PUCHONG – Tembelang Ameerah Asha Azizan, 17, yang dilaporkan hilang sejak enam hari lalu terbongkar selepas dia ditahan polis bersama teman lelakinya kerana disyaki menipu ibu bapanya dengan merancang penculikan diri sendiri dan meminta wang tebusan berjumlah RM50,000.
Sebelum dilaporkan hilang, Ameerah Asha, pelajar tingkatan lima dikatakan tidak pulang ke rumah selepas menghadiri kelas tambahan di Sekolah Menengah Puchong Utama 1 dekat sini pada 12 Ogos lalu.
Bagaimanapun, rancangan penculikan itu terbongkar apabila Ameerah Asha dan teman lelakinya seorang penganggur berusia 19 tahun ditahan ketika pasangan tersebut menaiki sebuah kereta di kawasan Saujana Puchong dekat sini pada pukul 9 pagi semalam.
Pada 27 Julai lalu, modus operandi sama digunakan oleh seorang pelajar wanita sebuah kolej swasta dekat Subang Jaya.
Gadis itu bersubahat dengan kekasihnya seorang lelaki Nigeria sebelum mereka meminta wang tebusan sebanyak RM1.5 juta daripada keluarga si gadis yang berada di Kuching, Sarawak.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, penahanan pasangan remaja itu dibuat susulan daripada panggilan ugutan seorang lelaki tidak dikenali diterima oleh bapa Ameerah Asha yang meminta wang tebusan.
“Panggilan ugutan tersebut merupakan petunjuk penting polis menyelesaikan kes kehilangan Ameerah Asha.
“Gadis itu tidak hilang sebaliknya mengikut teman lelakinya sebelum merancang penculikan untuk mendapatkan wang,” kata beliau kepada Kosmo! ketika dihubungi di sini semalam. -kosmo
Friday, August 19, 2011
"Pura-pura Hilang" Ditahan Kerana Peras-Ugut Keluarga
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sungguh teruk anak seperti ini, sanggup menipu ibu bapa semata-mata mendapatkan wang bersama Awang Hitam. pasti ibu bapanya sangat kecewa.
ReplyDeletetindakan ini pasti mengecewakan ibu bapanya..harap remaja tersebut akan insaf..
ReplyDeleteSudah pernah ada kes yang sama seperti ini, tak sangka anak akan berpakat dengan orang luar untuk menipu keluarga sendiri.
ReplyDeletemacam2 lah budak remaja sekarang ni. mereka harus diberi perhatian dan disiplin yang secukupnya supaya dapat buat pertimbangan secara waras. bukan hanya ikutkan hati dan keinginan semata2.
ReplyDeletebetul2 satu tindakan yang teramat bodoh.. sanggup memperbodohkan diri sendiri dan keluarga sendiri.. rasa la akibatnya..
ReplyDeleteRemaja2 di luar sana janganlah terlalu cepat nak jadi seperti orang2 dewasa. Bila sudah sampai di satu tahap, barulah anda akan sedar betapa banyaknya dugaan di luar dan komitmen yang harus dipikul. Setakat cinta monyet yang belum tahu penghujungnya tidak dapat menjamin apa2. Ada hati lagi mahu lari sama teman lelaki dan peras ugut keluarga.
ReplyDeleteWarga asing sengaja melakukan semua ini untuk menjerat wanita malaysia. Seperti menjadi keldai dadah pun begitu juga. Maka kepada wanita malaysia jangan mudah terpedaya dengan semua ini.
ReplyDelete...melayu? expected...hasil drpd sistem 'pendidikan' UMNO..
ReplyDelete