Thursday, August 25, 2011

MP Labuan Nafi Kisah Pengundi Hantu

ANGGOTA Parlimen Labuan, Datuk Yussof Mahal menyangkal ‘Kisah Pengundi Hantu’ yang ditimbulkan DAP dan menyelar parti pembangkang itu kerana membuat dakwaan tidak berasas, kononnya daftar pemilih di Labuan mengandungi pengundi hantu dan telah meninggal dunia.

Katanya pembangkang patut tampil dengan bukti konkrit dan membuat laporan polis serta merta dan bukannya mempolitikkan isu itu.

"Labuan adalah satu daripada kawasan Parlimen yang mempunyai daftar pemilih yang bersih. Tiada elemen pengundi hantu atau telah meninggal dunia.

"Saya, secara peribadi, bersedia mengiringi pemimpin DAP untuk membuat laporan polis (berhubung dakwaan pengundi hantu dan telah meninggal dunia)," kata Yussof kepada Bernama.

Katanya Suruhanjaya Pilihan Raya arif mengenai perkara itu dan boleh mengesahkan kebenarannya dan menyelesaikan perkara itu.

Pada 12 Ogos, pengerusi DAP Labuan, Lau Seng Kiat mendakwa nama lebih 100 orang, berusia lebih 100 tahun dan lainnya yang berumur dalam lingkungan 70-an, 80-an dan 90-an berada dalam daftar pemilih terbaru Labuan.

Beliau mendakwa menerima senarai itu daripada Pengerusi DAP Sabah Dr Hiew King Cheu semasa Dr Hiew mengadakan seminar ejen pilihan raya di Labuan baru-baru ini. (BERNAMA)

16 comments:
Write comments
  1. berkaitan dengan isu pengundi hantu ni, jika ada bukti sila tunjukkan atau buat laporan. jika tiada bukti ianya tidak memberikan apa apa makna.

    ReplyDelete
  2. DAP perlu kemukakan bukti kukuh atas dakwaannya.

    ReplyDelete
  3. Tapi kalau pihak pembangkang ingin mendakwa kerajaan BN, mereka harus ada bukti yang kukuh untuk dihantarkan kepada SPRM ataupun PDRM.

    ReplyDelete
  4. Sendiri mahu ingatlah.

    ReplyDelete
  5. DAP, sertakan bukti. SPRM, sila jalankan dengan telus.

    ReplyDelete
  6. ini hanya politik pembangkang. sekadar untuk mencari isu untuk dipolitikkan.

    ReplyDelete
  7. apapun, tengoklah nanti setelah pihak SPRM membuat sisatan, adakah dakwaan tersebut benar ataupun tidak.

    ReplyDelete
  8. Pertuduhan yang dilakukan mesti berasas dan bukti harus disertakan.

    ReplyDelete
  9. Pasti ada salah info namun siasatan harus dilakukan.

    ReplyDelete
  10. kira Datuk Yussof Mahal sedang mencabar DAP ni.. sediakan saja itu bukti dan ajak sekali Datuk Yussof pergi buat laporan.. kalau tidak ada tindakan dari DAP, anggap ja la DAP ni pembohong..

    ReplyDelete
  11. DAP pasti mencari pelbagai isu untuk memburukkan kerajaan sekarang ini. Mereka sengaja membuat semua itu untuk memastikan rakyat memandang buruk terhadap kerajaan.

    ReplyDelete
  12. Before DAP wants to attack the mp, they should ready a evidence.

    ReplyDelete
  13. Without a concrete evidence, there is no way that people will believe Dap.

    ReplyDelete
  14. SPR has all the evidence...why insist DAP to provide proof ?

    ReplyDelete
  15. projek IC Dr M x sampai di labuan meh, dgn org malaya ko bulih tembirang la...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.