tersebut kemudian telah memasuki laluan bertentangan dan berpusing beberapa kali sebelum dirempuh sebuah lagi kereta jenis Suzuki Swift.

Pemandu Swift yang dalam perjalanan dari arah Dungun ke Kemaman itu, Ahmad Tajudin Mohd. Arifin, 34, parah dan dirawat di Hospital Kemaman. -Kosmo

8 comments:
Write comments
  1. takziah kepada mangsa.

    ReplyDelete
  2. takziah kepada keluarga mangsa..tabahlah menghadapi ujian ini..

    ReplyDelete
  3. harap para pemandu dan pengguna2 jalan raya yang lain sentiasa berhati2 terutama pada hari2 menjelang perayaan.

    ReplyDelete
  4. Sungguh menyedihkan. Apa pun takziah dan bersabar dengan dugaan yang diberikan ini.

    ReplyDelete
  5. Sangat sedih melihat kemalangan 3 beranak ini. Satu minggu lagi sebelum raya, ahli keluarga dan saudara-mara mesti sedih. Takziah diucapkan.

    ReplyDelete
  6. Takziah kepada keluarga mangsa.

    ReplyDelete
  7. Takziah to the victim's family..huhu.

    ReplyDelete
  8. IN this festive month, everyone must drive extra careful.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.