Seramai 19,191 kakitangan awam perkhidmatan awam Sabah akan menerima bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.
Musa yang juga Menteri Kewangan Negeri Sabah berkata kos untuk pembayaran Imbuhan Tahunan dan Bayaran Khas Prestasi ini kepada penjawat awam adalah sebanyak RM16,166,364.40.
"Ia bagi menghargai sumbangan dan dedikasi anggota perkhidmatan awam dalam menjayakan program dan agenda pembangunan negeri untuk kesejahteraan rakyat. Ini juga sebagai langkah untuk meringankan beban mereka dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat," katanya dalam kenyataan di sini, Sabtu.
Beliau berkata pemberian bonus ini selaras dengan langkah yang dibuat oleh kerajaan Persekutuan dan akan dibayar sebelum Hari Raya Aidilfitri. -BERNAMA
Sunday, August 14, 2011
Penjawat Awam Sabah Terima Bonus Setengah Bulan Gaji
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
bgslah mereka mendapat bonus hari sempena hari raya. ini dpt jg meringan beban mereka sempena menyambut aidilfitri.
ReplyDeleteBertuah menjadi penjawat awam.
ReplyDeleteLepas dapat bonus, rajin-rajinlah kerja.
ReplyDeletehanya penjawat awam saja yang bertuah. penjawat swasta dan pekerja yang bekerja sendiri juga menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat. bagaimana pula dengan mereka?
ReplyDeleteuntuk menjadi penjawat awam pun sukar sangat di Sabah ni.
ReplyDeletesiapa kata kerajaan negeri sabah tidak menghargai sumbangan dan dedikasi penjawat awam negeri? pemberian bonus ini adalah bukti bahawa kerajaan negeri sentiasa mengambil berat akan kakitangannya yang bertungkus-lumus menjayakan program2 dan agenda pembangunan negeri.
ReplyDeletepenjawat awam negeri harus berterima kasih kepada kerajaan negeri atas keprihatinan kerajaan terhadap bebanan mereka..
ReplyDeletebaguslah..berita ini memang dinantikan..
ReplyDeletediharap selepas ini, penjawat awam negeri akan berusaha lebih gigih dalam menyampaikan agenda pembangunan negeri kepada rakyat..
ReplyDeleteSetengah bulan gaji??Baguslah kalau macam itu.
ReplyDeleteNampaknya berita gembira kepada penjawat awam yang menerima bonus raya separuh gaji atau 500 minimum. Berterima kasihlah kepada kerajaan kita atas bantuan bonus untuk menyambut Hari Raya yang bakal tiba.
ReplyDeleteOk la tu. harap2 akan lebih dedikasi dan perhidmatan cermerlang.
ReplyDeleteApa yang diinginkan menjadi kenyataan kepada penjawat awam. Harap penjawat awam akan terus berusaha dan bersemangat.
ReplyDeleteBahagianya dapat bonus. Yang kerja swasta gigit jari sajalah...
ReplyDeleteDiharap penjawat awam menjalankan tugas mereka dengan penuh dedikasi. Jangan sambil lewa saja. Orang lain yang bersungguh-sungguh mahu kerja kerajaan, tidak dapat peluang. Yang masuk guna orang dalam tu, bersyukurlah kamu.
ReplyDeleteTurut berkongsi kegembiraan kepada penjawat awam yang mendapat bonus raya. Taniah!
ReplyDeleteTeruskan usaha dan memberi perkhidmatan yang mantap.
ReplyDeleteTeruskan usaha membangunkan ekonomi negeri Sabah, harapkan bonus 1 bulan di masa akan datang.
ReplyDeleteTerima kasih kepada kerajaan negeri yang sanggup memberi bonus walaupun ekonomi yang kurang baik sekarang. Semoga penjawat awam berusaha lagi.
ReplyDeleteHarap ada berita baik dari penjawat swasta. Turut kami berkongsi kegembiraan tersebut.
ReplyDeleteorang jawatan kuntirik dapat bunus juga kah aman musa, kerajaan juga tapi masih kuntirik
ReplyDeletejangan pula ada yang komplen konon bonus itu terlalu sedikit.. bagus la tu ada berbanding dengan kami yang kerja swasta ni..
ReplyDeleteTaniah kepada mereka yang dapat bonus raya!
ReplyDeleteWalaupun ekonomi kurang baik, kerajaan negeri masih bagi bonus, seharusnya berterima kasih. Kerajaan sayang juga rakyat Sabah ni.
ReplyDeletePembangunan Sabah perlukan usaha semua pihak, moga-moga ada pemulihan, tahun depan dapat lar 1 bulan.. Good luck!
ReplyDeleteIni tanda penghargaan sumbangan dan dedikasi penjawat awam. Teruskan usaha dan memberi perkhidmatan yang 100% kepada rakyat.
ReplyDeleteSemoga Raya Aidilfitri disambut dengan hati yang ceria dengan tambahan bonus tersebut. Taniah!
ReplyDeletePasti telah ditunggu lama oleh rakyat..
ReplyDeleteBaguslah berita ini bagi rakyat...dapat bonus juga untuk raya ini.
ReplyDelete