Wednesday, August 17, 2011

Umno selalu berlagak juara dalam isu Islam

Isu penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dengan Gereja Methodist Damansara Utama telah menenggelamkan isu yang cukup merbahaya kepada negara iaitu isu MyKad dan pendaftaran warga asing di dalam daftar pemilih SPR.

“Setakat hari ini jawapan yang diberikan oleh SPR diketawakan oleh orang pekak dan buta. Manakala media perdana BN cuba menimbus isu pendaftaran ini,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Katanya, PAS telah membuat keputusan untuk bertemu secara langsung dengan pihak Jais dan juga gereja Methodist untuk mendapat gambaran sebenar.

“Negara kita ada undang- undang, siapa yang bersalah akan dihukum. Media bukan gelanggang untuk menyelesaikan perkara ini,” ujarnya .

Katanya, pemimpin Umno dan NGO pro-Umno macam dilanda histeria mengenai isu itu, kononnya merekalah pembela agama. Tegasnya, PAS istiqamah menentang isu murtad di negara ini.

Soalnya, di mana suara Umno dan Utusan Malaysia ketika isu Noraishah Bukhari, Hartina Kamarudin dan lain lagi yang keluar agama Islam sebelum ini.

Tambah Ustaz Idris, sejarah telah mencatatkan berlaku penangkapan ISA terhadap pemimpin Pemuda PAS dalam Operasi Lalang 1987 kerana isu Kristianisasi.

“Tahniahlah kepada pemimpin Umno dan media Umno kerana baru sedar bahayanya murtad. Kita harapkan kesedaran ini janganlah kerana politik semata-mata.

“Samalah ketika isu penggunaan nama Allah oleh bukan Islam, Umno menjadi juara, kononnya,” ujar beliau.

Tetapi, katanya dalam masa yang sama Umno menentang hukum Allah dan menyekat ajaran Allah diajar di dalam surau dan masjid.

“Pelik juga Umno, nama Allah dipertahan, hukum Allah dia lawan,” ujarnya lagi. Tanya Ustaz Idris lagi, kenapa Umno diam membisu apabila ahli MCA mahu saman Kerajaan Kelantan kerana isu pengharaman judi.

“Sepatutnya kalau Umno pejuang Islam kena nasihatlah rakan sejawat mereka. Sudah 54 tahun berkawan pun Umno tidak boleh dakwah, bahawa judi itu bahaya.

11 comments:
Write comments
  1. Harap PM kita akan berusaha mencapai 1 Malaysia.

    ReplyDelete
  2. Pejuang Islam mestilah mengikuti hukum Islam dahulu sebelum memperjuangkan nama baik Allah.

    ReplyDelete
  3. menjadi tanggujawab semua umat Islam untuk menjaga hukum Islam.

    ReplyDelete
  4. apa pun isu yang berlaku, ianya perlu diselesaikan dengan sebaiknya..

    ReplyDelete
  5. isu agama kalau tidak ditangani boleh membawa kepada keruntuhan kerajaan. apatah lagi negara mempunyai latar belakang masyarakat pelbagai kaum dan agama. jika berlaku perpecahan maka sukar untuk bercantum kembali.

    ReplyDelete
  6. isu Islam ni biarlah ditangani bersama bukan saja pada pihak UMNO malah PAS. semoga isu ini dapat diselesaikan dengan sebaiknya.

    ReplyDelete
  7. Inilah masalahnya bila agama pun dipolitikkan. Tiba2 mahu emosi sana sini berlagak macam diri tu sempurna sangat. Orang guna pendekatan yang berhemah dan rasional bila ada masalah. Bukannya nak ugut bakar pejabat, demonstrasi segala.

    ReplyDelete
  8. Jangan biarkan amarah itu menguasai diri kita sehingga lupa akan ajaran yang sebenar.

    ReplyDelete
  9. Jika berkenaan Islam mungkin rasanya jika bandingkan PAS dan UMNO sudah pasti PAS yang selalu memainkan isu ini.

    ReplyDelete
  10. PAS pun sering berlagak juara dalam isu Islam tapi menghalalkan fitnah dan pembohongan.. sudahkah PAS memohon maaf kepada Mismah? rasanya yang sekarang ini sedang diketawakan ialah pemimpin2 pembangkang kerana gemar buat kenyataan tanpa usul periksa..

    ReplyDelete
  11. bolehkah kalau bincang pasal agama jangan kaitkan dengan politik. Kalau la tu orang ada depan mata akan dia dengar ni ayat 'bosan la ko ni'.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.