Jika sebelum pilihan raya umum 2008, UMNO dan Barisan Nasional sering mendabik dada, kononnya parti-parti lain tidak tahu cara mentadbir negara dan negeri. Pembohongan yang diulang-ulang selama lebih 50 tahun ini ramai juga menelannya.
Setelah PRU 2008, terbukti lima negeri (termasuk Perak yang dirampas secara haram oleh BN setahun kemudian) bukan sahaja mampu mentadbir dengan baik, malah dapat mengurus negeri dengan lebih telus, cekap dan cemerlang.
Pembaziran berjaya dikurangkan, lebihan bajet dicatatkan dan ramai golongan yang selama ini terbiar mula mendapat pembelaan tanpa mengira kaum dan agama.
Maka kita rakyat Malaysia harus berfikir kembali, adakah hanya UMNO dan BN sahaja yang layak memerintah negara ini? Selama mana kita akan terus makan gula-gula politik UMNO-BN?
Lihat dan nilai sendiri kejayaan-kejayaan negeri-negeri Pakatan Rakyat – Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan (malah, Perak dalam masa setahun berjaya melaksanakan program untuk rakyat yang gagal dilaksanakan oleh UMNO-BN selama 50 tahun).
Antara kejayaan yang ketara ialah tiada (atau sekurang-kurangnya hampir tiada) rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa; pemberian dan peruntukan bantuan, tanah, sekolah, gerai, kedai dan sebagainya lebih meluas untuk semua yang layak; kelulusan kontrak dan projek melalui tender terbuka dan banyak lagi program bermanfaat untuk rakyat.
Malah, petanda kejayaan yang sebenarnya ialah bukti bahawa Melayu dan Bumiputera memang berkemampuan dan layak dalam pelbagai bidang. Mereka tidak perlu bergantung kepada warna kulit dan kabel politik untuk mendapat projek. Inilah antara kecemerlangan Pakatan yang tidak memerlukan sebarang slogan atau cogan kata kerana ia adalah hakikat yang benar tentang kemampuan Melayu dan Bumiputera.
Dengan itu, bayangkan jika rakyat memberi mandat kepada Pakatan untuk mentadbir Kerajaan Pusat dalam PRU ke-13 nanti.
Jika Pakatan Rakyat berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan, sedikit-sebanyak kebaikan yang akan dibawakan adalah:Jika sebelum pilihan raya umum 2008, UMNO dan Barisan Nasional sering mendabik dada, kononnya parti-parti lain tidak tahu cara mentadbir negara dan negeri. Pembohongan yang diulang-ulang selama lebih 50 tahun ini ramai juga menelannya.
Setelah PRU 2008, terbukti lima negeri (termasuk Perak yang dirampas secara haram oleh BN setahun kemudian) bukan sahaja mampu mentadbir dengan baik, malah dapat mengurus negeri dengan lebih telus, cekap dan cemerlang.
Pembaziran berjaya dikurangkan, lebihan bajet dicatatkan dan ramai golongan yang selama ini terbiar mula mendapat pembelaan tanpa mengira kaum dan agama.
Maka kita rakyat Malaysia harus berfikir kembali, adakah hanya UMNO dan BN sahaja yang layak memerintah negara ini? Selama mana kita akan terus makan gula-gula politik UMNO-BN?
Lihat dan nilai sendiri kejayaan-kejayaan negeri-negeri Pakatan Rakyat – Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan (malah, Perak dalam masa setahun berjaya melaksanakan program untuk rakyat yang gagal dilaksanakan oleh UMNO-BN selama 50 tahun).
Antara kejayaan yang ketara ialah tiada (atau sekurang-kurangnya hampir tiada) rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa; pemberian dan peruntukan bantuan, tanah, sekolah, gerai, kedai dan sebagainya lebih meluas untuk semua yang layak; kelulusan kontrak dan projek melalui tender terbuka dan banyak lagi program bermanfaat untuk rakyat.
Malah, petanda kejayaan yang sebenarnya ialah bukti bahawa Melayu dan Bumiputera memang berkemampuan dan layak dalam pelbagai bidang. Mereka tidak perlu bergantung kepada warna kulit dan kabel politik untuk mendapat projek. Inilah antara kecemerlangan Pakatan yang tidak memerlukan sebarang slogan atau cogan kata kerana ia adalah hakikat yang benar tentang kemampuan Melayu dan Bumiputera.
Dengan itu, bayangkan jika rakyat memberi mandat kepada Pakatan untuk mentadbir Kerajaan Pusat dalam PRU ke-13 nanti.
Jika Pakatan Rakyat berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan, sedikit-sebanyak kebaikan yang akan dibawakan adalah:
Rakyat akan mendapat faedah menerusi:
- Harga minyak yang dapat diturunkan dengan memberi semula subsidi
- Harga barangan keperluan harian terutamanya makanan akan menjadi lebih rendah dan kuasa beli rakyat akan meningkat melalui jaminan subsidi
- Tarif air dan elektrik akan lebih munasabah dan berbaloi; malah air percuma untuk golongan berpendapatn rendah akan diperluaskan
Rakyat akan mendapat keadilan menerusi:
- Sistem kehakiman dan badan perundangan yang akan dirombak supaya lebih telus dan adil.
- Pasukan Polis, SPRM, SPR akan direformasikan demi menjaga keselamatan dan kehormatan diri dan tidak berpihak kepada mana-mana serta kerajaan.
Perniagaan akan lebih maju menerusi:
- Peluang perniagaan yang lebih terbuka dan adil
- Persaingan perniagaan akan menjadi lebih sihat kerana semua pihak mendapat peluang yang adil dan saksama.
Golongan tua dan orang kurang upaya (OKU) akan lebih terjamin menerusi:
- Bantuan kesihatan dan perubatan yang lebih bersepadu dan praktikal
- Bantuan kewangan yang lebih rasional termasuk sistem penilaian dan pemyaluran bantuan akan lebih cepat dan cekap menerusi reformasi Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Golongan ibu tunggal dan wanita akan lebih terbela menerusi:
- Skim bantuan perniagaan dan latihan kemahiran untuk meningkatkan potensi dan kemampuan mereka untuk bersaing dalam industri yang diceburi
- Kuota 30 peratus penglibatan wanita dalam barisan pimpinan perkhidmatan awam dan politik akan lebih cepat dicapai.
- Perlindungan hak, keselamatan dan undang-undang yang lebih terjamin.
Golongan muda akan mendapat peluang yang lebih menerusi:
- Kebebasan berpersatuan, beraktiviti dan bersuara.
- Mengiktiraf fungsi dan peranan kaum muda dalam pembangunan negara dengan memberi dan membuka peluang yang lebih adil, telus dan sama-rata.
- Menjamin mutu pendidikan dan kos pendidikan yang terbaik.
Golongan pekerja mendapat layanan yang lebih adil menerusi:
- Memperkenalkan gaji minimum
- Pengiktirafan kesatuan sekerja dengan memberi peranan yang lebih dalam membela nasib ahli-ahlinya.
- Peluang dan ruang yang lebih luas untuk meningkatkan kemahiran, latihan dan pengetahuan para pekerja.
- Menyerapkan pekerja yang cekap dan berkualiti dalam sektor swasta ke dalam sektor awam dengan upah dan imbuhan yang terbaik. Ini akan meningkatkan lagi keberkesanan perkhidmatan awam dan mampu meningkatkan kualiti dikalangan pekerja.
Media massa akan menjadi lebih terbuka menerusi
- Pemansuhan akta-akta yang mengekang kebebasan akhbar seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dan melonggarkan peruntukan undang-undang supaya media lebih bebas.
- Pihak media masa akan lebih berperanan dalam menjalankan tanggungjawabnya kepada rakyat, ekonomi dan negara, dan tidak lagi menjadi alat pemerintah.
- Pembebasan media akan membolehkan wartawan menjadi lebih professional dan tidak takut untuk melaporkan apa yang benar walau pun tidak disukai oleh pemerintah.
Memang semua itu hanya seperti janji-janji atau manifesto politik. Jadi bagaimana mahu menilai sama ada ia akan menjadi kenyataan atau tidak?
Ia tidak sukar untuk dinilai. Lihat sahaja kepada apa yang sedang berlaku di negeri-negeri Pakatan di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan; segala-galanya dilaksanakan demi kepentingan rakyat, dan bukan kroni atau melalui kabel politik.
Malah di Perak selama setahun, segala peruntukan untuk tanah, sekolah, perniagaan yang ‘disembunyikan’ oleh BN selama 50 tahun dapat dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan dengan memberikan kepada semua warga yang layak dalam masa 12 bulan sahaja.
Kerajaan Pusat BN telah menyekat sebarang peruntukan tambahan untuk negeri-negeri Pakatan. Keadaan ini memaksa negeri-negeri Pakatan berjimat-cermat dan berhemah dalam perbelanjaan negeri sehingga dapat menjimat wang serta mencatat lebihan bajet.
Inilah yang dikatakan dividen anti-pembaziran dan anti-rasuah yang berjaya dikumpulkan untuk dijadikan peruntukan bantuan kepada warga miskin, fakir miskin dan OKU. Dividen ini juga mampu membolehkan negeri-negeri Pakatan membayar bonus Hari Raya kepada kakitangan awam negeri.
Dengan contoh-contoh kecil ini, tentunya Pakatan Rakyat mampu membuat sesuatu yang berpuluh kali ganda lebih baik untuk rakyat jika mandat diberi untuk mengambil alih Kerajaan Pusat dalam PRU akan datang. – Roketkini.com
negeri yang diperintah oleh Pakatan jg mengalami pelbagai masalah seperti kecurian pasir di Selangor dan kemiskinan di Kelantan.
ReplyDeletedi negeri-negeri yang ditadbir PR juga ada masalah, selain daripada yang disebutkan oleh junta, isu yang melibatkan golongan peniaga juga berlaku di P.Pinang...jadi, rakyat pandai-pandailah menilai.
ReplyDeleteselama BN memerintah pun ada juga masalah tapi tak diheboh-heboh sebelum pakatan memerintah di selangor isu rasuah dan sebagainya tapi tak ada yang berani bersuara?
ReplyDeleteMungkin yang mereka katakan sangat menarik dan sungguh memuaskan. tapi tidakkah kita fikir sendiri adakah ini betul atau cuma cakap kosong semata-mata. Tambahan lagi apa sebenarnya niat mereka. Sudah pasti kerana jawatan dan bukannya kerana rakyat.
ReplyDeleteNasid untuk PKR dan PAS janganlah jadi pak turut DAP. Kerana DAP sudah lama merancang untuk mengambil alih kerajaan. Jika DAP berjuang sendiri mereka sudah tahu bahawa mereka tidak akan dapat melakukannya sebab itulah kenapa DAP sanggup bersama dengan PAS dan PKR untuk memastikan niat mereka berjaya.
Rakyat memainkan peranan dalam pemilihan nanti. PAKATAN sudah pasti memberikan sejuta kata manis untuk rakyat. Tapi itu terpulang kepada rakyat sendiri.
ReplyDeleteSemuanya ditangan rakyat untuk memilih pemimpin mereka itu sebablah kita ada pilihan raya.
ReplyDeleteSama2 kita tunaikan tanggungjawab kita untuk mengundi.
ReplyDeletemasih banyak janji2 Pakatan di empat buah negeri mereka belum ditunaikan sehingga hari ini. malah rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa; pemberian dan peruntukan bantuan tidak adil, rampasan tanah, diskriminasi dalam peruntukkan sekolah, merobohkan gerai dan rumah.. semua wujud di negeri2 Pakatan.
ReplyDeletemasih banyak janji2 BN belum tunaikan?
ReplyDeleteRasanya janji2 manis tu sering digunakan oleh mana2 pihak untuk mendapat perhatian dan sokongan. semuanya terserah pada rakyat sendiri untuk menilai.
ReplyDelete