KUALA LUMPUR: Dakwaan Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali mengenai ‘ada usaha menjatuhkan Najib Tun Abd Razak’ dari jawatannya sebagai Perdana Menteri memang benar wujud.
Satu sumber dari Umno memberitahu, lebih 100 Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian-bahagian sudah memulakan usaha ini kerana mereka kecewa dengan sikap Najib selaku Presiden Umno yang terkejarkejar sokongan dari pelbagai pihak tetapi tidak langsung memberi muka kepada Pergerakan Pemuda.
Pertemuan demi pertemuan sudah dibuat atas nama ketua-ketua Pemuda Umno bahagian yang kecewa dan terbaru, satu pertemuan diadakan di sebuah restoran makanan Arab di Kampung Pandan, 3 Ogos lalu.
Dalam pertemuan tersebut, beberapa pihak yang hadir mendak wa ada percanggahan pendapat mengenai usaha ini kerana mereka tidak mendapat restu dari Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin.
Malah, kata sumber itu, Khairy memberi amaran, manamana Exco pergerakan Pemuda Umno yang menawarkan diri untuk terlibat secara langsung, tidak menggunakan platform Pergerakan Pemuda Umno Malaysia sebaliknya menggunakan platform jawatan masing- masing di peringkat bahagian.
Sejauh mana kebenaran dakwaan ini tidak diketahui tetapi beberapa pihak mendakwa, Khairy dan naibnya, Dato’ Razali Ibrahim memang dimaklumkan perkembangan ini.
Kumpulan ini mendakwa, mereka kecewa kerana Najib dikatakan mempunyai banyak masa untuk mengadakan pertemuan dengan rakan Facebook dan Tweeter tetapi bila Pergerakan Pemuda Umno meminta masa bertemu, tidak mendapat respon positif darinya.
Rata-rata anggota gerakan ini mengakui mereka menghadapi kesukaran untuk bergerak sebagai Ketua Pemuda di peringkat bahagian kerana masing-masing tidak mempunyai pendapatan tetap dan tidak diberikan peluang mendapat projek-projek runding terus.
Dalam perkembangan sama, seorang lagi Ketua Pergerakan Pemuda Umno dari Wilayah Persekutuan mendakwa, mereka lebih sukar bekerja di bawah kepimpinan Najib ekoran penglibatan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dalam banyak perkara mengenai pentadbiran.
“Kami susah nak men jawab serangan pembangkang untuk isu Rosmah ini tetapi pemimpin seperti Najib tidak pernah mahu mendengar masalah yang kami hadapi di bawah,” ujar seorang Ketua Pemuda dari Johor.
Katanya, tiada se orang pun dari kalangan Pemuda Umno yang d i b e r i k a n ja watan sebagai Pen g e r u s i GLC set e l a h Khairy sendiri dinafikan sebarang jawatan dalam kerajaan atas kedudukannya sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Umno.
Setakat ini, kumpulan ini tidak bercadang untuk mengadakan pertemuan dengan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin kerana mendakwa Muhyiddin juga dilihat bersikap tidak serius membantu Pergerakan Pemuda.
“Mereka lebih cenderung berjumpa dengan NGO dan wakil-wakil dari luar negara ketika Pemuda Umno sendiri terkapai-kapai untuk meneruskan kerja-kerja yang diamanahkan,” kata seorang Ketua Pemuda dari Selangor.
Setakat ini, tidak pula diketahui adakah mana-mana Menteri Besar dan Ketua Menteri yang menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri-negeri mengetahui atau tidak gerakan ini.
Pada 4 Ogos lalu, PAS mendakwa wujud gelombang besar dalam Umno sendiri yang mahu menggulingkan Najib Razak ekoran kebimbangan Perdana Menteri dan isterinya Datin Seri Rosmah akan menjadi beban kepada BN dalam mengekalkan Putrajaya pada PRU-13.
Mustafa Ali berkata, itu sebabnya Umno sengaja mewujudkan khabar angin kononnya pemimpinpemimpin Pakatan Rakyat telah meng adakan pertemuan dengan Tengku Razaleigh Hamzah untuk menggantikan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang.
Mustafa berkata, pemimpin-pemim pin Umno bimbang skandal melibatkan Najib dan Rosmah seperti pembelian kapal selam dan kaitannya dengan pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaaribuu, akan memberi kesan ke atas sentimen pengundi terhadap BN. Dalam perkembangan yang sama, beberapa blog menulis Persatuan Bekasbekas Wakil Rakyat Umno (Penawar) yang diperngerusikan Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin telah mengadakan mesyuarat dan dikatakan mendesak Najib supaya meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.
-http://warta-utara.blogspot.com
Wednesday, August 17, 2011
Konspirasi Singkir Najib! Rosmah antara punca?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Baik kita tunggu dan lihat apa konspirasi ini.
ReplyDeletediharap masalah2 dalaman di kalangan pemimpin2 UMNO/BN dapat diselesaikan segera agar tidak mempengaruhi perjuangan menghadapi PRU-13.
ReplyDeletebenarkan konspirasi ini wujud, jika benar Najib kena buat sesuatu.
ReplyDeleteada ada saja spekulasi yang timbul...lebih baik fokus pada isu lain yang lebih penting dan dekat kepada rakyat.
ReplyDeleteDalam parti pun ada puak2 sudah? Susahlah kalau macam tu.
ReplyDelete"...tidak diberikan peluang mendapat projek-projek runding terus."
ReplyDeleteApa maksudnya ni? Asal ada projek, mahu bagi sama orang UMNO sajalah? Adakah sebelum ini segelintir ahli2 mereka sudah terlalu dimanjakan dengan pemberian projek2?
Nampaknya pelbagai lontaran telah diberikan kepada Datuk Najib atas sebab isterinya. Harap PM dapat membahagikan hal keluarga dan pemimpin.
ReplyDeleteentah betul atau tidak.. kalau masuk bab2 politik ni memang susah la mahu percaya.. apa sahaja situasi yang boleh dijadikan jalan cerita pasti akan dimanfaatkan sebaik2nya..
ReplyDeleteToo complicated.
ReplyDelete