Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini mengesahkan mentega jenama 'Pure Creamery Butter-Golden Churn' yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal.
Ketua Pengarahnya Othman Mustapha berkata keputusan itu dibuat selepas mendapati produk tersebut datang dari kilang yang sama dengan yang diedarkan di Sarawak walaupun pengimportnya berbeza dan untuk pasaran berbeza.
"Perkara ini disahkan sendiri oleh wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand yang mengeluarkan produk itu. Sehubungan itu umat Islam seluruh negara diminta untuk tidak menggunakan produk tersebut," katanya dalam satu kenyataan.
Sehubungan itu juga, Othman meminta pemegang dan permohonan baru Sijil Pengesahan Halal dari Jakim atau jabatan agama Islam negeri yang telah menggunakan produk tersebut agar menukarnya kepada yang mempunyai sijil halal yang diiktiraf serta mengemukakan resit pembelian bahan ramuan baru.
Beliau berkata mereka juga perlu melakukan proses samak dengan disaksikan jabatan agama Islam negeri serta mengemukakan bukti akuan samak.
Othman berkata perkara itu juga telah dimaklumkan kepada syarikat pengimport dan mereka bersetuju menarik balik produk terbabit dari pasaran.
Pada 19 Julai lalu Jabatan Agama Islam Sarawak mengisytiharkan produk itu yang digunakan segelintir pengusaha kek lapis sebagai tidak halal kerana dikesan mengandungi DNA (asid deoksiribonukleik) babi, menyebabkan industri makanan itu terjejas.
- Bernama
Monday, August 15, 2011
Jakim sahkan mentega 'Golden Churn' tak halal
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sebenarnya sudah berapa lama produk ini dipasarkan di Malaysia? pasti sudah ramai yang terlanjur membeli dan menggunakan mentega Golden Churn. diharap produk2 yang diimport pada masa akan datang dikenalpasti dahulu bahan dan kandungannya.
ReplyDeleteya.. produk ni dah lama berada dalam pasaran Malaysia dan kini baru ia dikesan tidak halal.
ReplyDeletepengguna perlu peka ketika membeli barangan...
ReplyDeleteSetelah sekian lama baru dapat dikesan bahawa ianya tidak halal? Hmm...susah juga kalau macam ni. Entah bagaimanalah dengan mereka yang biasa menggunakan mentega ini untuk membuat biskut/kek/kuih...tentu turut terjejas...
ReplyDeletePengusaha kek lapis mengalami kerugian besar disebabkan mentega ini. Jadi kepada pihak yang membuat cap halal perlulah mengkaji terlebih dahulu barang yang masuk kedalam negara kita ini supaya penglebalan halal dapat dilaksanakan.
ReplyDeleteJanganlah membeli produk ini kalau sudah disahkan tidak halal.
ReplyDeletekesian juga kepada peniaga makanan yang sebelum ini ada menggunakan produk ini. sepatutnya perkara seperti ini dikesan lebih awal malah sebelum dipasarkan di negara ini.
ReplyDeleteSekian lama baru sekarang dapat tahu produk ini tidak halal.
ReplyDeleteUmat Islam perlulah lebih berhati-hati dengan produk yang digunakan.
ReplyDelete