Tuesday, August 23, 2011

BN Wajib Selesai Isu Tanah Adat

BARISAN Nasional (BN) perlu terus berusaha mencari penyelesaian terhadap isu tuntutan tanah adat oleh penduduk di Sabah, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Beliau berkata ketika daerah Kota Marudu sedang menyelesaikan tuntutan tanah bertindih yang sudah berlarutan, masalah yang tidak ada kesudahannya berlaku di kawasan jiran Pitas; apabila penduduk kampung menuntut tanah mereka yang sedang dibangunkan oleh Lembaga Kemajuan Perhutanan Sabah (Safoda) dan Begaraya Sdn Bhd.

Ongkili berkata Pitas boleh menggunakan model Kota Marudu untuk mencari penyelesaian berhubung isu tuntutan tanah adat.

Katanya baru-baru ini, kerajaan negeri bersetuju bahawa 1,000 keluarga yang terjejas di 35 kampung di Kota Marudu yang mempunyai tuntutan bertindih dengan Safoda dan Begaraya, masing-masing diberikan tanah seluas 20 ekar.

"Saya meminta Jabatan Hasil Bumi dan Jabatan Tanah dan Ukur mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan tuntutan tanah adat tersebut," katanya semasa merasmikan mesyuarat agung tahunan Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Banggi, di sini hari Ahad.

Beliau berkata adalah tidak adil sama sekali dan mencekik darah apabila syarikat besar, yang mendapatkan kelulusan tanah sementara, menggunakan jentolak untuk meratakan tanah yang diusahakan oleh penduduk secara turun-temurun.

Ongkili, yang juga Timbalan Presiden PBS, berkata partinya telah menerima banyak aduan daripada penduduk pribumi dari seluruh Sabah bahawa tanah adat mereka diceroboh oleh syarikat-syarikat gergasi yang mendakwa mendapat kebenaran kerajaan negeri untuk membangunkan semula kawasan berkenaan.

"Isu ini boleh mengakibatkan rasa tidak puas hati serta boleh mencetuskan kemarahan di kalangan penduduk kampung," kata Ongkili.

Katanya beliau yakin BN mempunyai formula dan keupayaan untuk menyelesaikan isu tersebut. (BERNAMA)

49 comments:
Write comments
  1. Setuju, isu tanah adat mesti diselesaikan dengan cara yang berkesan.

    ReplyDelete
  2. Harap hak tanah rakyat akan dijaga, janganlah sampai rakyat hilang kepercayaan.

    ReplyDelete
  3. Semakin hari semakin banyak pula isu tanah dibincangkan. Kepada mereka yang belum mendapat geran segeralah memohon agar tidak timbul masalah di masa hadapan.

    ReplyDelete
  4. Jangan pandang isu ini dengan sebelah mata sahaja, tapi bukalah kedua2 belah mata dan cari jalan penyelesaian yang terbaik untuk kedua2 pihak.

    ReplyDelete
  5. isu tanah adat ini perlu diselesaikan segera. kpentingan penduduk setempat harus kita pertahankan, mereka telah lama menduduki tanah tersebut.

    ReplyDelete
  6. Tanah ada perlu diselesaikan dengan bijaksana, agar mereka yang terjejas tidak terasa tertindas.

    ReplyDelete
  7. Harap penduduk peribumi tidak dilayan kejam oleh pihak2 gergasi. Kerajaan harus menjaga hak dan kepentingan tanah adat.

    ReplyDelete
  8. isu-isu tanah yang ada perlu diselesaikan dengan sebaiknya agar kepentingan semua dijaga dengan sebaiknya.

    ReplyDelete
  9. harap setiap isu yang berlaku akan diselesaikan dengan sebaiknya.

    ReplyDelete
  10. BN sentiasa mendahulukan rakyat...maka isu tanah di sabah pasti akan dapat diselesaikan..

    ReplyDelete
  11. diharapkan BN sabah akan dapat mencari formula penyelesaian yang menguntungkan semua pihak terlibat dalam isu tanah...

    ReplyDelete
  12. Masalah yang tak pernah selesai. Kenapa? Banyak sangat masalah birokrasi, rasuah...

    ReplyDelete
  13. sudah pasti BN akan mencari penyelesaian kepada isu tanah di sabah..

    ReplyDelete
  14. Lebih baik selesaikan masalah ini daripada memberi ruang untuk pembangkang memainkan isu.

    ReplyDelete
  15. Pihak yang berwajib, Jabatan Hasil Bumi dan Jabatan Tanah dan Ukur, sila ambil tindakan dengan segera. Jangan biarkan fail berlambak dalam pejabat.

    ReplyDelete
  16. Utamakan pemberian tanah kepada rakyat dan bukannya kepada syarikat2 besar.

    ReplyDelete
  17. bagaimana tuntutan tanah bertindih ini boleh berlaku?

    ReplyDelete
  18. penduduk harus bijak mengurus tanah yang mereka miliki. jangan biar ia jatuh ke tangan pihak yang lain.

    ReplyDelete
  19. Apa lagi yang boleh dikomen selain mengahrapkan yang terbaik dalam isu tanah adat???

    ReplyDelete
  20. Pihak2 yang berkenaan harus bantu rakyat mepertahankan hak mereka dan bukannya harapkan pagar, pagar makan padi.

    ReplyDelete
  21. Semoga hal ini mendapat perhatian sewajarnya demi kebaikan bersama.

    ReplyDelete
  22. Kalau gov berpegang pada 'rakyat didahulukan' rasanya hal ni pasti akan selesai cepat.

    ReplyDelete
  23. Jadi tak payah risau. Kalau takda perubahan juga, next GE kan masih ada. hehe

    ReplyDelete
  24. Masalah tanah adat semakin membimbangkan di Sabah. Kebanyakkan tempat telah mengalami masalah rampasan tanah adat ini. Sehingga sekarang kerajaan masih mencari jalan penyelesaian bagi masalah ini.

    ReplyDelete
  25. Syarikat-syarikat menggunakan nama kerajaan membenarkan mereka merampas tanah adat? Tidakkan kerajaan tidak melakukan tindakkan untuk membersihkan nama sendiri. Harap kerajaan akan memikirkan bagaimana untuk memastikan masalah tanah adat ini dapat diselesaikan. Mungkin rakyat akan bosan dan memilih jalan mereka sendiri jika perkara ini berlarutan. Jadi lakukan yang terbaik untuk rakyat.

    ReplyDelete
  26. Kerajaan pasti tahu akan masalah rakyat kan? Jadi jangan biarkan rakyat menderita. PRU tidak lama lagi tidakkan biarkan rakyat marah dengan kerajaan kerana tidak bertindak mempertahankan kepentingan mereka. Jadi kita harap kerajaan bijak menangani hati rakyat.

    ReplyDelete
  27. Selesaikannya sebelum rakyat hilang kesabaran dan keyakinan.

    ReplyDelete
  28. bolehkah jabatan tahan yang menjadi penyumbang utama kepada masalah ini menyelesaikan masalah tuntutan tanah adat penduduk kampung?? pemimpin2 kerajaan patut masuk campur dalam setiap urusan jabatan ini kerana mereka lah punca masalah ini terus berlaku..

    ReplyDelete
  29. Hak tanah pemilik seharus dijaga. Semoga masalah diselesaikan secepat mungkin..

    ReplyDelete
  30. Benyak kes berkenaan dengan masalah tanah di Sabah ni. Apa dah terjadi sebenarnya? Kenapa terjadi pula tanah dirampas? Tiada dokumen ke?

    ReplyDelete
  31. Paquin 20 says
    Pihak2 yang berkenaan harus bantu rakyat mepertahankan hak mereka dan bukannya harapkan pagar, pagar makan padi.

    Betul kata Paguin, harap pihak berkuasa tampil ke depan dan cuba selesaikan masalah tanah tersebut, semoga hak milik rakyat dipertahankan.

    ReplyDelete
  32. Ada pihak yang ambil kesempatan ke atas tanah tersebut ke?

    ReplyDelete
  33. Sabar.. perlu diselesaikan dengan hati yang tenang. Harap BN memberi jawapan kepada pemilik tanah tersebut.

    ReplyDelete
  34. This matter should be solved immediately. Don't let the people down.

    ReplyDelete
  35. Im sure the gov will think of a solution cuz GE is coming soon.

    ReplyDelete
  36. Memang sudah selesai cuma ada pihak yang sengaja membangkitkan lagi.

    ReplyDelete
  37. Sometimes the people should be blamed for the problem.

    ReplyDelete
  38. I hope the land issues will be solved asap.

    ReplyDelete
  39. Jangan bimbang, masalah pasti akan selesai.

    ReplyDelete
  40. ya, berharap BN mempunyai formula dan keupayaan untuk menyelesaikan isu tersebut.

    ReplyDelete
  41. kerajaan haruslah mengkaji dan memantau dengan baik dasar untuk melindungi hartanah penduduk setempat.

    ReplyDelete
  42. Land owners are advised to check the documents from time to time to ensure that property and land ownership is not transferable without being detected.

    ReplyDelete
  43. semoga kerajaan dapat menyelesaikan masalah rampas tanah yang semakin menjadi-jadi di Sabah.

    ReplyDelete
  44. Kerajaan harus memastikan bahawa hak-hak rakyat dilindungi, tetapi rakyat juga perlu sedar untuk melindungi hak-hak mereka.

    ReplyDelete
  45. kasi geran komunal lah supaya kerajaan boleh usaha kan tanah tersebut dimana persertanya ada lah saudara dan anak-anak pemimpin UMNO macam geran komunal di Kemabong ada sadah rungutan bahawa dari jumlah perserta di geran komunal tersebut yang banyak adalah saudara pemimpin umno tenom manakal hanya 1/3 ada lah penduduk kampung yang telah mendiami tanah tersebut....cuba tanya felcra dan LKTNS....fikir-fikir lah sendidri kebaikan geran komunal ini.

    ReplyDelete
  46. hak rakyat perlu dilindungi oloeh pemimpin2x apa gunanya jd pemimpin klu x mau jaga hak2x rakyat, jangan sampai rakyat sabah hilang kepercayaan kpda pemimpin2x skg?...

    ReplyDelete
  47. Penduduk kampung Gudang Limau, sinogindai dan mantus rasa tertindas dengan tindakan syarikat United Enterprise yang merantis tanah penduduk kampung dan menyukat keliling walaupun tanah itu milik penduduk kampung. Kenapa Sayarikat besar boleh mengusahakan tanah sedangkan penduduk kampung yang sudah memohon tanah ini puluhan tahun tidak diendahkan. Persoalannya jika ini tidak ditangani oleh Kerajaan di mana anak cucu kami akan tinggal dan bercucuk tanam yang kebanyakannya menjadikan tanah sebagai punca pendapatan. Saya pasti anak-anak dan cucu cicit akan merempat di tempat sendiri. Masalah ini kecil bagi pemimpin tetapi nyawa dan masa depan bagi rakyat?

    ReplyDelete
  48. Saya rasa terkilan dengan sebilangan pemimpin kampung yang sepatutnya menjadi harapan membela rakyat tetapi yang terjadi sebaliknya. Mereka menjadi orang-orang penting syarikat untuk mengugut penduduk. Kemasukan Begaraya di Kampung Gudang Limau telah menyebabkan penduduk kehilangan tanah adat yang patut diusahakan oleh mereka. Ada juga segelintir pengurus syarikat yang tidak menghormati adat redam penduduk dan mengadaikan maruah diri untuk memenuhkan poket sendiri....saya menyeru agar penduduk kampung bekerja sama dan bersatu padu untuk mendapatkan kambali hak yang dicabuli syarikat...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.