Sunday, August 21, 2011

Berkenalan Di Laman Sosial, Janda Akhirnya Dirogol, Disamun & Diugut

Hasrat seorang janda untuk berpacaran dengan seorang lelaki Australia berkecai apabila dia bukan sahaja menjadi mangsa samun malah terpaksa hidup dalam ketakutan selepas diugut supaya menyerahkan RM30,000 jika tidak mahu gambarnya dalam keadaan mengaibkan tersebar.

Kejadian 11 Ogos lalu itu berlaku apabila ibu kepada empat anak berusia lingkungan 30-an tersebut menginap di sebuah hotel di Sepang bersama lelaki tersebut.

Lebih malang apabila barangan berharga seperti jam tangan Rolex dan barang kemas miliknya dilarikan suspek. Barangan tersebut merupakan hadiah daripada arwah suaminya yang telah meninggal dunia enam tahun lalu.

Difahamkan, mangsa mendakwa telah mengadakan hubungan seks bersama suspek di hotel tersebut sebelum dia tidak sedarkan diri sebaik diberi sejenis minuman oleh suspek. Suspek turut mengugut mangsa memberinya RM30,000 jika tidak mahu gambar bogelnya yang diambil di hotel itu disebarkan.

Episod malang wanita itu bermula apabila dia berkenalan dengan seorang lelaki menyamar sebagai warga Australia bergelar Richard di satu laman sosial di Internet sejak empat bulan lalu.

Selepas bertukar-tukar maklumat, kedua-dua mereka akhirnya bersetuju untuk bertemu selepas suspek mendakwa akan datang ke sini melalui Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang 11 Ogos lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah (gambar kecil) berkata, kemuncak perkenalan mangsa apabila mangsa yang teruja dengan berita itu bergegas ke LCCT untuk menyambut ketibaan kekasihnya tersebut.

Katanya, sebaik tiba, mangsa telah diajak untuk menginap di sebuah hotel di Sepang.

"Mangsa kemudian memberitahu yang mereka telah mengadakan hubungan seks sebelum dia tidak sedarkan diri selepas diberi sejenis minuman.

"Mangsa hanya dibawa keluar apabila pihak pengurusan membuka pintu bilik selepas curiga penghuninya tidak muncul-muncul. Ketika itu mangsa dalam keadaan terbaring di atas katil sebelum dibawa ke hospital," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Tambahnya, sebaik sedar di hospital, mangsa mendapati barangan berharga seperti jam Rolex dan barang kemas miliknya lesap.

Menurut Mohd. Adnan, tidak lama selepas kejadian itu, suspek telah menghubungi mangsa dan memintanya membayar RM30,000 jika tidak mahu gambar yang mengaibkannya disebarkan.

"Mangsa yang cemas kemudian telah membuat laporan dua hari kemudian dan polis telah menubuhkan satu pasukan khas untuk mengesan suspek yang menggunakan pasport palsu untuk menyamar sebagai warga Australia itu," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 384/380 Kanun Keseksaan iaitu peras ugut dan curi dalam bangunan. -kosmo

10 comments:
Write comments
  1. hal ini berlaku pun atas kebodohan janda tu sendiri, terlalu mudah mempercayai seseorang.

    ReplyDelete
  2. kes ini harus dijadikan iktibar..janganlah mudah percaya dengan orang yang baru dikenali terutamanya jika berkenalan hanya melalui laman sosial semata-mata.

    ReplyDelete
  3. Janda ini memang tidak pernah tengok berita atau baca suratkhabar kah? Sudah banyak kali kes seperti ini dikeluarkan tapi kenapa masih ada yang menjadi mangsa? Salah siapa? Dalam 10 orang yang dijumpa, mungkin seorang saja yang baik. Sendiri mahu ingatlah.

    ReplyDelete
  4. Kenalah berhati-hati bila berkawan di Laman sosial. Kes macam ini bukan kali bertama berlaku.

    ReplyDelete
  5. orang zaman sekarang ni bukan boleh dipercayai sangat apa lagi orang yang dikenal setakat melalui laman2 sosial. janda tersebut memang sendiri cari masalah.

    ReplyDelete
  6. Harap suspek ini dapat ditangkap. Maka janganlah mudah percaya dengan Laman Sosial.

    ReplyDelete
  7. sekarang ni confirm dia sedar la tu lepas sudah kena.. kesian juga la dengan mangsa.. mana la dia tahu apa yang akan berlaku dikemudian hari.. kadang2 susah juga kita buat penilaian mana orang yang perlu kita percaya dan mana orang yang perlu kita elak.

    ReplyDelete
  8. Kenalan yang kenal dalam mana2 laman web sosial 10% saja boleh percaya selebihnya kelentong saja banyak tu.

    ReplyDelete
  9. dah tau tapi masih pura2x tak taw....

    ReplyDelete
  10. People especially the ladies out there should stop finding love through internet. Haven't u girls learn anything from the victims that been through the same situation. I'm sure u have read it in the news..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.