Barisan Nasional (BN) sudah bersedia menghadapi pilihan raya umum ke-13 pada bila-bila sama sahaja, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Rais berkata kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa pilihan raya umum boleh diadakan pada bila-bila masa, perlu dilihat sebagai sesuatu yang serius dan bukan satu pesanan yang kosong.
Beliau (gambar) berkata negara sedang melalui satu perubahan dari segi pentadbiran, sikap dan transformasi ekonomi di bawah kepimpinan Najib.
“Jadi dengan perubahan ini... kita sudah bersedia, malah kita sudah diberi amaran dan gesaan supaya jawatankuasa pilihan raya ditubuhkan dalam DUN dan kawasan Parlimen masing-masing,” katanya dipetik Bernama Online.
Ahli Parlimen Jelebu ini berkata, berkata jentera pilihan raya di kawasannya sudah digerakkan, malah pelbagai program telah direncanakan selepas Aidilfitri nanti, bagi menguji kekuatan parti dan memberi kebajikan kepada rakyat.
Semalam Najib menegaskan pilih raya umum akan datang boleh diadakan pada bila-bila masa dan tidak terikat dengan keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Terpilih Parlimen mengenai penambahbaikan pilihan raya.
Perdana Menteri berkata kerajaan akan cuba melaksanakan sebarang cadangan penambahbaikan yang dibuat oleh jawatankuasa itu sebelum pilihan raya umum yang akan datang.
“Kami akan cuba, pasti ada sesuatu yang boleh dilakukan dengan kadar segera, sesuatu yang mungkin akan mengambil sedikit masa. Jadi, apa yang kita boleh lakukan dengan segera, kita akan lakukannya dengan segera,” katanya. -TMI
Sunday, August 21, 2011
PRU-13: Rais kata BN sudah sedia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
klu dah sedia,bubar parlimen la...
ReplyDeletesememangnya persediaan awal itu baik untuk menyediakan jentera yang kuat.
ReplyDeletepersediaan awal mmg perlu dilakukan bagi memastikan jentera parti tetap kukuh.
ReplyDeleteBaguslah kalau sudah bersedia, rakyat pun sudah bersedia.
ReplyDeletePastikan JPN dan SPR pun bersedia. Pastikan tiada lagi satu nama dengan beberapa nombor ic dan tiada lagi pengundi hantu.
ReplyDeleteHarap rakyat pun bersedia untuk mengundi calon yang sesuai nanti.
ReplyDeleteparti, rakyat sudah bersedia tapi bagaimana pula dengan SPR. sudahkah senarai daftar pengundi dibersihkan?
ReplyDeleteRasanya semua parti akan bersedia menghadapi PRU13 yang akan datang.
ReplyDeletebagi saya parti itu masih belum bersedia selagi masih banyak isu2 yang dibangkitkan belum terjawab.. good luck!!
ReplyDeleteHarap2 semua pun benar2 sudah sedia.
ReplyDeleteWith the many issue that is concerning BN, I don't think BN is ready.. for now.
ReplyDeleteNeway, all parties should prepare themselves well before GE comes.
ReplyDelete